Pages

Friday, September 1, 2017

Selamat Merdeka & Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha!

Panjang cuti weekend ni, ditambah pulak PM announce cuti tambahan Isnin ni sempena Malaysia perform pada Sukan Sea 2017 memang betul-betul syiok!

Semalam kita sambut Merdeka dan kebetulan merupakan Hari Arafah dalam kalendar Islam. Sunat untuk kita berpuasa pada Hari Arafah. Dan alhamdulillah mel, husband dan ibu mel berpuasa. So plannya nak berbuka dengan nasi ayam.

Elok je mel selesai sediakan bahan-bahan, abang mel offer untuk berbuka di rumahnya. Menu western katanya. Haruslaa join berbuka kan.. terus simpan balik semua bahan-bahan then kitorg gerak pukul 6.30pm.

Setelah sampai, juadahnya wallllahhh..! Gugat iman oii.. kambing bakar, spegethi aglio olio, corn in cup, air lemon, kordial rootbeer, dan nescafe panas. Dasatt kan?

Lagi dasat, mel berbuka tanpa tahan-tahan nafsu. Lama tak pekena kambing bakar.. sekali ada depan mata.. 3 slice sekali hadap, corn in cup 2 kali ceduk. Spegethi je mel share dengan si budak kecik. Husband mel jeling je tengok kelaku wife dia. Kahkahkah.

Dah kenyang tu, tersandar jela wei.. tu gambar kat atas tu, take away packet. Siap tapao bawak balik.. huhu..

Before tido, mel urut dada. Muhasabah diri, apa buruk lantak benar tadi? Hahaha.. hati kecil berbisik, 'ala sekali-sekala.. lecithin and omega ada. Top up dengan alfalfa sekali'

Then, pantas mel bangun dapatkan rangkaian supplement tu dan zuppp telan.

Korang nak dapatkan supplement yang sama macam yang mel ambil, roger mel ya!

Oh lupa nak habaq.. khasiat daripada berpuasa pada Hari Arafah adalah moga dosa kita tahun lepas dan tahun depan Allah ampunkan.

Xoxo,
Love mel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...