Pages

Tuesday, March 29, 2016

Resepi: Cheesecake Coklat

Salam,

Wah, lama betul tak berblog. Bukan sebab takde cerita yang nak disharekan, tapi mood untuk berbloging tu kadang-kadang tak muncul. Bila tengah drive ke, atau tengah lunch ke, boleh pulak kepala ni terfikir macam-macam tajuk yang boleh dijadikan entry. Tapi, bila tiba bukak je blog, tetiba macam 'Nak tulis apa ni ye..' Idea yang masa bukan waktu sesuai yang dipikirkan tadi tetiba je kepoooff hilang gitu je.. huhu!

Ok, kali ni nak share resepi lagi. Ala, saja je bawa gi ofis makan-makan dengan kengkawan. Since diorang pun rajin jugakla nak belanja sate.. pizza... and kekadang keropok lekor and pisang goreng..

Orang memberi, kita merasa.. asyik orang je yang beli, bila pulak turn kita nak belanja pulak kan?



Bahan-bahan:
  • 1bungkus biskut digestive salut coklat (saya guna brand Mark & Spencer)
  • 500gm cream cheese
  • 1cawan gula
  • 4 sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4biji telur
  • 1 cawan coklat chip
Cara-cara:
  1. Kali ni, saya buat cara lain sikit, instead saya ramas hancurkan biskut untuk dijadikan base. Tapi kali ni, saya susun je biskut tu kat dalam loyang empat segi saiz 8 x 8 dan saya bekukan dalam peti ais.
  2. Putar gula bersama cream cheese
  3. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji
  4. Masukkan tepung dan putar sehingga sebati
  5. Masukkan coklat chip. Kali ni, hanya gunakan teknik kaup balik
  6. Bakar ke dalam oven dengan suhu 175 darjah celcius selama 40minit atau sehingga masak
Sedia untuk dinikmati.

Macam ni la rupa dia selepas je keluar dari oven. Bake with love, fresh from oven!

Kalau nak gelap sikit, bakar la lama sikit.. Tapi sebabkan saya dah ngantuk sangat, kira aci la ni


~love~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...