Pages

Sunday, August 13, 2017

Resepi: Kek Oren Lembut

Assalamualaikum

Hujung minggu biasa mel spend masa dengan family dan anak. Masak tu insha Allah mel akan buat. Sebab lebih suka masak dan makan masakan di rumah berbanding makan di luar. Melainkan kalau ada jemputan kahwin ke, atau keluar gi mall ke.. then terpaksa la makan kat luar.

Selain daripada tu, mel juga suka untuk buat kuih, kek dan biskut. Kalau ada masa yang agak lapang,, then mel suka buat kuih atau biskut. Tapi kalau mood rasa nak spend masa kat dapur 30minit je, then kek jela jawapannya.

Macam minggu ni, mel buat kek oren. Cuma, mel olah sikit daripada resepi asal yang mel amik dari blog zuemahmud.

Kek oren ni sesuai untuk dibuat minum petang.. gandingan terbaik adalah dengan teh o panas. Jom kita tengok resepinya ya!

Bahan-bahan:
250gm butter *mel guna buttercup. Nak lagi creamy, guna pure butter*
6biji telur
2 cawan tepung *mel guna tepung superfine*
1 sudu besar serbuk penaik
1 cawan gula kastor
4 sudu pati oren Sunquick
2 sudu juice perahan oren Sunqist
1/4 susu pekat
Sedikit parutan kulit limau
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik, ketepikan. Panaskan oven.
2. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan esen vanila, susu pekat, pati oren Sunquick dan jus oren. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
6. Tuangkan ke dalam acuan 8x8 dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35minit.
7. Sedia dihidang!



Mel bawak kek ni ke rumah kakak mel. Anak sedara mel makan laju je. Anak mel pun sama. Seronok bila kita buat sesuatu anak makan habis. Puas hati. Hilang terus rasa penat berdiri lama kat dapur.. hehe..

Korang pun boleh cuba. Lagi sedap kalau pipekan sikit cream cheese. Nyums!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...