Pages

Wednesday, July 8, 2020

Terima kasih Allah

Nak cerita pengalaman driving dalam hujan ribut petang semalam.

Subhanallah.. Allahu Akbar.. Alhamdulillah

Zikir ni je yang meniti di bibir lewat petang semalam.

Kisahnya, saya dari pagi dah masuk ofis di HQ KL..

Saya plan, by lepas lunch dalam pukul 3pm macam tu, saya nak chow balik untuk masuk ofis HQ di Shah Alam.

Nak dijadikan cerita, kebetulan saya ada meeting pukul 2.30pm tu.

Since saya dah lunch awal, jadi saya steady je siapkan kerja sebab plan nak gerak awal dari KL.

Tup tup teammates minta saya tolong tengokkan anak dia sementara dia nak ke meeting.

Saya ok je, sebab anak dia pun dah besar.. lingkungan umur 6tahun..

So setel kerja, dalam pukul 4.30pm, bergegas keluar dari ofis since nampak kat luar dah mula hujan.

Perjalanan dari Dayabumi tu kira ok lagi.

Hujan yang masih lagi boleh nampak jalan.

Setibanya di Angkasapuri, hujan selebat-lebatnya.

Awan gelap

Kilat sabung menyabung

Sungguh, aku hamba yang kerdil ya Allah..

Selamatkan lah perjalananku ini.

Waktu ni, memang tak ingat lain.. nak berhenti kencing pun tak terasa, 

Drive la slowly.. 20-40km/jam je..

Finally, sampai Shah Alam. Hujan masih lebat. Tapi bila dah cecah Shah Alam tu, dah rasa lega sangat.

Terima kasih ya Allah.. kerana pelihara perjalananku..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...