Pages

Wednesday, October 29, 2014

Kasut Carlo Rino to Let Go

Salam,

Saya ada sepasang kasut yang nak diletgo. Telah diiklankan menerusi insta, tapi tak dpt sambutan. *insta tak cukup ramai lagi followers kot* Ceh, bajet mcm blog ni ramai benar followers nya kan! harharhar.. ;P

Meh tgk meh, kasut yang saya nak jual ni. Jika berminat, boleh je dropkan komen.. First come first serve basis.


Saiz: 6
Warna: Coklat
Tempoh digunakan: 2 hari
Sebab nak let go: Tak sesuai dengan kaki
Harga beli: RM99
Harga jual: RM70



Thursday, October 23, 2014

Sejak Bergelar Ibu

As-salam,

Sejak bergelar *bukan burglar okeh* ibu
Masa sangat tight
Menonton rancangan kegemaran pun terkadang tak dapat

Sejak bergelar ibu
Takde masa nak tgk tv
Last minit baru dapat dgr lagu terkini
Yang kekadang dah basi

Sejak bergelar ibu
Asyik belek anak
Shopping pun usha baju anak
Online shopping, insta penuh dgn page baby baya2 anak
Duit simpanan pun skrg dah allocate utk anak

Sejak bergelar ibu
Sendiri makan pun takdan
Takde erti menghayati setiap hidangan
Menu sedap or tak sedap mcm mana pun, nasi penuh sepinggan
Supaya perut ni tak kelaparan

Sejak bergelar ibu
Tidur malam tak rasa cukup
Mata panda dah takde nak tempek makeup
Pakai bedak dan lipglos pun dah cukup

Sejak bergelar ibu
Gi pejabat pakai apa yg ada
Tudung kaler lain, baju kaler lain mmg dah biasa
Dah takde kaler matching
Ada masa rasa mcm buta warna je
Jadi mangsa fashion pun bole jadi jugak

Sejak bergelar ibu
Seluar tak muat, baju tak muat
Boleh dikatakan wardrobe tu byk pakaian yg ketat
Sendat bukan kat semua tempat
Ketat kat normal part

Sejak bergelar ibu
Masak masakan yang simple
Kek, pastry duk dlm plan list je
Bila nak buat pun entah ler

Walaupun byk benda yang perlu dikorbankan,
Tapi hati puas bila tgk si manja senyum bila diagah
Sihat dan tido kekenyangan

Doa untukmu anak, tak pernah lekang
Senyum dan tangismu dah jadi hiburan
Buat ayah dan ibu yang tak henti curahkan kasih sayang


Tuesday, October 21, 2014

Resepi: Bihun Goreng Singapore a.k.a Bihun Mesyuarat


As-salam,

Di pagi Ahad indah yang lalu, tatkala jam telah menunjukkan pukul 8.30am, den baru kelam kelibut nak sediakan sarapan utk perut kami berdua. Masa tgh mandi tu, kepala duk ligat pikir apa masakan yang mudah dan bahannya ada. Sejak dah ada baby ni, mmg kena manage time. Kena take turn jaga baby. Memula pikir mcm nak buat pasta aglio, sbbnya before mandi tu dah kluarkan udang siap2. If keluarkan udang ada a few options yang kita blh guna utk buat bekfes. Antaranya coq udang, megi sup *eh, apekehal nak pagi2 nak sarapan megi? eh punya sukala..haha ;P* nasi goreng, mi kari dan byk lagi la..kalau nak dilistkan, mau smpai menu ke mkn dinner akan kluar ni kang.

Selesai je mandi, check baby tgh tdo dgn ayah dia. So, cepat2 den turun utk bersilat kuntao kat dapur. So apakah menu pagi Ahad itu? Angannya nak buat bihun goreng singapore, tp mcm jadi bihun mesyuarat la pulok. Nape den kata gitu? Sbbnya kurang rasa garam. Ok, meh check resepinya ni Portionnya, as usual, for 2 adults.

Bahan-bahan:
Suku peket bihun *Star Brand den guna* yang telah dicelur dgn air panas
3 biji cili padi
4 ulas bawang putih yang diketuk dan diricih halus
6 ekor udang yang telah dipotong 3 setiap seekor 
1 sudu sos tiram
Minyak 
Garam
Telur
Daun bawang

Cara-caranya:
1. Amik telur, buatkan telur dadar dan kemudian biarkan ia sejuk supaya mudah utk kita potong nanti.
2. Panaskan minyak. Tumiskan udang dan kemudian diikuti dengan cili padi dan jgk bawang putih.
3. Masukkan sedikit sos tiram dan garam secukup rasa
4. Masukkan bihun yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sekata
5. Masukkan daun bawang, gaul lagi. Matikan api
6. Masukkan telur dadar yang telah dipotong dan gaul lagi.
7. Siap dihidang.. tara~~!!

Hasil akhir bihun yang dimasak~ Yummy huh!

Bihun ini sedap jika dihidang bersama keropok keping. If ada cili potong pun sodap!!



Monday, October 20, 2014

Resepi: Telur Masak Kicap

As-salam,

Nak share resepi yang ringkas and yet sedap!



Bahan-bahan:
2 biji telur
3 biji cili api
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Kicap
Air

Cara-cara:
1. Dah tentu kena gorengkan telur mata tu dulu
2. Tumiskan cili api dan bawang putih
3. Masukkan sos tiram dan sos cili
4. Diikuti dengan kicap dan jugak air
5. Kacau dan ekjas kelikatan kuah  yang diinginkan.
6. Masukkan telur dan sedia utk dihidang

Mudah bukan? Takyah garam dan gula pun sbb kat dlm sos yang kita gunakan tu pun dah ada byk bahan perasa tambahan.

Kalau nak fefeeling mcm kat kedai, letak la kat dlm mangkuk and tabur daun saderi atau daun ketumbar kat atasnya. Rasanya mesti ngam!

Portion yang saya masak ni adalah utk 2 org dewasa.



Wednesday, October 1, 2014

Wordless Wednesday






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...