Pages

Monday, January 28, 2013

Resepi: Agar-agar Milo+Horlicks

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni saya mahu berkongsi resepi agar2 yang saya main taram and kebergantungan bahan yang ada. Jom kita check apa resepinya!

Bahan-bahan:
12gm agar-agar strip
1400ml air *memandangkan saya tidak mempunya pitcher Pyrex tu, makanya saya menggunakan sukatan bekas air Tupperware 650mlx2 + secawan air*
1 1/2 gula halus
2 senduk serbuk Milo *saya agak je, since saya main tuang gitu je..*
2 senduk serbuk Horlicks *ni pun sama, saya main tuang suka2 hati je*
1 sudu kecik marjerin *utk menggantikan garam*

Cara-cara:
1. Renehkan agar-agar strip bersama air. Kacau sehingga hancur.
2. Masukkan gula, serbuk "minum milo anda jadi sihat dan kuat!" dan juga "ho ho ho!" Kacaukan. *kacau dengan whisk supaya anda tidak perlu gigih utk menghancurkan serbuk yang berketul2 itew*
3. Adjust rasa. *jika anda dah bersetuju dengan rasa yang tercipta dari air tangan anda sendiri, maka boleh matikan api*
4. Masukkan marjerin tadi dan kacau.
5. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Biarkan ia beku sebelum dihidang buat kaum family! ;))

Hasilnya!

p/s: Sedap dihidang sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...