Pages

Thursday, March 31, 2016

Garrett Popcorn, KLIA 2

Assalamualaikum



Pernah makan tak popcorn Garrett yang super manis tapi sedap ni?

Ya Allah, saya punya la teringin nak makan popcorn ni.. sampai terngiang-ngiang je kesedapan dan kerangupan popcorn ni.

Untuk pengetahuan, outlet Garrett ni tak banyak.. a few location je yang ada. Antaranya yang saya tau kat 1Utama dan KLCC. Nak ke 1Utama tu, memang takdela.. KLCC apetah lagi..

Sekali tu, terjumpa outlet ni kat KLIA 2 semasa saya anak beranak fetch my mom kat sana. Apa lagi, cepat-cepat la grab! Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang pepatah melayunya.

Tips untuk dapatkan extra isinya adalah korang cakap je yang korang nak makan popcorn tu immediately, then sales assistant tu akan isi penuh-penuh.

Sebabnya, saya plan untuk tapaokan aje pop corn ni. Then si sales assistant tu yang ckp, "Makan terus la puan.. lagi untung.. saya akan isi penuh. Kalau puan nak take away, saya isi half je, sebab nak tutup packet ni.."

Best kan? Ada orang share tips perkara yang menguntungkan kita.. heheh.. ;)




~love~

Ole - ole dari London


Assalamualaikum

Saja nak show off kat korang, ole-ole dari London.. heheh.. ;P *saya tau, korang takdela jaki pun kan..ala, setakat key chain je pun.. *

Ole-ole ni saya dapat daripada kawan saya yang balik dari vacation London-Paris. Thanks Omar! ;)





~love~

Tuesday, March 29, 2016

Resepi: Cheesecake Coklat

Salam,

Wah, lama betul tak berblog. Bukan sebab takde cerita yang nak disharekan, tapi mood untuk berbloging tu kadang-kadang tak muncul. Bila tengah drive ke, atau tengah lunch ke, boleh pulak kepala ni terfikir macam-macam tajuk yang boleh dijadikan entry. Tapi, bila tiba bukak je blog, tetiba macam 'Nak tulis apa ni ye..' Idea yang masa bukan waktu sesuai yang dipikirkan tadi tetiba je kepoooff hilang gitu je.. huhu!

Ok, kali ni nak share resepi lagi. Ala, saja je bawa gi ofis makan-makan dengan kengkawan. Since diorang pun rajin jugakla nak belanja sate.. pizza... and kekadang keropok lekor and pisang goreng..

Orang memberi, kita merasa.. asyik orang je yang beli, bila pulak turn kita nak belanja pulak kan?



Bahan-bahan:
  • 1bungkus biskut digestive salut coklat (saya guna brand Mark & Spencer)
  • 500gm cream cheese
  • 1cawan gula
  • 4 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4biji telur
  • 1 cawan coklat chip
Cara-cara:
  1. Kali ni, saya buat cara lain sikit, instead saya ramas hancurkan biskut untuk dijadikan base. Tapi kali ni, saya susun je biskut tu kat dalam loyang empat segi saiz 8 x 8 dan saya bekukan dalam peti ais.
  2. Putar gula bersama cream cheese
  3. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji
  4. Masukkan tepung dan putar sehingga sebati
  5. Masukkan coklat chip. Kali ni, hanya gunakan teknik kaup balik
  6. Bakar ke dalam oven dengan suhu 175 darjah celcius selama 40minit atau sehingga masak
Sedia untuk dinikmati.

Macam ni la rupa dia selepas je keluar dari oven. Bake with love, fresh from oven!

Kalau nak gelap sikit, bakar la lama sikit.. Tapi sebabkan saya dah ngantuk sangat, kira aci la ni


~love~



Shaklee: Chewable Vitamin C Plus untuk kanak-kanak

Salam,

Siapa kata suppliment Shaklee takde untuk kanak-kanak?

Of course la ada! Nin diaaa~~



Mak ayah, papa mama, ibu ayah, abi ummi nak sihat.. anak-anak syurga pun nak sihat jugak!

Anak adalah amanah, jadinya kita as parents pun kena amanah dalam menjaga dan memastikan anak-anak kita sihat.

Chewable Vitamin C Plus adalah salah satu vitamin untuk kanak-kanak.

Kunyah kunyah kunyah, insha Allah demam selsema dapat dihindar

Anak tak suka untuk makan suppliment dalam bentuk pil?

Takde masalah lah haih..rilekk cool.. small matter ni je weih.. vitamin ni boleh juga dimasukkan ke dalam air.

Caranya, rendam 1biji tablet chewable vitamin c plus ke dalam air suam. Dalam 10-15minit, vitamin c tu akan terlarut. Pastu, boleh la campur Ribena ke... Sunquick ke.. If nak minum gitu pun boleh jugak

Tak percaya? Boleh buat eksperimen sendiri di rumah ya!
Takde vitamin C for kids ni? Order je kat saya!

Senang je, WA 0123732589

Meh nak ulang skali lagi, 01237372589

Beli mainan untuk anak, boleh je..
Beli supliment untuk anak takkan tak boleh, kan?

Mau ka nak bagi yang terbaik untuk anak?

#shaklee
#vitaminkanakkanak

Friday, March 4, 2016

Resepi: Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum..

Kali ni nak share resepi kek pisang.. Uols try Insha Allah menjadi dan hasilnya sangat nyums!

This is my 1st time buat kek ni though and the taste tidak mengecewakan.. siap gebu gebas lagi weih.. *I loike*

Bahan untuk buat kek pisang ni sangatlah mudah dan murah.. Of course bila korang dah buat sendiri, korang tak akan menyesal.. *serious I tell you!*

Ok lets check what is the ingredients that I used to bake the banana cake ya!

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum *saya guna tepung Faiza*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder (bahan 1-3 diayak bersama)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 3biji pisang yang telah silenyek.. *saya guna pisang Dole yang dilenyek menggunakan penekan burger*
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan minyak *saya guna minyak Seri Murni*
Cara-cara:
  1. Dengan menggunakan mixer, pukul gula bersama telur sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila diikuti pisang yang telah dilenyek.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Akhir sekali, masukkan cawan. Kacau sebati menggunakan whisk.
  5. Tuang ke dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 - 50minit.
Dah siap! And hasilnya, tadaaa~~


Kek pisang yang giler gebu dan sedap!

Cuba ya!

~love~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...