Pages

Tuesday, February 23, 2016

Nasi Lemak Royale, Kedah Baq Haaang


Assalamualaikum

Pernah mencuba nasi lemak royale?
For those yang duduk kat area Klang Valley, anda boleh cuba nasi lemak ni kat Ampang. Khabarnya, Agong kita memang suka sangat pekena nasi lemak ni. So, bagi memudahkan Tuanku nak makan pada bila-bila masa, jadinya kedai ni pun dibuka di Ampang. Katanya ada 2 lot kedai ini dibuka.

Saya pernah tanya kat orang yang memang origin from Kedah, boleh pulak dia taktau.. Selamber dek je vendor saya tu blh cakap, "Nasi lemak royale? Tak pernah tau pun."

So dah alang-alang saya ke Utara sambil melawat tempat jatuh lagi dikenang, saya pun singgah la makan Nasi Lemak Royale ni.

Yang saya singgah ni yang cawangan Jitra. Yang betul-betul original kat Anak Bukit.

Untuk pengetahuan, nasi lemak kat Kedah memang warna kuning. Jadinya korang usah persoalkan k! hahah.. Sebab memang saya dari kecik pun, makan nasi lemak dorang kaler kuning.


Tgk, kereta putih tu pun berhenti tepi je nak pekena nasi ni


Ayam, kentang and telur

Telur dan sotong

Ayam dan telur

Basically nasi lemak royale ni, nasi kandar la kot senang ceritanya. Taste wise, ok la kot.. Saya pun terkesima tengok sambutan pelanggan kat gerai ni. Gerai ni sempoi je, kat tepi jalan.. Tapi, ramainya ya amaaattt~~ Ada yang dah makan, siap tapao lagi.. Kena mandrem ke apa pun tak sure la..

For those yang ada plan nak ke utara, try la google Nasi Lemak Royale dan try sendiri. 


~love~


2 comments:

  1. Assalamualaikum. Tgh google2 jumpa blog awak. kalau sudi singgahlah blog sya. tq!

    http://amysyghana.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah, kite dah jenjalan kat blog Hanna... ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...