Pages

Wednesday, August 30, 2017

Restoran Mee Tarik Warisan, Alam Avenue

Assalamualaikum

Harini last hari bekerja untuk minggu ni sebelum kita sambut Merdeka dan Aidil Adha. Ramai yang start cuti. Jalan raya pun clear je.

Then, during lunch tadi my fren from Korea ajak untuk makan mee tarik. Mel tanya dia, camana dia tau kewujudan mee tarik and why suddenly dia macam teringin kan.. then, dia kata, semasa dia outstation di China, dia dah penah try dan setiap hidangan mi tarik di sana mempunyai rasa yang berlainan.

Since dia dah tanya gitu, dalam kepala ni memang terus tune Mee Tarik Warisan Asli. Terus mel google untuk ensure kedai tu masih beroperasi dan sama ada buka ke tidak.

Pehtu, terus kami shoot ke sana iaitu di cawangan Alam Avenue



Untuk makluman, dulu restoran ni berada di corner lot. Kini, ia telah shift kepada lot immediate. Bersebelahan dengan Hot Pot King, sederet dengan RHB Bank dan berdekatan dengan Restoran Lan Kedah.

Interiornya kini dah berubah dan bertambah seri.




Kami order nafsu gajah punya style. Semua nampak sedap.

Kami order toothpick lamb, dan pelbagai jenis mee.. *haha.. lupa nama dia sebenarnya*.




Untuk air pulak, mel selalu order air herba dia iaitu air Bao Bao. *yeke nama gitu?* Tapi harga dia RM5 untuk 1 mug. Segar bila minum air tu dan manis gula batu. Sedap!

Kawan Korean mel ni kata, rupa mee ni dah sama macam yang kat tanah besar China. Tapi rasa berbeza. Then mel terangkan kat dia, maybe ada alteration sikit dari segi resipi untuk sesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia.

Bila dah balik ofis tu, tetiba rasa insaf. Rasa bersalah kat perut sendiri. Haha.. masa order tadi tak hengat kan.

And seperti biasa, omega 3 jugak la pilihan mel walau dah kenyang sendat untuk uraikan lemak dan kolesterol jahat. Hihuhu

Korang bila dah terlanjur makan, korang buat guane? Watlek watpis je ke?

Xoxo,
Love mel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...