Pages

Thursday, February 18, 2016

Resepi : Cheesecake pie

Assalamualaikum,

Lama juga rasanya tak share resepi kann... hehe..
Baru-baru ni tetiba pula rajin nak buat cheesecake.
Plan asalnya memang nak buat cheesecake. Tapi disebabkan ada 1 buku je cheesenya, jadinya tak berkembang naik, makanya saya pun namakannya sebagai pie je la ye.. Gambar kisahnya, saya lupa nak snap.. end up, dah habis dah pun dimakan.. Tapi takpe, still juga saya akan sharekan resepi.

Bahannya simple je weih.. serius, simple gile untuk buat cheesecake ni..

Bahan-bahan:

  • Biskut digestive
  • Sedikit air (biasanya orang akan guna melted butter, tapi saya guna air je)
  • 250gm cream cheese
  • 2 sudu tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • coklat nutella sebagai hiasan
Serious, senang beb nak buat... takde alasan nak bermalas-malasan. Sebab kek ni, boleh dikategorikan sebagai kek yang paling senang nak buat.

Cara-cara:
  1. Biskut digestive tu dipecah-pecahkan guna jari. Kemudian, padatkan ke dalam loyang as base. Nak senang, padatkan guna belakang sudu. Masa nak padatkan tu, renjis-renjis sikit dengan air. *see, dah bagi resepi yang mudah, siap bagi tips nak mudahkan korang lagi..haih geram betul la kalau korang still tak nak buat jugak, memang nak kena pukul la korang ni..heheh :P*
  2. Dah siap? Boleh simpan ke dalam peti sejuk dulu, bagi dia keras sikit.
  3. Guna hand mixer, putar cream cheese bersama gula hingga rata. Guna kelajuan slow je.
  4. Masukkan tepung.
  5. Masukkan telur dan ratakan guna whisk je kali ni.
  6. Tuang ke dalam loyang yang kita dah siapkan base dia tadi.
  7. Titikkan coklat nutella, dan lukiskan bagi ada corak-corak sikit
  8. Bakar ke dalam oven dengan suhu 200 darjah celsius, selama 20minit.
  9. Siappp!!
Oh ya, saya guna loyang bulat 8 or 9 inci, tu yang lapisan keknya jadi rendah.

Kek ini sedap dihidang dengan kopi o ataupun nescafe o.

Orait, sekian sahaja resepi untuk entry kali ni.


~love~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...