Pages

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

As-salam,

Alhamdulillah, sempat saya doa akhir tahun and awal tahun sebentar tadi.. ;)

Sempena tahun baru ni, marilah sama-sama kita berubah menjadi insan yang lebih baik. (Mengingatkan diri ini jua). Buang yang keruh, ambil yang jernih. Berhijrah untuk menuju ke arah kebaikan. Kita hidup di dunia ni pun, belum tahu lagi sampai bila. Bersyukur sgt kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Dah buat checklist blum menuju akhirat? Terfikir juga, dah 26tahun aku hidup ni, byk mana ek amalan aku ni? Setarakah dengan yg dah hidup selama 26tahun or just 6tahun punya amalan je? Yela, kadang2 kita ni ambik remeh je hal2 ibadat, hal2 akhirat.. Sumtimes masih jahil lagi dengan perkara yang sepatutnya kita dah expert. Teman baik kita sebenarnya adalah mati. Jadi kita kena sentiasa bersedia untuk menuju ke arah itu. Sekiranya dah tersentak, dengan nikmat yang Allah berikan, insya Allah kita masih lagi sempat utk berubah dan bykkan amalan.. ;) Moga kita menjadi insan yang bertakwa kepadaNya, Amin.. ;)

Ni nak lencong sikit cerita.. Tadi masa berjalan2 kat mall bersama abg saya, ada terdengar perbualan telefon sorg akak ni;-

Kakak yg tidak dikenali (A), Si penelefon (B)
A: Weh, dtg la umah aku..cuti kan Isnin ni..
B: Cuti Awal Muharram ek *agaknya la si penelefon tu ckp*
A: Cuti Awal Muharram mende.. cuti Maal Hijrah laa

Saya yg mendengar tetiba cam konfius.. *Erk, Awal Muharram ngan Maal Hijrah bukan sama ke?* huhu..



Sekali lagi, Salam Maal Hijrah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...