Pages

Monday, November 7, 2011

Resepi: Daging Masak Kicap

As-salam,

Soalan Trivia
Dalam banyak2 daging, daging apa yg sedap?

Jawapan: Daging korban la..manis sbb fresh kan! ;p

Ok, this time I will share with you my recipe of Daging Masak Kicap sempena dpt daging korban kat surau rumah saya ni.

Bahan-bahan:
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
3ulas bawang merah yang dipotong halus
1 inci halia yang dipotong memanjang (if nak rasa hot, then lebih pun ok. cuma bimbang pahit je)
Daging yang dipotong dadu (if nak cepat masak, potong kecik2)
Sedikit minyak
Garam
Kicap
Lada hitam

Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak. Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan halia diikuti bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga wangi. Masukkan daging dan biarkan sehingga keluar airnya. Tutup dan perlahankan api. Apabila air daging telah kering, masukkan kicap, tambahkan air dan masukkan garam secukup rasa. Apabila daging telah empuk, masukkan serbuk lada hitam. Jika inginkan kuahnya pekat, anda boleh masukkan sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan air ke dalam masakan. Dah siap! ;)

Dan hasilnya, tada~~~
Photobucket











p/s: If nak letak carrot pun boleh jugak. Bagi ada kaler sikit disebalik hitam pekat kicap tu.. ;) Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...