Pages

Wednesday, February 24, 2016

JPO , Freeport dan MPO? Mana pilihan anda?

Assalamualaikum

Kalau sebut je factory outlet, pasti ramai dapat bayangkan macam mana rupa dan suasananya. Kebiasaannya, item yang dijual di factory outlet adalah item berjenama tapi dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Di Malaysia, factory outlet pertama dibuka adalah di Johor iaitu Johor Premium Outlet (JPO). Menerapkan konsep seperti factory outlet di UK, *boleh rujuk entry ke UK saya* iaitu mengumpulkan kedai-kedai barangan berjenama di suatu kelompok dan anda boleh membeli pada harga yang mampu milik.

Apa yang saya dapati, di JPO ni banyak kedai berjenama mewah dan terkenal seperti Salvatore Ferragamo, Burberry, Coach, Braun Buffel, DKNY, Furla, Armani, Lacoste etc. Pada kunjungan saya sebelum ini, saya hanya masuk kedai Braun Buffel dan beli purse je di sana. Butik berjenama mewah yang ada saya tak berani nak masuk.. hewhew.. Tengok harga kat butik KLCC pun boleh pengsan... Tapi maybe yang kat JPO ni, harga dah ada diskaun kaw-kaw kot..

Oh ya, untuk makluman item yang dijual di sini bukanlah yang new arrival. For those yang tak kisah dan tidak mencari latest version, boleh la ke sini. Sebagai contoh, pengalaman saya sendiri k.. Saya ada nak beli sehelai cardigan, dan apabila saya minta untuk warna lain, sales girl tu cakap, "Ni je stok yang dari branch KL hantar.." Means, bila kat KL tak boleh nak jual, stok tu akan dijual di sini. Sebab tu saya mention tadi, kalau anda tak kisah item tu bukan new arrival, bolehlah untuk membeli di sini.

JPO ni saya sarankan untuk anda ke sini ketika cuaca mendung atau sedang-sedang. Sebab dia konsep open space. Cuba anda bayangkan, kat kaki lima kedai tu memang hangat rembang mentari, then tetiba anda masuk ke kedai yang aircond sejuk gile. So, badan boleh terkejut sebab perubahan cuaca yang ketara. Memang boleh demam I tell you.. 

Mitsui Premium Outlet (MPO) pula, terletak di Sepang. Ownernya dari Jepun. Konsepnya lebih kurang sama macam JPO. Cuma kedai / butiknya berada dalam mall. Lebih selesa. Foodcourt pun ada, di aras 2.. Restoran makanan jepun dan cina pun ada. Surau yang disediakan pun boleh dikatakan selesa. Parking space yang besar dan luas. Cuma kat sini saya tak sure whether item yang dijual new arrival ataupun sama seperti di JPO.

Freeport A Famosa Outlet, terletak di Alor Gajah. Sebelah je kat A Famosa Safari tu. Parking space, jauh gile. Kedai / butik yang ada, lebih kurang sama macam kat MPO. Konsepnya sama macam JPO iaitu open space. Foodcourt so far takde, yang ada foodtruck, which memang kena beratur panjang, dibuatnya anak tengah bad mood, haih, memang boleh menaikkan tahap kesabaran. Parking fees, buat masa ni, still free. Kat sini, saya tak shopping apa-apa pun. Sebab item yang ada pun, sama dengan kat MPO dan sama je harganya.

Saya simplifiedkan dalam bentuk table la ye.

Factory Outlet
Pro
Cons
Johor Premium Outlet
·         Banyak butik mewah dan jenama terkenal.
·         Harga diskaun up to 70% (depends on brand and promo)
·         Ada foodcourt.
·         Ada surau
·         Open space yang boleh mendorong demam jika badan tak tahan.
·         Kurang sesuai untuk baby (jika cuaca panas sangat)
·         Ada fee parking.

Mitsui Premium Outlet
·         Banyak kedai / butik mampu milik
·         Ada foodcourt
·         Kedai berada dalam bangunan
·         Fully aircond – tiada factor yang boleh mendorong perubahan cuaca mendadak
·         Sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil
·         Ada surau

·         Ada fee parking.
Freeport A Famosa Outlet
·         Banyak butik / kedai mampu milik
·         Surau tak sure ada ke tak, sepatutnya ada
·         Open space konsep
·         Tiada foodcourt, hanya ada foodtrucks.
·         Parking quite jauh.
·         Free parking fees.







~love~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...