Pages

Monday, May 9, 2016

Hollysmoke Seksyen 13, Shah Alam

Assalamualaikum,

Food review untuk harini adalah di kafe Hollysmoke yang terletak di Seksyen 13. Rasanya kalau wazekan pun senang nak jumpa. Tapi kalau dalam handphone takde apps Waze, anda boleh cari Hospital Bersalin Umra. Restoran ini terletak di belakang blok Hospital Umra, corner lot.

Suasana kafe ini pada ketika kunjungan saya ke sini agak tenang.. TV yang dipasang memaparkan rancangan MTV Channel. Video clip yang disiarkan pula tak berapa sesuai untuk menjadi tontonan umum kerana gerak tari yang ada sedikit unsur-unsur 18SX. Komen saya, better buka rancangan sukan.

Pada ketika ini, customer tak brape ramai pun. Jadinya, kami bebas untuk memilih meja untuk kami bersantap.



Customer service di sini, saya bagi rating poor. Sebabnya, setiap waiter yang ada di situ seperti tidak begitu arif tentang prosedur dan menu set yang disediakan.

Sebagai contoh, saya ada seorang kawan yang memang tabiat dia sukar untuk menghabiskan portion makanan orang dewasa. Selalu sangat tak habis. Sudahnya, kami di sekelilingnya ni la yang akan jadi tukang menghabiskan makanan dia. Oleh itu, kebiasaannya kami akan minta set kanak-kanak untuk dia. So, dapat elakkan pembaziran dan kami juga dapat membanteras pengambilan makanan secara berlebihan ke atas kami. heheheh.. ;P

Jadinya, pada waiter pertama, kami tanya adakah dibenarkan untuk order kids meal.. Waiter A kata boleh. Setelah selesai kami membuat order. Tak lama kemudian, datang waiter B memberitahu bahawa kami tidak dibenarkan untuk memesan kids meal. So, kami terangkan la kat waiter B ni, situasi yang akan berlaku kepada kawan kami ni. "Reason kitorg nak order kids meal ni sebab kawan kitorg yang sorang ni memang jarang dapat habiskan makanan untuk portion orang dewasa. So, untuk mengelakkan pembaziran, tu yang kami nak order kids meal ni. Taknak la membazir sebab membazir tu kan amalan syaiton yang direjam." Wah, sempat selit tarbiah sekali di hujung ayat. Dengan muka keringnya, waiter B tu still tidak dapat memenuhi permintaan kami. Ok, fine...


Poppyseed cake with icecream

Apa yang kitorg order? Kitorg order poppyseed cake with icecream. From my review, keknya kering and ada rasa peti sejuk.. Paham tak rasa peti sejuk mcm mana? Rasa macam hawa peti sejuk tu dah meresap ke dalam kek. Bila kitorg bgtau and request untuk tukar another cake, jawapannya: "Boleh tukar. tapi kita tukar kek yang sama." Pastu kitorg tanya balik, "Kek flavor yang sama tapi dari kek baru ataupun awak akan slice daripada kek yang sama dengan slice ni?" "Kek yang sama daripada slice tu.." Derrrr... yennadeyy, tak selesaikan masalah la weih, no point la kalau korang tukar dengan new slice tapi from the same cake. So bila kitorg demand untuk dapatkan kek flavour lain with the same price, dah dia kata, "Boleh, tapi kita charge as new order..." Bluerghhhh... Tu yang saya kata tadi, customer service dia out.

Lasagna
Lasagna dia pulak, berdasarkan pemerhatian saya terhadap tahap kecepatan kawan saya menelan dan menceduk, adalah di tahap yang sangat slow. Seperti, telan tak mahu, diluah terasa sayang.. Hahah.. ;P

Nachos & Mee Muar
Nachosnya pula tak best. Rasanya kawan saya si Nadia tu buat lagi sedap. But mee muar dia, boleh dipuji. Sedap!

Mac & Cheese
Mac & Cheese ni pulak, kurang creamy and kurang garam. Jadinya, dia seperti tasteless. So kawan saya ni agak frustrated dengan menu yang dipilih. Sebab beliau seorang penggemar cheese dan mendambakan kuah yang creamy and cheesy. So, dia hampa terhadap menu tersebut.

Burger Hollysmoke
Burger ni pula, saya punya order. Nothing special. Tapi kira boleh la.. Takde la teruk rasa dia.. Still boleh makan.

Overall, saya bagi 3 bintang!!



~love~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...