Pages

Wednesday, August 16, 2017

Ayam penyet dan minyak ikan

Assalamualaikum

Harini alhamdulillah cuaca terang.

Tadi makan tengahari di Uniten. Teringat zaman universiti dulu. Bila dilihat student-student sekarang, canggih semuanya. Handphone di tangan menggenggam jenama iphone.. seluar jeans yang disarung Hush Puppies.. kuku dicar warna. Hipster betul.

Mel dulu, handphone pun 2nd hand dah syukur rasa. Teringin jugak nak beli Nokia sabun atau butterfly *waktu tu memang dah paling in dah handphone gitu*.. tapi, simpan ajela keinginan tu.

Terasa berumur pulak.. haha.. akak-akak sangat weii.. hihi..

Dari segi pemakaian, mel biasa aje. Ke tempat kerja selesa berbaju kurung atau blaus longgar. Dari segi penampilan mekap, mel sekadar berfoundation, bedak baby, lip balm dan juga eyeliner. Dari segi tudung, mel selesa berselendang biasa atau bertudung bawal. Selendang yang berjenama mel takde lagi dalam koleksi. *eh eh, macam ada keinginan je nak berDuckScarves kan.. haha*. Teringin tu ada, tapi dahulukan yang mana perlu.

Mel simple sangat.. jadi, sebolehnya mel nak elak daripada kelihatan keakak-akakkan. Tu yang mel agak memilih pemakanan dan titik beratkan pengambilan supplement.

Since tadi mel dah tergoda dengan set ayam penyet di kafe Uniten tadi *sedap n murah!*, then balik dari lunch tu, terus mel telan Omega 3. Kapsul Omega 3 bantu uraikan lemak dan juga unclog saluran-saluran dalam tubuh.



Dengan pengambilan Omega 3 ni, mudah-mudahan dapat la mel rendahkan risiko bacaan kolesterol tinggi dan kegemukan. *Gemuk memang perkataan yang amat ditakuti oleh semua orang, betul tak?* yup, been there.



Dulu masa study, mel pernah gemuk. Sampaikan ada kawan lelaki yang sama fakulti pernah cakap, "Milia, aku tunggu ko kurus dulu then baru aku ngorat ko.." pedih woo, sentap hati ni sampai sekarang mel ingat.



Kepada korang yang nak sama-sama kekalkan kesihatan diri dan lowkan risiko gemuk atau sakit jantung, jom kita ambil Omega 3. Mudah-mudahan dengan ikhtiar ini, kesihatan kita menjadi lebih baik.

Xoxo,
Love mel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...