Pages

Sunday, August 28, 2016

Jus Buah Special di Anggerik Mall

Assalamualaikum

Jika anda berkunjung ke Anggerik Mall, singgahlah minum di foodcourt yang berada di aras 1. Cari gerai nama D Best Cafe.

Sebab apa saya minta anda ke situ?
Sebab air buah di gerai tersebut sangat la unik kerana mereka meletakkan buah potong sebagai hiasan. Minum pun sedap, lepas tu boleh pulak kudap hirisan buah yang disertakan.

Apa yang saya perasan, hanya 2 jus buah sahaja yang akan diletakkan hirisan buah sebenar iaitu jus tembikai dan jus mangga.

Dalam gambar tu; jus tembikai dan fresh orange.

Alang-alang melawat digital mall bumiputera kat dalam tu, pi basahkan tekak sekali!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...