Pages

Thursday, July 20, 2017

Orang kurus cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Orang kurus cantik?

Kurus-kurus jangan disangka kolesterol pun cantik.
.
.
Tak semestinya ya!
.
Kurus tapi kalau tak jaga makan, kolesterol tetap akan dipam seperti biasa.
.
Apa punca? Faktor pemakanan dah semestinya buat kadar kolesterol naik.
.
Nak-nak menu raya memang nyata tinggi kolesterol. Oleh itu, kawal la pengambilan:
- daging merah
- seafood. Telur sotong tu paling tinggi kolesterolnya oiii!!
- makanan bersantan
.
Banyakkan makan buah dan sayuran.



Cara mel nak elak makan yang bukan-bukan adalah dengan minum ESP setiap pagi.
.
🎤🎼Menjelang hari raya..🎼🎤

Eh eh.. ternyanyi lak.. so menjelang tengahari tu takde la lapar sangat.. Jadinya lunch tu takdela bernafsu buaya. Jadinya, dapat la elak makanan yang tinggi kolesterol.

💟 ESP glycemic index rendah bantu jaga gula dalam darah menjadi normal. Sesuai untuk
pesakit diabetis jugak!
💟 ESP bantu jaga otot, baiki sel & seimbangkan fungsi enzim dan hormon. Bagus untuk yang baru operate.
💟 ESP tingkatkan imun sistem dan turunkan kolesterol
💟 ESP bagi tenaga yang diperlukan tubuh dengan melepaskan sikit-sikit. Insha Allah tak lesu.

Wednesday, July 19, 2017

Cubaan ngelat gagal

Assalamualaikum

Setiap hari kami ada meeting.. daily meeting namanya. Meeting untuk update apa-apa isu berbangkit sebab jadual kerja kami tak sama.

Bagi individu yang masuk meeting lewat, ada dendanya. Dan dendanya adalah kena Chair meeting tu.

So semalam masa masuk mtg room, perasan yang semua kerusi dah penuh kecuali kerusi mel je yg kosong.

Mel buat-buat busy tengok document di tangan sambil mata kusyuk pandang laptop. Beberapa ketika, bos kata, 'ok, mulakan meeting'

Masih lagi mode busy kelebet dokumen lagi. Sekali bila angkat kepala, mata masing-masing dah tertumpu pada mel.

Ciss.. Cubaan untuk ngelat chair meeting gagal.

So, semalam mel la yang chair daily meeting tu.

Tuesday, July 18, 2017

Kata-kata kita adalah cerminan diri masa depan

Assalamualaikum

Semalam budak kecik jenjalan kat denai. Pastu dia terjatuh.
.
Sesampainya di rumah, budak kecik cerita perihal dia jatuh. Sambil melakonkan gaya jatuhnya, sambil tu mulutnya becok berckp, "Iqi kan kuat!" Itulah kata-kata yang mel dan ticer ucap padanya bila dia jatuh tersadung atau lompat tersalah step. Dari wajahnya nak cemik nangis, berubah menjadi girang semula.
.
Daripada perbuatan si anak, mel dapat belajar.. Kita adalah apa yang kita katakan pada diri sendiri. Di samping kata-kata positif orang sekeliling membuatkan kita jadi lebih semangat.
.
Jadi, sentiasalah sebut perkara yang baik-baik. Bukan je untuk diri sendiri, tapi juga berkata baik dengan orang lain.
.
Rugi bila downgradekan diri sendiri. Tapi tak bermakna boleh untuk bermegah tentang diri di sana sini. Bikin meluat pulak orang nanti.
.
Ucap yang baik-baik sebab kita taktau bila kata-kata kita yang Allah angkat menjadi doa.

Tuesday, June 6, 2017

Supper with ESP and Oat

My moreh
**

Tadi berbuka, sibuk suapkan budak kecik makan. So diri sendiri pun tak dapat nak suap makan dengan penuh kenikmatan.

Pastu gegas Maghrib and siap untuk ke surau. Bawak bekal untuk si budak kecik donut and air kosong. Tapao cinch tea + performance drink for me.

Balik dari surau, rasa macam lapar.. tapi takdela lapar beria sampai sepinggan nasi briyani kambing boleh nak masuk. Lapar light-light gitu.



So, capai ESP + oat.. shake and shake supaya sebati. Then slurrrppppp... until burrppppppp.. konyaaanng...!!

Moreh yang simple but berkhasiat. No sugar.. no coloring. Dah, jom pasang niat untuk puasa esok.

Nak cuba?
Mel : 012 373 2589

Monday, June 5, 2017

Cinch tea dan performance drink adalah energy booster mel di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah sampai 10 Ramadhan dah kita. Moga dapat kita habiskan Ramadhan tahun ini hingga ke akhir.

Lama tak berblogging.. apatah lagi blogwalking.. k, mel nak cite pasal energy booster daripada produk Shaklee yang mel amalkan sepanjang puasa.

Semalam mel langsung tak update fb.. even pegang handphone pun idak.. apatah lagi nak pegang whisk untuk buat cookies.

Sebabnya apa?

Sebab mel nak test apa akan jadi bila mel tak amik ketiga-tiga produk ni..

Hari sabtu malam, mel just minum performance drink je tanpa cinch tea. Terawikh ok, tapi ada sikit rasa mengantuk.



Then sahur pagi ahad tu pulak, mel langsung tak bancuh cinch tea dan performance drink. Just minum air kosong je.

Then apa yang mel dpt simpulkan, hari ahad tu dilalui rasa sungguh panjaaang.. pukul 11am dah rasa letih.. padahal takde buat apa-apa pun.. then nak start masak pukul 3pm pun, duk blur terkulat-kulat nak masak apa.. nak berdiri untuk goreng ikan pun rasa lemaauu nye lahaaii.. serious tak rasa cargaass..

Tapi, still kentalkan diri untuk siapkan masak. Kalau ikutkan ada plan nak buat lauk tambahan pekasam ikan puyu. Dek sebab rasa letih yakmat.. menu pekasam tu mel slashed out..

Setelah berbuka, mel minum cinch tea + performance drink.. terawikh tu, cargass.. balik tu pun masih rasa ada tenaga.

So, mel dapat simpulkan cinch tea + pd menjana tenaga luar biasa untuk mel. Boleh mel katakan ini adalah energy booster mel di bulan ramadhan.

Level energy korang macam mana Ramadhan ni? Ada nak cuba gabungan set tenaga ni? Biasa-biasa atau luar biasa effectnya pada korang.

Mel - 012 373 2589

Monday, May 1, 2017

Selamat Hari Buruh

Assalamualaikum

Fiuh.. dah lama tak berblog.. Busy kemahen ke?

Busy la jugak.. Banyak visitor datang melawat ofis. Plus bebaru ni ada shooting untuk slot Sembang Sahur.

Tu yang terbabas-babas nak update blog.

Update insta & FB tu ada la jugak.

Anyway, saya masih lagi jual vitamin Shaklee ya! Mana la tau, kot-kot ada yang ingat saya dah stop sharing kebaikan supplement Shaklee kan..

Akan datang, saya akan cuba untuk upload video dan juga buat live update di FB saya.

Harini plan nak buat apam coklat.

Sunday, January 15, 2017

Vivix penawar demam tinggi

Assalamualaikum

Penawar bagi demam selain daripada Nutriferon dan Chewable Vita C untuk anak kecil, Vivix pun boleh diberi kepada mereka. Tapi dengan sukatan yang minima la ya.



Rasa masam manis anggur, budak kecik konferm tak tolak punya la.. Anak saya pun suka!

Friday, January 13, 2017

Tundukkan Perempuan Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TUNDUKKAN PEREMPUAN ITU

"Dik, anak akak tegur kulit akak makin elok dan dah makin pudar jeragatnya. Akak tak bagitau pun apa rahsianya kat dia." Sambil mengulum senyum.

Tapi si anak tak puas hati, tanya pulak si anak kepada si bapa untuk tahu apa rahsia ibunya. Jawab bapa, "Entah, mama ada makan kapsul dalam botol."

Di lain masa..
"Dik, nanti ada promo Vitamin C tu bagitau akak ya! Anak akak tu pun nak jugak la dia. Jeles katanya tengok kulit akak sekarang."

See! See!
Memula, susah juga untuk saya tundukkan akak ni untuk cuba SR Vita C Plus ni. Tapi bila dia sendiri dah cuba, orang pun boleh nampak perubahannya, tak secara langsung
terinfluence orang lain.



Ilmu dikongsi, kebaikan dirasai.
Promo Vivix bulan ni! 😚


*Awal tahun punya entry macam ngeri je tajuk kan? Hiks. 😆

012 373 2589
EMILIA

Tuesday, January 3, 2017

Antara nikmat dan rezeki

Assalamualaikum

🖲🖲Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

🖲🖲Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

🖲🖲Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

🖲🖲Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

🖲🖲Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

🖲🖲Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

🖲🖲Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

🖲🖲Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

🖲🖲Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

🖲🖲Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

🖲🖲Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

🖲🖲Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

🖲🖲Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

🖲🖲Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

🖲🖲Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

🖲🖲Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

🖲🖲Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

🖲🖲Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

🖲🖲Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

🖲🖲Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

🖲🖲Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya

CnP

Sunday, January 1, 2017

Bagaimana kita sambut Tahun Baru?

Assalamualaikum

APA ADA PADA SAMBUTAN NEW YEAR??

Nasrani menggunakan loceng untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah..

Yahudi menggunakan trompet untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah..

Majusi menggunakan api untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah..

Dan pada jam 00.00 malam tahun baru, sebahagian umat Islam menggunakan ketiga-tiganya dalam satu waktu..

Loceng berbunyi,
Trompet berbunyi,
Kembang api dinyalakan..

Maka benarlah apa yg telah disabdakan Rasulullah 14 abad tahun yg lalu,

Dari Abu Sa‘id Al Khudri,ia berkata:
Rasulullah bersabda,

"Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, nescaya kalianpun akan masuk (mengikuti) ke dalamnya."

Mereka (para sahabat) bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah mereka kaum Yahudi dan Nasrani.?"

Lalu baginda berkata,
"Siapa lagi kalau bukan mereka."

(HR. Bukhari dan Muslim)

Asy-Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan,

"Tidak diragukan lagi bahawa umat Islam ada yang kelak akan mengikuti jejak Yahudi dan Nashrani dalam sebahagian perkara."
(Majmu’ Al Fatawa, 27:286)

SEDARKAH KITA?

Siapa yg pertama kali merayakan tahun baru.?
Orang-orang kafir atau Orang-orang muslim.

Temukanlah jawapannya dalam hati masing-masing.

Dan ingatlah bahawa Rasulullah telah memberi peringatan kpd orang- orang yg menyerupai orang- orang kafir.

Dari Ibnu ‘Umar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bahagian dari mereka.”
(HR.Ahmad dan Abu Daud)

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya,
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا

"Bukan termasuk golongan kami siapa saja yang menyerupai selain kami".
(HR.Tirmidzi. Asy- Syeikh Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)

Islam agama yg sempurna

Semoga bermanfa'at dan menjadi pelajaran utk kita bersama.

اللهم آمين

الله أعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...