Pages

Monday, November 7, 2016

Tips mudah berniaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Betul ke orang kata, kalau nak menggoreng ikan, susunannya mestilah bersilang apabila di dalam kuali. Jika disusun sepadan, nanti ikan akan gaduh.. hahahaha.. kelakar je dengar justification gitu.

Sebenarnya, tak kisah nak susun ikan dalam kuali ketika menggoreng tu perlu selari atau bersilang. Yang penting, bila minyak dah cukup panas, perlahankan api buat seketika kemudian, dengan selawat dan lafaz basmalah, masukkan lah ikan tu. Insha Allah tak melompat ikan tu. Redha je kena goreng.

So sebenarnya, kena tau teknik dan cara yang betul.

Sama seperti manusia.. rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.. apa niat dalam hati setiap orang, kita pun taktau walaupun di depan kita senyum meleret. Ibarat berkasih hingga 6 tahun lamanya sekalipun, tapi kalau tiada kejujuran, tiada komitmen untuk menyelamatkan perhubungan, bagi la seribu kebaikan pun, kelemahan kita juga yang akan dihighlightkan.. keburukan kita tu jugakla yang dijadikan punca kepada keretakan hubungan.

Sama jugak la dalam bisnes. Sekiranya betul teknik dan caranya, insha Allah bisnes yang kita jalankan boleh pergi jauh! Kerana dalam bisnes, perlu ada komitmen yang tinggi, sanggup berkorban dan jujur kepada diri sendiri serta kepada pelanggan.

So, adab meniaga adalah kena betulkan niat. Kita niatkan setiap produk atau servis yang kita sediakan adalah untuk kita membantu dan memudahkan orang lain kerana Allah taala.

Kemudian, kita share. Share pengalaman kita sendiri atau testimonial. Dengan share pengalaman kita dan pelanggan lain, akan membina keyakinan orang lain untuk berurusan dengan kita.

Sentiasa jujur dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kerana jujur ni bukan sahaja perantara antara kita dengan makhluk je. Tapi, secara tak langsung antara kita dengan Allah. Mungkin kita rasa, kita boleh auta sesama makhluk kita akan terlepas. Tetapi, perbuatan tak jujur ni, Allah tahu.. kesannya, membuatkan diri saangat tak tenteram jiwa. Gundah tak memasal.

Pandai mengambil hati merupakan satu bonus dalam bisnes. Ambil hati dengan curi hati lain ya! Hehe.. ambil hati ni, mungkin dengan cara kita beri reward kepada loyal customer. Atau mungkin kita berikan sampel percuma. Dengan pendekatan sebegini, customer akan terus tanam dlm mindset bahawa seller ni tak lokek. Dalam pada tu, kita niatkan sedekah. Kita dapat gembirakan customer, dan pada masa yang sama akaun pahala kita mudah-mudahan bertambah.

Ermm.. rasanya setakat ni je kot sharing yang saya dapat kongsikan. Insha Allah,, di lain masa, saya akan kongsikan lagi ya!

Sorry la, gambar dengan entry macam takde kaitan. Hehe..

Salam sayang,
Emilia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...