Pages

Wednesday, March 14, 2018

Aktiviti berblog ditunda

Assalamualaikum

Kepada pembaca dan followers yang disayangi, mel tak dapat nak berblog buat sementara waktu atas faktor kesihatan.

Mel dan anak mel dijangkiti virus Influenza A.

Insha Allah bila mel dah pulih dan waktu mengizinkan, mel akan share macam mana virus Influenza A ni bereaksi terhadap tubuh ya.

Tolong doakan kami cepat sembuh ya.

Terima kasih tak terhingga.

Sayang korang ketat-ketat.

❤❤❤

Friday, March 9, 2018

Si budak kecik demam

Assalamualaikum

Percaya tak, time-time macam ni mel masih lagi tak makan nasi?

Yup, bila anak kurang sihat dek demam.. ibu mana la yang selera nak makan.

Away sekejap sebab nak ke tandas dan solat.

Kemudian sambung semula duty menjaga si budak kecik.

Time budak kecik tido, sempatla juga nak basuh pinggan dan emailkan kerja yang masih tertunggak.

Kemudian celik je mata, si budak kecik nak mel di sisinya.

Ni mel kat hospital.

Semalam dah ikhtiar berurut, demamnya masih tak kebah.

Siang tadi dah bagi makan ubat demam, kebahnya sekejap kemudian hangat semula.

Moga semuanya baik-baik sahaja.

Sekarang tengah tunggu turn.

Doakan anak mel sihat ya!

Love you all ❤

Usah kedekut untuk berselawat

Assalamualaikum

Tadi, mel ikuti rancangan Hadis 40.

Sambil-sambil teman si budak kecik tido kat tepi, so mel pun tengok la rancangan yang beri ilmu.

Top up ilmu mana yang kurang.

So, dalam perkongsian hadis harini, ustaz tu ada menyebut suatu hadis yang menggalakkan untuk kita berselawat.

Kerana 1 kali kita selawat ke atas nabi, Allah akan selawat ke atas kita sebanyak 10 kali.

Malaikat juga akan doakan kita.

Subhanallah.

Besar sungguh ganjaran berselawat ni. 😇❤

Apa yang kita belajar harini?

Usah kedekut untuk berselawat. 😘

Jom mulai saat ini, lazimi lidah dan bibir untuk berselawat.

Mudah-mudahan kita terima syafaatnya di akhirat sana. Aamiin.. 😇❤

Minuman tenaga semasa menjaga anak demam

Assalamualaikum

Wah... rindu nak berblog.

Disebabkan workload yang agak banyak sejak Disember 2017, sekarang baru lah dapat nak berblog kembali.

Kalau FB insha Allah mel ada update setiap hari.

Ok, kat mana nak start ni ya?

Sebab dah lama tak berblog tetiba macam blur pulak nak up entry apa.. heheh..

Orait, harini mel terpaksa ambil emergency leave. Sebab anak mel demam.

Mel lebih senang untuk namakan si budak kecik bagi merujuk anak mel ya!

Si budak kecik demam sejak semalam.

Dapat mesej dari taska, bagitau yang badan si budak kecik suam-suam dan asyik merengek. Susu minum pun tak habis.

Then, husband mel terus ambil dari taska dan bawa ke klinik.

Panas badan si budak kecik ni tak sekata. Bahagian kaki dan kepala sejuk.

Hanya bahagian badan je yang panas.

Jadi, mel buat telahan mungkin ada urat yang tersimpul akibat lasak bermain atau jatuh.

So, mel decide untuk urutkan si budak kecik malam tadi.

Ya, mel berketurunan jawa. Jadi, orang jawa gemar untuk berurut kerana percaya urat yang bersimpul akan beri impak juga kepada kesihatan.

Then malam tadi si budak kecik rilek je rela badannya diurut. Serah diri.

Balik daripada berurut, mel bagi si budak kecik minum air kosong, makan ubat doktor dan lap badan dengan tuala basah.

Mel tidur pun tidur-tidur ayam je.

Then pagi ni, si budak kecik masih lagi hangat badannya.

Minta dirinya dipeluk dan didukung sentiasa.

Jadi, mel dapatkan mutual agreement dengannya terlebih dahulu.

Iaitu izinkan mel bancuh susu untuknya dan juga mel nak bancuh sarapan mudah mel iaitu ESP.

Tapi, kali ni mel tambahkan juga Cinch Shake.

Mel suka gabungan ni kerana bukan sahaja ia mengenyangkan, tapi ia juga memberikan tenaga di samping merawat kulit supaya kulit lebih lembab dan sihat.

Manakala, Cinch Shake pula ia memejalkan otot.

Jadinya, bila kita pakai seluar atau baju, nampak terletak je.

Takde gelebeh sana sini.

Ni dia rangkaian perasa Cinch Shake.

Mel paling gemar perasa Vanilla dan juga Caffe Latte. Aromanya auummmm..!!



Jadi, andai anda seorang yang super busy.

Busy dengan tugasan harian sama ada di pejabat mahupun di rumah, mel cadangkan untuk ambil ESP ataupun Cinch Shake sebagai sajian sarapan anda.

Sangat-sangat berbaloi dan memudahkan anda.

Untuk order, boleh hubungi mel di nombor tertera ya! ☺

www.wasap.my/60123732589
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...