Pages

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha Activity

As salam uols!

Uiks, harini dah raya! Alhamdulillah, dapat bertakbir di pagi raya Aidiladha.. Allah masih panjangkan umur utk menikmati hidup dan perbaiki diri serta amalan supaya mendapat redhaNya.

Menu di pagi raya adalah; lontong= nasi impit Nona, kuah lemak lodeh n sambal udang. My mum pun ada rebus lemang segera utk dimkn bersama serunding.

Seawal jam 7am, my sis dah turun utk assist my mum kat dapur. Saya? masih lagi diulit mimpi.. ;P Takdela, saya bangun2 tu terus mandi and sidai baju. Turun bawah dlm pukul 7.30am mcm tu and start sediakan bahan2 utk buat kuah lemak lodeh. Nanti saya share ek, resepi lodeh ikut cara saya..hehe.. :P

Sambil masak tu, mata asyik menjeling ke arah jam. My fren, Aimi akan bertunang lor.. so, dia ada minta saya tolong buatkan tart utk dia. Kira special request la.. *wah..happy2!* Majlis dia katanya selepas Zohor. Tapi dah saya bertanggungjawab menyediakan salah satu dari hantaran dia, takkan la nak dtg lambat kan.. so, saya plan utk bergerak ke rumah dia pukul 11.45am mcm tu. Okeh, sambung balik.. Dah siap2 saya masak, then rehat jap sebelum buat tart, pastu my mum request saya buat sambal udang.. so, saya pun masuk ke dapur semula utk buat sambal udang. Jam telah menunjukkan 9.45am. Nak buat sambal tu, kena masak atas masak, means amik masa yg agak lama. Lepas tu, tart pun tak buat lagi.. Pastu, baju tak iron lagi.. diri sndiri dah start gelabah dah.. So, apa lagi, mintak my sis assist me la in handling the sambal while me focus doing the tart thingy. Gedebuk gedebak, dah pukul 11.20am. Sibuk iron baju yang baru dibeli..*ingat tak baju yg I beli kat bhai tu?haa...baju tu la..* siap2 ala kadar, terus shoot gi rumah Aimi kat Kota Damansara pukul 12pm.

Sampai kat rumah dia kul 12.30pm. Time saya sampai, dah ramai jiran2 dia yg dtg tolong sediakan apa yg patut. Tema pertunangan dia adalah kaler merah.. Saya masuk bilik dia, kelihatan dia dah siap make up..tinggal nak pakai tudung je. Kali pertama dia nampak saya, dia menitiskan air mata uols! Terharu I.. *touching jap.. =')* Saya serahkan kotak yang berisi tart tu, Marya n Nana (my new fren) transfer tartlets tu kat dulang hantaran.

Keluarga psgn Aimi ni tiba pukul 2.30pm-3pm mcm tu.. Selesai majlis dalam pukul 3.30pm. Perut dah kenyang dgn hidangan nasi kandar *sndiri masak tau!special woo..* jadinya saya pun mintak diri and gerak ke rumah Izah sbb dia ada buat makan2 on dat day. Punya la rushing sbb nak kejar Zohor, jadi saya pun pandu selaju yg terdaya utk ke rumah Izah di Saujana Putra. Sedang asyik memandu tu, 'ketepak klong klong'. Aisey, saya langgar serpihan tayar celup lori tu la plak. Dalam hati, 'Fog light aku pecah ke tak ek agak2nya?'

Sampai je kat rumah Izah dlm pukul 3.50pm, sempat lagi check my Baby Ronaldo. Belek2 fog light, masih elok. Lega sat.. Then minta tumpang solat, kemudian saya pun bergebang sakan la dgn mak si V tu.. Lepak gile lama kat rumah dia, dah mcm buat rumah sendiri je. Dalam pukul 6.30pm baru balik. Owh ya, menu di hari lebaran kat rumah si Izah ni ialah Laksa Kedah, Nasi Biryani+kambing and air Tropicana Twister Epal.. Masyuk beb, pekena kambing. Laksa tu, eden tak dpt nak habiskan, dek sbb kenyang mkn kat rumah Aimi seblum tu kan..tp bila mata ni nampak kambing sbg lauk kepada nasi biryani tu.. seakan ada suatu kuasa yg luar biasa je, saya dgn slumber badak je leh je habiskan sepinggan nasi biryani+2keping daging kambing..dah mcm tak rupe org kenyang je..siyes yummehh~~

Sampai umah kul 7pm, n anak2 buah dah menanti depan pintu. Layan dorg sekejap.. Pastu sang Auntie Mia ni pun naik atas utk mandi and dptla lelap sekejap, recharge dulu sblum turun utk layan anak2 buah yg lasak tu.. Selesai melayan anak buah mewarna buku kaler dia, dgr tangis gaduh2, n saya pun ada gak la masuk campur urusan 2 beradik tu *masuk campur dgn niat utk menegakkan kebenaran..sesambil tu sempat gak la pekik2 marah dorg tu.. ;P*, jam dah pukul 11pm.. Sudah tiba masanya abg saya bersama wife n anak2nya pulang ke rumah. Memandangkan kereta saya block kete abg saya, jadinya saya pun kena la undurkan kete. Time nak undurkan kete tu, mata ni duk perhati kat side kanan dpn kaki Baby Ronaldo saya. 'Aih, awat ada lekuk ni? Mcm baru je lekuk ni..' Bila saya belek dgn teliti, yups! mmg berlekuk and background tayar yg kaler hitam tu, cam tercabut sikit.. Hati meronta2 bebel kat diri sndiri, 'Aiseh...memberi kesan jugak, aku langgar serpihan tayar lori siang tadi..hampeh tul.' Takpe, if rajin, saya snap la gmbr keadaan Ronaldo saya tu..

So, sekian je la cerita Aidiladha 2011..huhu~

To my dear fren, Aimi:

Selamat Bertunang. Semoga ikatan yang dibina sampai ke jinjang pelamin. Insya Allah, amin.. ;)



Enjoy the pictures! =)

Mini pelamin
Photobucket


Aimi with the hantarans
Photobucket


The cutie strawberry tartlets


Photobucket




p/s: Menu majlis tunang Aimi: Nasi putih+nasi tomato, papadom, ayam masak merah, daging kurma, acar jelatah, acar buah, tembikai, pisang, rojak buah, sagu gula melaka & air hijau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...