Pages

Friday, May 11, 2012

Movie Review : The Avengers

As-salam,

Sudahkah anda membanjiri pawagam berhampiran anda untuk menonton filem adiwira yang telah dilancarkan sekitar April lepas? Jika belum, silalah berbuat demikian dengan segera kerana filem ini tersangatlah ohsem~ Saya akan buat review ringkas je mengenai filem ini, selebihnya anda sendiri perlu gi terjah cinema utk tgk sndiri.. Siyes, berbaloi!

Filem yang berdurasi selama 2jam 30minit, seakan anda tidak rasai yang anda telah berada di dalam panggung selama itu. Sbb? sbbnya penuh dengan aksi dan komedi ringan turut juga diselitkan dalam filem ini. Antara barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah Robert Downy Jr. (Ironman), Chris Evans (Captain America), Mark Ruffalo (Hulk), Chris Hemsworth (Thor), Scarlett Johansson (Black Widow), Jeremy Renner (Hawkeye), Tom Hiddleston (Loki) dan Samuel L. Jackson.

Jujur saya akui, dalam banyak2 watak adiwira yang ditonjolkan, saya hanya mengenali Ironman dan juga Hulk. Yang lelain? *ooops, doesn't ring a bell.* Pada peringkat awal saya menonton filem ini, mata saya hanya tertumpu kepada Tony Stark a.k.a Ironman.. *ooh, hensemnya, machonyee..* Tp bila dah dorg sume ni bersatu, tiba2 mata saya ni mcm tamak.. Semua adiwira2 tersebut kelihatan sgt hensem termasuk la si Loki yang memainkan watak jahat..

Saya tidak akan menceritakan plot2 filem ini, kerana sekali lagi saya ulang, anda sendiri harus menontonnya! ;)

Kesimpulannya, amat berbaloi RM14 anda. Jika anda memiliki bajet lebih utk menonton 3D version, amatlah disarankan. Saya rasa ia akan menjadi pengalaman anda yang super ohsem and super berbaloi2!



p/s: Takde poster yang nak ditepek kat sini, biann

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...