Pages

Thursday, July 21, 2016

Noxxa, Phillips dan Vivix, ?

Assalamualaikum

Huhu.. sejauh mana kebenaran statistik yang telah dilakukan oleh Persatuan Suami Mithali Malaysia  yang menyatakan bahawa hadiah paling win untuk isteri adalah Iron Phillips & Periuk Nasi Noxxa?

Heheh.. memang sangat menjadi trend topik perbualan hangat sekarang berkenaan gadjet ni.

Pada saya, masing-masing terdapat pro and cons. Jika anda seorang tailor atau pemilik butik atau suri rumah, sesuai untuk memiliki iron Phillips tu. Sebab harganya pun bukan calang-calang. Kena pandai pikih dan khabarnya jika ada sahabat yang berada di UK adalah pilihan yang tepat untuk anda memesan daripada mereka. Kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah sekitar RM600++. Jika tidak, harganya bernilai mencecah ribuan ringgit.

Apa keistimewaan iron ini? Khabarnya ia memiliki auto temp yang boleh mengawal suhu. Rasanya memang itu pun fungsi thermostat kan? Then sekali lalu je, mampu untuk melicinkan kedutan depan belakang, kiranya jimat masa la senang cite.

Tapi, jika anda baru mempunyai keluarga kecil, rasanya belum sampai masanya lagi untuk anda memiliki iron yang heavy duty ni. Tapi terpulang jika anda mempunyai lebihan wang sangat sehingga tak tahu nak dibelanjakan ke arah mana wang tersebut then ok la! 😎

Berkenaan periuk nasi Noxxa pula. Yang ni pun gadjet yang super jimat masa. Anda hanya perlukan 1minit utk merebus telur, means kalau korang nak buat telur setengah masak tu, sila lupakan untuk menggunakan periuk ini k!

Nak masak nasi ayam, perlukan 4minit. Masak nasi arab/briyani, perlukan 7minit. Pastu, kalau buat kek serba menjadi bila guna periuk ni. Nak kacau dodol, hanya perlukan 1jam sahaja. Giler cepat! Cara tradisional untuk buat dodol pun dah makan masa 8jam lebih. Ini sejam je? Selamba-selamba setiap bulan boleh buat dodol.. boleh jual homemade dodol.. huhu! 😉 Dari segi price pula, periuk ni harga sekitar RM699. Boleh bayar kali. Tertakluk kpd geng kutu yang dijoin la, hahaha 😀 Tapi, jika anda tak rajin masak, tak rajin buat makan-makan paggil orang datang makan tu, better simpan jela duit dan simpan azam untuk menjadi manusia yang rajin memasak. Baru la style!

So, jika kedua-dua gadjet ni dibiarkan sepi je setelah dibeli, matlamat tak berjaya dicapai la maksudnya. Matlamat pekedai yg menjual item tu memang tercapai. Sesilap stok dia habis and sedang bersantai kat Bali menikmati bonus hasil jualan periuk  Noxxa dan iron Phillips. Habis, yang si pengguna yang dah beli ni tapi tak digunakan ni apa nasibnya? Nasibnya, menyesal tak sudah la jawapannya.

So, think wisely before you guys spend ya! Then apa kata, you guys invest ke arah yang memberi kesihatan dan kelebihan yang lagi, meh pakat beli Vivix. Vivix ni, musim-musim promosi ni, lagi murah harganya daripada harga sebiji iron Phillips di Malaysia. Nak guna pun senang je. Bukak penutup, tuang sikit dalam sudu, terus ngap.  Haaa, sempat lagi ya kakak nak promote ya!

Boleh roger kakak di 012 373 2589!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...