Pages

Friday, January 25, 2013

Movie Review: The Impossible

Assalamualaikum w.b.t



The Imposs?? Tajuk citenya yang penuh The Impossible.. bukan Inchloss or Impose..huhu.. *erk..lawak mcm tak jadi je.. bluwek*

Sudahkah anda menonton cerita ini? Hokay, meh nak kongsi mcm mana terbitnya idea utk saya menonton cerita ini.

Pada tanggal 21hb January yang lalu, merupakan hari yang sengaja saya mengambil cuti oleh kerana beberapa hal istimewa yang perlu saya bereskan jugak pada hari tersebut. Antaranya menghantar parents dan juga abg saya ke KLIA bg mengerjakan ibadat umrah, menghadiri interview dan juga meraikan hari lahir seseorang yg spesel di hati.. *wah, ni betul2 jujur gedix giteww..*

Setelah saya membereskan hal2 tersebut, makanya saya bersama buah hati mengadakan sedikit musyawarah di dlm kereta dan sepakat untuk menuju ke The Curve. Sebenarnya mmg takde idea pun nak tgk crite apa. Main terjah je la lebih kurangnya kesnya ni. Sesampainya kami di sana, terus kami naik eskalator dan tuju ke kaunter tiket. *nampak sgt menipunya..tadi kata taktau nak tgk citer apa, kan? kehkehkeh..sblum tu kami ada la usha2 kat skrin tu dulu* So, kami dgn yakin "Bang, bagi citer The Impossible ni.. if ada 3D, kami nak yg 3D." *tegas dan yakin tak cara kami berkomunikasi? hakhakhak.. ;P*

Cerita ni merupakan kisah benar yang dialami oleh sebuah keluarga yang bercuti di Phuket. Tak ingatlah keluarga ni dari mana, tapi mereka sampai di Phuket 2 hari sebelum Krismas. Kiranya mereka bercuti dan sambut Krismas di Phuket. Sedang mereka bersuka-ria, bencana Tsunami melanda.

Dalam cerita ni, seakan anda merasai bagaimana challengenya nak survive ketika bencana tersebut berlaku dan baru anda faham, kenapa ada sesetengah mayat yang dijumpai tidak sempurna anggotanya. Plotnya ada yang ngeri, sedih, pilu. Anda perlu saksikan sendiri, kerana saya pasti airmata anda akan berguguran.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...