Pages

Tuesday, October 21, 2014

Resepi: Bihun Goreng Singapore a.k.a Bihun Mesyuarat


As-salam,

Di pagi Ahad indah yang lalu, tatkala jam telah menunjukkan pukul 8.30am, den baru kelam kelibut nak sediakan sarapan utk perut kami berdua. Masa tgh mandi tu, kepala duk ligat pikir apa masakan yang mudah dan bahannya ada. Sejak dah ada baby ni, mmg kena manage time. Kena take turn jaga baby. Memula pikir mcm nak buat pasta aglio, sbbnya before mandi tu dah kluarkan udang siap2. If keluarkan udang ada a few options yang kita blh guna utk buat bekfes. Antaranya coq udang, megi sup *eh, apekehal nak pagi2 nak sarapan megi? eh punya sukala..haha ;P* nasi goreng, mi kari dan byk lagi la..kalau nak dilistkan, mau smpai menu ke mkn dinner akan kluar ni kang.

Selesai je mandi, check baby tgh tdo dgn ayah dia. So, cepat2 den turun utk bersilat kuntao kat dapur. So apakah menu pagi Ahad itu? Angannya nak buat bihun goreng singapore, tp mcm jadi bihun mesyuarat la pulok. Nape den kata gitu? Sbbnya kurang rasa garam. Ok, meh check resepinya ni Portionnya, as usual, for 2 adults.

Bahan-bahan:
Suku peket bihun *Star Brand den guna* yang telah dicelur dgn air panas
3 biji cili padi
4 ulas bawang putih yang diketuk dan diricih halus
6 ekor udang yang telah dipotong 3 setiap seekor 
1 sudu sos tiram
Minyak 
Garam
Telur
Daun bawang

Cara-caranya:
1. Amik telur, buatkan telur dadar dan kemudian biarkan ia sejuk supaya mudah utk kita potong nanti.
2. Panaskan minyak. Tumiskan udang dan kemudian diikuti dengan cili padi dan jgk bawang putih.
3. Masukkan sedikit sos tiram dan garam secukup rasa
4. Masukkan bihun yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sekata
5. Masukkan daun bawang, gaul lagi. Matikan api
6. Masukkan telur dadar yang telah dipotong dan gaul lagi.
7. Siap dihidang.. tara~~!!

Hasil akhir bihun yang dimasak~ Yummy huh!

Bihun ini sedap jika dihidang bersama keropok keping. If ada cili potong pun sodap!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...