Pages

Wednesday, August 14, 2019

Trip ke Cameron Highland

Assalamualaikum,

Since Mel tak tau nak mula dari mana untuk up entry. So tadi ada la belek-belek folder gambar yang tersimpan kat dalam lappy ni.

And, Mel dapat idea untuk update thru gambar-gambar yang ada dalam folder.

And, gambar yang pertama dalam folder ni adalah, percutian ringkas Mel dan family in laws ke Cameron Highland..!! woott wooottttt ~~~

Sebenarnya ini kali kedua Mel ke Cameron Highland. First time dulu masa sebelum kahwin, masa arwah ayah ada. Time tu, naik dari Simpang Pulai.

Trip yang kali ni pula, naik dari Tapah. Uihhh, scary wei jalannya.. jalannya agak sempit and banyak tebing runtuh. Nak pulak time tu hujan turun. Memang tak tido Mel dalam kete sepanjang trip tu. Hehe..

Kat Cameron Highland tu, kitorg bermalam di apartment, 3 bilik tidur + 2 bilik air. Apartment tu lengkap dengan peralatan memasak. Jadi, sangat convenient untuk kami yang bermalam beramai-ramai ni.

Antara tempat menarik yang kami kunjungi Kea Farm, Taman Lavender, pasar malam Golden Hill, Taman Agroteknologi MARDI dan juga BOH Plantation Sungai Palas.

Antara tempat-tempat yang disebutkan tu, paling Mel suka ialah pasar malam dan Kea Farm. Haha.. syurga untuk shopping makanan dan sayur sayuran yang fresh weih!

Kat Taman Lavender tu, sape yang pandai nak posing acah-acah instafamous, sesuai la untuk make sure memory hp korang banyak space and battery yang full. Untuk Mel yang posing selalu tak kena je rupa, rasa agak bosan. Cuma ok la untuk cuci mata dan lihat tumbuhan dan bunga segar.






Di Kea Farm pula, popular dengan jualan sayur-sayuran, jagung dan keledek. Kat sini Mel ada la beli jagung mutiara. Dah kata manis, even dia bagi sample pun manis. Tapi, bila dah bawak balik rumah, dah rebus, takde rasa pun.. tak sure sama ada penjual tu tipu atau disebabkan perubahan suhu, maka rasa manis jagung tu pun hilang.

Masa kami ke BOH Plantation tu, plannya nak la pekena kek dan secawan teh panas kat kafe yang ada. Tapi, sesampainya kami kat situ, humanggaaaii ramainya orang. Jadi, just shopping teh uncang je la. Mel pilih teh Gunung Cheding dan Gunung Chantik.

Teh Cheding lebih pekat dan sesuai untuk dibancuh teh susu. Manakala teh Gunung Chantik, agak light, sesuai untuk dibancuh teh o biasa yang beraroma superb!

Next is, pasar malam Golden Hill.. hehe, kat sini sama je macam pasar malam biasa. Cuma, kat situ ada juga dijual baju-baju bundle. Stoberi celup coklat tu, toksah kata la.. Memang belambak.. cendawan goreng pun ada.. nyummmss!

Kat pasar malam ni, kami beli makan malam dan juga topi binatang. Kat sini saja, Mel beli 3 topi binatang iaitu; Shark, Giraffe, Tiger. Cukup la sebagai cenderahati untuk kami 3 beranak. 1 topi tu RM10. Beli banyak pun still kena bayar RM30.. husband beli jaket. Mel? takde beli pape pun.. cukup la cuci mata tengok makanan. Hahaha.. 



Oh ya, di apartment kami tu, takde aircond mahupun kipas. Tapi, dah cukup dingin kami tidur selesa berselimut. Tu yang husband beli jaket tu.



Mel teringin nak petik buah stoberi sebenarnya.. tapi, tiketnya mahal kalau tak silap. Tu yang last-last, mel beli stoberi kering je. Tu pun berhenti singgah di ladang stoberi nama apa ntah, sebagai kudapan dalam perjalanan pulang.

Masa dalam perjalanan pulang tu, mel cakap kat husband untuk turun lalu Simpang Pulai. Tapi, yang lelain prefer untuk turun lalu Tapah jugak. So, for those yang nak plan untuk ke Cameron Highland, lalu Tapah ni, make sure pemandu korang seorang yang cekap dalam pemanduan.

Masa nak turun ni, ada banyak orang asli jual petai dan madu. Tapi, disebabkan cuaca tak mengizinkan, hujan sepanjang jalan, plus laluan pun sempit, jadinya takdela kami singgah beli apa-apa buah tangan.

So, itu jela perkongsian trip ke Cameron Highland Mel bersama keluarga mertua.

Isk, rasa kekok lak bahasa yang digunakan ni. Haha..

Xoxo,
Mel





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...