Pages

Monday, November 23, 2015

Resepi: Bubur Barli

Assalamualaikum

Musim jerebu dah berlalu, and skrg monsun sedang bermula. Bila dah musim hujan, biasanya akan ada di antara kita yg terkena demam selsema. Tak kira usia.. Saya pun baru je baik dari batuk dan selsema. 

Kebiasaannya bila dah batuk dan demam bagai ni, remedi yang biasa diamalkan adalah dengan minum air barli.

Jadinya, jika terdapat lebihan barli yang telah direbus tu, blh la dijadikan bubur pula. Macam mana caranya? Meh skodeng resepi di bawah. Cukup mudah. Sambil2 cuci pinggan pun dah blh siap dah bubur barli ni.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan barli
  • 30gm gula merah *ikut citarasa masing-masing*
  • 2 sudu sagu yang telah direndam dahulu
  • 1/2 kotak santan Kara
  • 1helai daun pandan *optional*
Cara-cara:
  1. Macam kes saya ni, saya dah ada lebihan barli bersama airnya. Jadi, tinggal saya tenggekkan periuk di atas api, dan masukkan gula merah. Kacau sehingga gula merah mencair.
  2. Masukkan sagu, biarkan ia mendidih supaya biji sagu bertukar menjadi jernih
  3. Masukkan santan dan jika ada, masukkan daun pandan yg telah disimpul. Perlahankan api
  4. Ekjas kepekatan santan seperti mana yang diinginkan. Biarkan ia mendidih 1 kali.
  5. Padamkan api, dan sedia dihidang
Kejap je weih nak buat. Saya buat bubur barli ni, sambil2 cuci pinggan. Tak susah pun sbnrnya nak masak. Yang penting, avoid beralasan dan rajin utk cuba resepi. Lama-lama akan mahir.


~love~


2 comments:


  1. Terima kasih share resepi..sy nak try buat petang nanti..harap2 menjadi la..

    ReplyDelete
  2. sama-sama sis Mazliatul.. cuba la buat.. mudah je nak buat bubur ni. budak-budak pun suka.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...