Pages

Thursday, December 31, 2015

Nasi Kukus RZ, Seksyen 7

Assalamualaikum

Entry sebelum-sebelum ni ada janji nak share review makan kat RZ Nasi Kukus kat Seksyen 7 tu kan?

Ok, ni baru berkesempatan untuk share setelah kali kedua lunch kat situ. hehehe..

Lokasi RZ Nasi Kukus ni berada di Seksyen 7, Tadisma Business Centre. Kalau anda kurang arif Tadisma Business Centre ni kat mana, ia berada di blok yang ada KFC & McD tu. Sebab saya yakin, anda mesti tau kalau sebut je Seksyen 7, kepala terus fikir kat Jakel.. kan? kan? hehe..

Restoran ini berada di lot belakang, sederet dengan balai polis dan juga stall Pirate Coffee.

Jika anda berhajat untuk ke restoran ini, mohon kerjasama untuk datang awal atau siapsiagakan kesabaran yang tinggi kerana kebiasaannya, anda perlu beratur panjang. Like my 1st visit haritu, kitorang dah datang awal, tapi nasi pula boleh habis but, customer tak putus asa. Tetap juga line up dan saya perhatikan tidak ada seorang customer pun yang keluar dan tinggalkan barisan dengan wajah hampa. Masing-masing tekun dan sabar menunggu giliran. Tu diaaa, penangan nasi kukus RZ. 

And this is my 2nd visit, still ramai, but kali ni, saya sampai agak lewat around 2.30pm macam tu. Customer still beratur, tapi since ayam goreng dan nasi ready stock, jadinya tak lama pun kami perlu menunggu giliran.

Apa yang istimewa tentang nasi kukus RZ ni?
  • sambal belacan yang superb dan tidak merenyamkan hidung. *for those yang ada resdung*
  • ayam goreng rempah yang sentiasa fresh *sebab sentiasa baru diangkat dari kuali*
  • kuah yang sedap
Jika tak silap, hidangan ini berharga RM6.50. *saya tak pasti sebab kedua-dua visit ni, dibelanja oleh kawan saya..heheh ;P*

Dan semestinya, bila dah sedap, maknanya, wajiblah brown paper tu licin. Tak percaya? Gambar membuktikan segalanya.. hahaha ;P

Nasi kukus ayam rempah RZ
Untuk menikmati hidangan ini, anda perlulah makan menggunakan tangan. Supaya bila balik ofis, bau sambal belacan masih lagi terngiang-ngiang melekat kat tangan anda.. Sudu dan garfu di atas saya gunakan untuk saya korek ayam yang super panas.

Sedap weih, terliur dibuatnya bila upkan entry ni.. huhu..

Dare to try? hahah.. try la weih! Tak rugi mencuba. Bangsa cina pun layan juga nasi kukus ni. Orang kata, kalau orang cina datang makan tu, maknanya sedap.. betul ke idak? Anda harus cuba sendiri.

Nanti, saya akan upkan entry another place yang menyajikan nasi kukus juga. Lokasinya di mana? Tungguuuuu~~~

Oh, by the way.. For those yang ada masalah resdung, boleh roger-roger saya untuk saya suggestkan supplement yang sesuai untuk anda atasi masalah resdung anda. WA Milia - 012.373.2589

~love~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...