Pages

Sunday, November 6, 2016

Suri Hati Mr. Pilot

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa di kalangam pembaca blog saya ni yang mengikuti drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang ditayangkan di saluran Astro baru-baru ni? Sampai jadi viral dan mencecah 5juta penonton!

Saya bernasib baik kerana tidak terjebak dengan drama bersiri sebegini. Cukuplah masa bujang saya dulu yang tersangkut ikuti drama Filipina, Sanay wala nang wakas ke apa ntah tajuknya.. drama Korea, My Girl dan Full House.. drama Latin; Rosalinda, La Usurpadora, Maria Mercedes.. uish, terer juga saya ye boleh ingat tajuk-tajuk drama zaman dulu kala.. hahah..

So, bila dah berkeluarga ni, aktiviti menonton drama bersiri yang ditayangkan di kaca tv memang bukan jadi kebiasaan saya. Kalau tukar-tukar channel, then berhenti tengok sekejap tu ada lah. Tapi kalau keesokan harinya saya nak terpacak dpn tv pada jam yang sama demi untuk mengikuti kisah yang terjadi pada episod seterusnya sangatlah bukan saya.

Jadinya, saya akan jadi orang yang paling tertinggal tren kalau bab-bab sesi ulangkaji drama bersiri yang ditonton di kalangan rakan sepejabat.

Paling latest drama yang saya tonton pada episod terakhir ditayangkan adalah Patahnya Sebelah Sayap (PSS) lakonan Umi Nazeera dan Izzue Islam serta Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) lakonan usahawan selebriti Neelofa dan Fattah Amin.

Hasil daripada apa yang saya tonton melalui kedua-dua drama terbabit, beberapa nilai positif yang boleh diambil dan inspired diri saya adalah;

◇ perlu ada usaha untuk move on. Meaning, cuba merubah diri supaya tidak berada di takuk lama. Di mana, Umi Nazeera berniaga frozen food utk tampung hidup supaya lebih baik dan Ejaz (Fattah Amin) sedaya upaya berusaha untuk cuba berjalan semula setelah dirinya terbabit dalam kemalangan semata-mata ingin tampil sempurna sekiranya dia bertemu semula dengan Warda (Neelofa)

◇ Fokus dan bersungguh-sungguh amat perlu untuk berjaya. Umi Nazeera fokus terhadap perniagaan frozen foodnya sehingga berjaya membuka kedai. Manakala, Ejaz fokus untuk menjernihkan kembali hubungan dan akhirnya hubungan mereka kekal sebagai suami isteri.

◇ sokongan orang keliling sebagai pemangkin. Dalam drama PSS, Ariel Zafrel memberi sokongan penuh kpd Umi Nazeera dalam usaha mengembangkan bisnesnya dengan cara memasarkan frozen food tersebut ke pihak hotel. So, daripada karipap yang berjualan di tepi jalan, bila dah masuk hotel dah tentu harganya pun akan jadi lain kan.. manakala dlm drama SHMP pula, ahli keluarga kedua-dua pihak tidak campur tangan dalam permasalahan antara Ejaz dan Warda. Sebaliknya, mereka support dengan memberi nasihat dan tidak sikit pun dialog yang dilontarkan mengeruhkan keadaan.

◇ kesabaran yang tinggi, insha Allah bahagia akan menanti walaupun perit dirasai pada awalannya. Dalam drama PSS, walapun Umi Nazeera dipenjarakan atas kesalahan yang bukan dilakukan olehnya dan mendapat kecaman buruk walaupun selepas dibebaskan. Namun, akhirnya dia berjaya bangkit dan capai apa yg diimpikan. Manakala SHMP pula, berkat kesabaran Ejaz menanti Warda selama 4 tahun berhasil apabila Warda bersetuju utk kembali bersama.

Macam jauh je melencong kan? Tapi ni nak cite , macam tu jugaklah nilai positif perlu ada untuk orang yang menceburi bidang perniagaan.

Kutukan, cemuhan, aura negatif tetiba menebal memang sentiasa menjadi makanan bagi setiap peniaga. Tapi, sekiranya point-point besar yang saya sharekan kat atas tadi betul-betul kita kimpal dan sematkan dalam diri, insha Allah segala cemuhan dan kutukan yang diterima akan menjadi perisai malah ia membantu utk melonjakkan diri kita ke suatu tahap yg lebih baik.

Untuk anda yang berniaga seperti saya, saya doakan kita sama-sama bersemangat waja bagaikan laksamana dalam mengemudikan hala tuju perniagaan. Yang penting, setkan goal, insha Allah mudah untuk kita capai.

#surihatimrpilot
#PatahnyaSebelahSayap
#sayasurihatiimamku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...