Pages

Saturday, August 26, 2017

Anak korang minum susu apa?

Assalamualaikum

Anak korang minum susu apa ek?

Antara susu yang mel pernah bagi kat si budak kecik, antaranya Karihome, Dutch Lady step 2 , Enfagrow dan the latest, mel bagi susu Friso Gold.

Mel pun tak sure pun macam mana nak pilih susu yang terbaik untuk anak. Tapi, apa yang dipilih adalah berdasarkan kandungan DHA dan gula.

Lepas je si budak kecik wean off, mel bagi Karihome. Reason, sebab Karihome ni susu kambing based and katanya susu kambing ni rasanya nearly like breastmilk. So far ok.. but agak pricey. Tin kecik tu harga dalam RM50++ tahan 2 minggu camtu.

So, mel decide untuk tukar susu biasa iaitu Dutch Lady step 2 perisa coklat. Memula budak kecik suka.. tapi lelama tu, dia minum tak habis.. kekadang tengok je pun dia takmau. Haih.. yang kita ni risau la dengan kandungan kalsium untuk tumbesaran dia kan.. Then mel tukar kepada Enfagrow step 3.

Price susu Enfa ni, boleh tahan jugak la. Tapi demimu anak, kitorg ok je. Susu Enfa ni, tak lama pun.. tak sure la maybe anak mel jenis cepat jemu ke apa kan.. bila kat rumah, dia kurang minum susu. Tapi report daripada taska katanya setiap kali time minum susu, habis je dia minum. Then, kitorg tukar lagi.

So kitorg sekarang bagi kat budak kecik minum susu Friso Gold. Selalu juga susu ni ada promo. Mel suka Friso ni sebab penutup tin dia yang tak perlu kita nak tutup bagaikan tepuk kompang. Rilek je leh tekan dengan hujung jari sampai bunyi "tick"



Then, dia ada tempat special untuk letak sudu. So hygiene la and takdela tangan tu melekat terkena kat susu tepung tu kan..



Pehtu, once dah ceduk scoop tu, takyah korang nak gigih goncang sudu tu untuk bagi ngam-ngam rata sebab dia dah ada tempat untuk ratakan susu tepung tu. Jadinya, takyah la nak risau susu terlebih ke.. yela, kang poo poo keras pulak..




Mel tengok anak mel suka susu ni. Harapnya suka sampai step 4 dan seterusnya la ye.. Susu ni rasa buttery and creamy. Sedap! Boleh la guna susu dia untuk buat agar-agar coklat nanti..hihi..

Normally everytime mel tukar susu anak ni, mel akan monitor texture poo poo dia. Then kalau ok normal, tanpa segan silu la mel akan teruskan beli, bancuh dan bagi anak minum. So far, sume jenis susu yang mel tukar untuk anak mel, sesuai dengan dia. Alhamdulillah.

Korang pulak macam mana? Yg ni personal review mel je k.. tidak ditaja.. beli guna duit sendiri..hihi..setakat ni belum dapat mana-mana tajaan lagi.. hahaha..

Xoxo,
Love mel

2 comments:

  1. Susu frisso gold ni jadi pilihan ramai ibu-ibu.. btw salam kenal =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ai.. salam kenal to u too.. hihi 😉

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...