Pages

Monday, May 1, 2017

Selamat Hari Buruh

Assalamualaikum

Fiuh.. dah lama tak berblog.. Busy kemahen ke?

Busy la jugak.. Banyak visitor datang melawat ofis. Plus bebaru ni ada shooting untuk slot Sembang Sahur.

Tu yang terbabas-babas nak update blog.

Update insta & FB tu ada la jugak.

Anyway, saya masih lagi jual vitamin Shaklee ya! Mana la tau, kot-kot ada yang ingat saya dah stop sharing kebaikan supplement Shaklee kan..

Akan datang, saya akan cuba untuk upload video dan juga buat live update di FB saya.

Harini plan nak buat apam coklat.

Sunday, January 15, 2017

Vivix penawar demam tinggi

Assalamualaikum

Penawar bagi demam selain daripada Nutriferon dan Chewable Vita C untuk anak kecil, Vivix pun boleh diberi kepada mereka. Tapi dengan sukatan yang minima la ya.



Rasa masam manis anggur, budak kecik konferm tak tolak punya la.. Anak saya pun suka!

Friday, January 13, 2017

Tundukkan Perempuan Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TUNDUKKAN PEREMPUAN ITU

"Dik, anak akak tegur kulit akak makin elok dan dah makin pudar jeragatnya. Akak tak bagitau pun apa rahsianya kat dia." Sambil mengulum senyum.

Tapi si anak tak puas hati, tanya pulak si anak kepada si bapa untuk tahu apa rahsia ibunya. Jawab bapa, "Entah, mama ada makan kapsul dalam botol."

Di lain masa..
"Dik, nanti ada promo Vitamin C tu bagitau akak ya! Anak akak tu pun nak jugak la dia. Jeles katanya tengok kulit akak sekarang."

See! See!
Memula, susah juga untuk saya tundukkan akak ni untuk cuba SR Vita C Plus ni. Tapi bila dia sendiri dah cuba, orang pun boleh nampak perubahannya, tak secara langsung
terinfluence orang lain.



Ilmu dikongsi, kebaikan dirasai.
Promo Vivix bulan ni! 😚


*Awal tahun punya entry macam ngeri je tajuk kan? Hiks. 😆

012 373 2589
EMILIA

Tuesday, January 3, 2017

Antara nikmat dan rezeki

Assalamualaikum

🖲🖲Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

🖲🖲Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

🖲🖲Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

🖲🖲Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

🖲🖲Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

🖲🖲Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

🖲🖲Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

🖲🖲Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

🖲🖲Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

🖲🖲Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

🖲🖲Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

🖲🖲Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

🖲🖲Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

🖲🖲Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

🖲🖲Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

🖲🖲Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

🖲🖲Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

🖲🖲Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

🖲🖲Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

🖲🖲Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

🖲🖲Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya

CnP

Sunday, January 1, 2017

Bagaimana kita sambut Tahun Baru?

Assalamualaikum

APA ADA PADA SAMBUTAN NEW YEAR??

Nasrani menggunakan loceng untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah..

Yahudi menggunakan trompet untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah..

Majusi menggunakan api untuk memanggil jama'ahnya ketika beribadah..

Dan pada jam 00.00 malam tahun baru, sebahagian umat Islam menggunakan ketiga-tiganya dalam satu waktu..

Loceng berbunyi,
Trompet berbunyi,
Kembang api dinyalakan..

Maka benarlah apa yg telah disabdakan Rasulullah 14 abad tahun yg lalu,

Dari Abu Sa‘id Al Khudri,ia berkata:
Rasulullah bersabda,

"Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, nescaya kalianpun akan masuk (mengikuti) ke dalamnya."

Mereka (para sahabat) bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah mereka kaum Yahudi dan Nasrani.?"

Lalu baginda berkata,
"Siapa lagi kalau bukan mereka."

(HR. Bukhari dan Muslim)

Asy-Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan,

"Tidak diragukan lagi bahawa umat Islam ada yang kelak akan mengikuti jejak Yahudi dan Nashrani dalam sebahagian perkara."
(Majmu’ Al Fatawa, 27:286)

SEDARKAH KITA?

Siapa yg pertama kali merayakan tahun baru.?
Orang-orang kafir atau Orang-orang muslim.

Temukanlah jawapannya dalam hati masing-masing.

Dan ingatlah bahawa Rasulullah telah memberi peringatan kpd orang- orang yg menyerupai orang- orang kafir.

Dari Ibnu ‘Umar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bahagian dari mereka.”
(HR.Ahmad dan Abu Daud)

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya,
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا

"Bukan termasuk golongan kami siapa saja yang menyerupai selain kami".
(HR.Tirmidzi. Asy- Syeikh Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)

Islam agama yg sempurna

Semoga bermanfa'at dan menjadi pelajaran utk kita bersama.

اللهم آمين

الله أعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...