Pages

Friday, November 20, 2015

Umur 30, Dikatanya 28

Assalamualaikum,

Makin hari, makin membilang usia..

Dan hari ini, genapla umur saya 30 tahun.. wawawawawa.... dah jejak 3 series la weih..hewhewiwiwi..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas.. Insya Allah diberi kudrat utk menjadi khalifah Allah.. akan digunakan sebaik mungkin usia yg diberikan menuju akhirat.. Masih lagi dalam fasa belajar utk menjadi anak yang baik... utk menjadi menantu yang baik.. masih lagi belajar utk menjadi isteri yang solehah.. masih lagi belajar utk menjadi ibu yang berjaya.. 

We are from different department, different unit and different bosses

Setiap hari adalah hari-hari yang berlainan utk kita rasai pengalaman dan belajar benda baru. Tanpa disedari, dalam kita hadapi perkara rutin, sebenarnya kita alami perkara yang berbeza. Setiap hari mood kita berbeza.. Setiap hari kita berjumpa dgn lain-lain manusia, lain-lain manusia yang mcm-mcm ragam dan perangai.. *kecuali la kalau laki bini keje satu ofis kan? takpun housemate pun satu ofis.. yg tu mmg takde variasi la kot dlm kehidupan dorg.. sbb dah biasa dan terbiasa dgn ragam masing-masing*

Eventho we are different unit and department, but still we can mingle around and chatting about anything together

Pengalaman mendewasakan fikiran. Perjalanan hidup mesti diteruskan dan diterjah walaupun diri sendiri tak bersedia atas apa yang bakal dihadapi. Walaupun diri tak ready, perjalanan hidup kita dah tertulis di luh mahfuz. Jadi, harungi je la.. Senjata yang sentiasa perlu dibawa bersama adalah doa. 

Pengalaman lepas mmg mendewasakan fikiran dan menjadikan diri ini lebih matang dan lebih berhati-hati.. Sentiasa ada contigency plan.. kerana jika kecundang, masih lagi mampu bangkit dan bertempur menggunakan plan lain.. Tidak mahu pengalaman lama menghancuri dan menghantui diri.. Jatuh tersungkur dari medan cinta manusia, terus tak berdaya melawan dan bangkit.. tempoh recovery terpaksa dilalui sendirian dengan begitu lama.. sehingga pernah terlintas utk tidak mahu lagi pertaruhkan hati yang dah remuk redai.. sehingga malas nak fikir tentang soal jodoh.. sehingga rasakan diri ini sangat2 looser.. begitu dahsyatnya penangan cinta manusia yang alpa dan kejam. Terima kasih, si manusia kejam! Ya, janji manusia tidak pasti.. manusia boleh mungkir janji walaupun segunung janji dan bait-bait manis dicurah.. Tp janji Allah itu pasti dan kekal abadi.

We are not best friend, but we always support each other
Titipkan la doa dan hajat apa yang diinginkan, moga apa yang diinginkan dimakbulkan Allah. But yes, sometimes, bila teringat perkara yang menyedihkan menimpa diri, makhluk yang lemah ini tidak berdaya utk menahan airmata daripada mengalir jatuh.. Rasa tidak kuat..rasa seperti tak mampu dan tidak tabah utk meneruskan kehidupan yang mendatang..

Ya Allah, kumohon padaMu, agar kuatkanlah iman di hati..lapangkanlah dadaku..jauhi la aku dari kesedihan.. dorongkanlah dan bimbinglah diriku utk sentiasa mencari redhaMu..

Wahai hati,
Sentiasalah berlapang dada.. sentiasalah bersangka baik.. kerana apa yang terjadi dan bakal terjadi telah diaturkan oleh yang Esa.. Mudah-mudahan setiap ujian yang dihadapi ganjaran pahala dan pengakhirannya yang baik-baik.

This is me when get bored in the meeting
Syukur ya Allah.. atas segala kurniaanMu.. Genap hari ini usiaku 30tahun.. Semoga apa yang dihajati dan dicita dapat tercapai sebelum menutup mata.. Aamiin.. ;))

 Alhamdulillah, ramai yang menyangka umur saya 28tahun.. suke i taww...*hikhik.. ;P*



HAPPY BIRTHDAY TO ME!



Apakah rahsia? Shaklee la jawapannya! Meh drop your mail or WA saya pun boleh for detail! ;))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...