Pada 18-20 November 2011, diadakan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Selangor 2011 di Stesen MARDI, Jln Kebun, Klang. Karnival ini berlangsung selama 3 hari, bermula dari pukul 9.00pagi hingga 10malam. Terdapat byk booth yang dibuka pada hari tersebut yg kebanyakannya peserta dari FAMA, KADA, MADA dan beberapa lagi agensi kerajaan serta pengusaha IKS yg turut memeriahkan karnival. Tempat saya bekerja juga tidak ketinggalan utk menyertai karnival ini.
Saya diarahkan utk bertugas pada hari kedua karnival ini berlangsung iaitu 19hb Nov (Sabtu) bermula dari 8.30am-10pm. Sehari sebelum tu pun saya bertugas utk setup booth sampai pukul 12am.
Pintu gerbang
Terdapat pelbagai pameran yg diadakan. Antaranya yang saya masih ingat ada laman padi, tak kurang ada juga yg bawa haiwan ternakan seperti lembu, kambing, dan kerbau. Ada satu kerbau ni menarik minat saya iaitu Kerbau Nili Ravi. Besar wo kerbau ni. Kerbau ni berasal dari India khususnya dari wilayah Punjab di daerah sepanjang Sungai Ravi. Sedikit info yang boleh dikongsi di sini iaitu ia memiliki kepala besar dan kasar, tanduk kecil dan ekor panjang dan dpt menghasilkan susu sejumlah 25-30 liter sehari.
Kerbau Nili Ravi
Our booth
Ni la booth yang saya kena jaga. Sepbaik ada aircond.. lega.. k la, taktau nak cite apa dah, otak pun dah weng dah ni.. tak cukup tdo, so pening la time buat entry ni. k la korg, chow dulu..
p/s: Nnt saya update apa yg berlaku on 20.11.2011 yer..
No comments:
Post a Comment