Pages

Saturday, May 7, 2016

Resepi: Ketam Masak Lemak


Assalamualaikum,

Rindu benar nak berblog dengan tenang. Bukan tak nak jenguk, tapi memang super duper busy weih, lately! Paling ketara bulan lepas la.. Memang sikit betul create and post entry. Report sana sini kena buat. Meeting sana sini kena attend. Memang rimas and lemas. Setiap detik memang terisi dengan membuat kerja yang tak berkesudahan.

Dan ini kali, sempat juga nak berblog dan share resepi. Kali ni nak share resepi ketam masak lemak yang mudah ikut cara saya!



Bahan-bahan:
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Santan
  • Serbuk kunyit sebagai pewarna
  • Garam
  • Air sedikit
  • Ketam
Cara-cara:
  1. Hiris nipis lengkuas, bawang merah dan bawang putih. *kalau ikut sebetulnya, kena blend bahan-bahan ni*
  2. Tumis bahan-bahan tadi. Masukkan serai yang telah dititikkan.
  3. Masukkan ketam dan biarkan ia digoreng seketika.
  4. Kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit.
  5. Biarkan seketika dan masukkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diinginkan.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Tunggu menggelegak seketika, dan sedia untuk dihidang
Mudah je!


Mahu potong tahap kolesterol?
Dapatkan Omega Guard dengan harga yang sangat berbaloi dengan menghubungi saya di WA 0123732589 - EMILIA


~love~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...