Pages

Wednesday, May 18, 2016

Cendol Durian Superb Terbaik Recommended

Assalamualaikum,

Pernah dengar Cendol Durian? Huhu..Biasa yang kita pernah dengar Cendol Tapai.. Cendol Pulut..
Tapi kali ni, Cendol Durian! Pada saya, rare la.. sebab first makan cendol ni..

Untuk makluman, durian yang digunakan adalah durian original. Bukan perasa atau esen. Memang betul-betul seulas durian sekali dengan biji dia taruk ke dalam cendol ni.

Apa yang bestnya mengenai cendol ini adalah, kacang merah yang digunakan besar dan lembut. Means, kacang tu direbus sehingga empuk elok je.. Dan kacang tersebut serta cendolnya pun tokey ni letak banyak. Takde kedekut punya~

Sebab ada sesetengah stall, memang just letak cendol dan air santan tu je.. aduuuiii, memang frust betul, kalau orang meniaga macam tu.. apa la salahnya sambil berniaga, niat sedekah sikit dengan menggembirakan hati customer dengan letak aksesori seperti jagung dan kacang. Bukan cendol semata.. 

Sila lihat gambar di bawah. 
;
;
;
;
;
;


Cendol Durian Tapai

Looks yummy kan?!!
Yes, of course! Memang sedap, bhai!!

Yang saya order ni nama dia Cendol Durian + Tapai. Tapai yang digunakan adalah tapai ubi.
Harganya RM4.50.

Lepas je pekena cendol ni, terus mengantuk. So, kami gelarkan sebagai ubat tido.. heheh.. ;P

Kat mana nak dapat cendol ni?

Lokasi food truck cendol ni adalah di sekitar Seksyen 7. Berhadapan kilang Tamco, berdekatan dengan Pharmaniaga.

Kat situ memang banyak food truck yang jual cendol. Untuk memudahkan korang melakukan pencarian, sila cari food truck yang jual cendol dan mee kari.

Biasanya tokey cendol ni akan park berhadapan dengan stall coconut & mango shake.
Uih, dah banyak betul petunjuk saya bekalkan ni.
Kalau tak jumpa juga, memang berat nanang weih.. hehehe ;P

Orait, selamat mengembara dalam mencari Cendol Durian Superb ni, k!

~love~




Dah sedap bercendol-cendolan, boleh la korang bercollagen-collagen pula untuk memastikan kulit yang anjal, mulus dan gebu.

Dapatkan Collagen Powder Shaklee dengan menghubungi saya di 0123732589 kerana saya akan memberikan harga yang super jimat!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...