Pages

Wednesday, July 8, 2020

Terima kasih Allah

Nak cerita pengalaman driving dalam hujan ribut petang semalam.

Subhanallah.. Allahu Akbar.. Alhamdulillah

Zikir ni je yang meniti di bibir lewat petang semalam.

Kisahnya, saya dari pagi dah masuk ofis di HQ KL..

Saya plan, by lepas lunch dalam pukul 3pm macam tu, saya nak chow balik untuk masuk ofis HQ di Shah Alam.

Nak dijadikan cerita, kebetulan saya ada meeting pukul 2.30pm tu.

Since saya dah lunch awal, jadi saya steady je siapkan kerja sebab plan nak gerak awal dari KL.

Tup tup teammates minta saya tolong tengokkan anak dia sementara dia nak ke meeting.

Saya ok je, sebab anak dia pun dah besar.. lingkungan umur 6tahun..

So setel kerja, dalam pukul 4.30pm, bergegas keluar dari ofis since nampak kat luar dah mula hujan.

Perjalanan dari Dayabumi tu kira ok lagi.

Hujan yang masih lagi boleh nampak jalan.

Setibanya di Angkasapuri, hujan selebat-lebatnya.

Awan gelap

Kilat sabung menyabung

Sungguh, aku hamba yang kerdil ya Allah..

Selamatkan lah perjalananku ini.

Waktu ni, memang tak ingat lain.. nak berhenti kencing pun tak terasa, 

Drive la slowly.. 20-40km/jam je..

Finally, sampai Shah Alam. Hujan masih lebat. Tapi bila dah cecah Shah Alam tu, dah rasa lega sangat.

Terima kasih ya Allah.. kerana pelihara perjalananku..


Tuesday, July 7, 2020

Opening Speech for 1st Entry in year 2020

Hai Assalamualaikum.

Huii lama betul tinggalkan dunia blogging.

Entah kenapa Allah detikkan saya untuk kembali berblog.

Alhamdulillah, #Blogger dah mudahkan cara untuk berblog menggunakan hp.

Kalau tak sebelum ni, azab gak la rasa..

Insha Allah, saya akan sebarkan kebaikan Shaklee menerusi blog ini, di samping saya akan sharing juga perkara-perkara dan info yang saya rasakan menarik untuk dikongsi.

Oh ya, walaupun setahun saya berdiam diri menerusi blog, tapi saya dah create Youtube Channel, saya dah punyai FB Page juga untuk bisnes Shaklee saya.

Korang jangan bosan tau baca cerita Shaklee saya.. haha..

Sebab terlalu banyak saya akan kongsikan buat anda yang sudi dan tanpa jemu ikuti posting saya.

Boleh komen dan juga tegur saya di chatbox.

Haihh, rindu betul dunia blog ni.

At the same time lupa pun iye cemana nak tinggikan rating posting.. Hihi..

Takpe, saya percaya, jika ada usaha, pasti hasilnya akan dituai akhirnya.

Cuma cepat atau lambat bergantung pada usaha, konsistensi dan of course rezeki yang Allah dah aturkan.

Oh ya!

Shaklee ada produk baru iaitu ResV dan juga Pain Relief Caplet.

Most wanted dua produk ni.

Jadi fenomena sangat produk Shaklee ni sejak PKP tempoh hari.

For those yang nak cuba berShaklee, boleh hubungi saya.

#resv

#prc

#jomshaklee

#pengedarshakleeshahalam

Mulakan perniagaan dengan zero modal

Masa rehat tadi, ofismate ngadu dia buat bisnes dropship..

Tapi untung sedikit sahaja per produk.

Dia kata dia nak buat bisnes.

Cari duit tepi..

Buat masa ni, lega la sikit bila pelaksanaan moratorium 6bulan tu..

Dapat la dia tarik nafas lega, duk KL tak cukup nak harap gaji bulanan.

Mel share la kat dia bisnes yang mel buat sekarang iaitu Shaklee.

Untung runcit dapat,

Bonus bulanan pun dapat.

Nampak dia berminat bila dapat tau yang Shaklee kreditkan bonus setiap 14hb.

Moga terbuka hatinya untuk join team Shaklee mel.

💎 Zero modal
💎 Tak perlu pegang stok
💎 Sangat fleksibel
💎 Ada guidance daripada group support yang terbaik!

⤵️

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1175146

Wednesday, August 14, 2019

Trip ke Cameron Highland

Assalamualaikum,

Since Mel tak tau nak mula dari mana untuk up entry. So tadi ada la belek-belek folder gambar yang tersimpan kat dalam lappy ni.

And, Mel dapat idea untuk update thru gambar-gambar yang ada dalam folder.

And, gambar yang pertama dalam folder ni adalah, percutian ringkas Mel dan family in laws ke Cameron Highland..!! woott wooottttt ~~~

Sebenarnya ini kali kedua Mel ke Cameron Highland. First time dulu masa sebelum kahwin, masa arwah ayah ada. Time tu, naik dari Simpang Pulai.

Trip yang kali ni pula, naik dari Tapah. Uihhh, scary wei jalannya.. jalannya agak sempit and banyak tebing runtuh. Nak pulak time tu hujan turun. Memang tak tido Mel dalam kete sepanjang trip tu. Hehe..

Kat Cameron Highland tu, kitorg bermalam di apartment, 3 bilik tidur + 2 bilik air. Apartment tu lengkap dengan peralatan memasak. Jadi, sangat convenient untuk kami yang bermalam beramai-ramai ni.

Antara tempat menarik yang kami kunjungi Kea Farm, Taman Lavender, pasar malam Golden Hill, Taman Agroteknologi MARDI dan juga BOH Plantation Sungai Palas.

Antara tempat-tempat yang disebutkan tu, paling Mel suka ialah pasar malam dan Kea Farm. Haha.. syurga untuk shopping makanan dan sayur sayuran yang fresh weih!

Kat Taman Lavender tu, sape yang pandai nak posing acah-acah instafamous, sesuai la untuk make sure memory hp korang banyak space and battery yang full. Untuk Mel yang posing selalu tak kena je rupa, rasa agak bosan. Cuma ok la untuk cuci mata dan lihat tumbuhan dan bunga segar.






Di Kea Farm pula, popular dengan jualan sayur-sayuran, jagung dan keledek. Kat sini Mel ada la beli jagung mutiara. Dah kata manis, even dia bagi sample pun manis. Tapi, bila dah bawak balik rumah, dah rebus, takde rasa pun.. tak sure sama ada penjual tu tipu atau disebabkan perubahan suhu, maka rasa manis jagung tu pun hilang.

Masa kami ke BOH Plantation tu, plannya nak la pekena kek dan secawan teh panas kat kafe yang ada. Tapi, sesampainya kami kat situ, humanggaaaii ramainya orang. Jadi, just shopping teh uncang je la. Mel pilih teh Gunung Cheding dan Gunung Chantik.

Teh Cheding lebih pekat dan sesuai untuk dibancuh teh susu. Manakala teh Gunung Chantik, agak light, sesuai untuk dibancuh teh o biasa yang beraroma superb!

Next is, pasar malam Golden Hill.. hehe, kat sini sama je macam pasar malam biasa. Cuma, kat situ ada juga dijual baju-baju bundle. Stoberi celup coklat tu, toksah kata la.. Memang belambak.. cendawan goreng pun ada.. nyummmss!

Kat pasar malam ni, kami beli makan malam dan juga topi binatang. Kat sini saja, Mel beli 3 topi binatang iaitu; Shark, Giraffe, Tiger. Cukup la sebagai cenderahati untuk kami 3 beranak. 1 topi tu RM10. Beli banyak pun still kena bayar RM30.. husband beli jaket. Mel? takde beli pape pun.. cukup la cuci mata tengok makanan. Hahaha.. 



Oh ya, di apartment kami tu, takde aircond mahupun kipas. Tapi, dah cukup dingin kami tidur selesa berselimut. Tu yang husband beli jaket tu.



Mel teringin nak petik buah stoberi sebenarnya.. tapi, tiketnya mahal kalau tak silap. Tu yang last-last, mel beli stoberi kering je. Tu pun berhenti singgah di ladang stoberi nama apa ntah, sebagai kudapan dalam perjalanan pulang.

Masa dalam perjalanan pulang tu, mel cakap kat husband untuk turun lalu Simpang Pulai. Tapi, yang lelain prefer untuk turun lalu Tapah jugak. So, for those yang nak plan untuk ke Cameron Highland, lalu Tapah ni, make sure pemandu korang seorang yang cekap dalam pemanduan.

Masa nak turun ni, ada banyak orang asli jual petai dan madu. Tapi, disebabkan cuaca tak mengizinkan, hujan sepanjang jalan, plus laluan pun sempit, jadinya takdela kami singgah beli apa-apa buah tangan.

So, itu jela perkongsian trip ke Cameron Highland Mel bersama keluarga mertua.

Isk, rasa kekok lak bahasa yang digunakan ni. Haha..

Xoxo,
Mel





Thursday, August 8, 2019

Masih lagi berShaklee

Assalamualaikum.

Mel dah tak buat Shaklee ke?

Eeehhhhhh, siapa kata?

Mel masih berShaklee.

Mel masih amalkan Shaklee.

Cuma, Mel je yang tak munculkan diri.

Just rajin sharing kat WA status tu je.

Kenapa dah tak sharing Shaklee kat social media?

Sebab, masa Mel pregnant aritu, memang mata tak boleh nak tengok skrin hp lelama.. Bila tengok hp, rasa pening dan mata berpinar.. and of course, alahan pun iye jugak..

Itu yang FB pun tak berupdate.. IG pun tak berbukak.. apatah lagi nak buat entry blog ni.

Menjawab soalan tak?


Xoxo,
Mel Kay




Wednesday, August 7, 2019

Selamat menyambut Aidil Adha

Assalamualaikum.

Ya rabbi, genap setahun kan blog ni tak dijengah dan dijenguk.

Kalau dulu boleh dapat top carian kat Google, memang sekarang kena catch up balik la..

Anyway, ni Mel update blog ni guna website.

Sebab, seriously tak berkenan dengan apps yang compatible untuk update blog. Faktor usia mungkin. Semuanya kalau boleh nak view yang besar-besar.. yang boleh nampak setiap butir, setiap tab dan setiap button kat screen.

Since kita akan meraikan ibadah korban pada hari Ahad nanti, jadinya Mel ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha in advance kepada semua readers yang setia follow and baca every entry yang Mel post sebelum-sebelum ni.

Mel akan cuba untuk update aktiviti yang Mel buat, share tentang supplement yang Mel ambil harian, resepi masakan etc.

Just nak minta jasa baik korang je untuk doakan agar Mel rajin untuk post entry dan istiqomah.

FB pun dah setahun jugak Mel tak update, Instagram pun sama.

Memang rasanya Mel sejenis yang tak reti nak bersosial ke cane ni ek? Huhu..

Last but not least, Mel rindu korang.. Mel rindu nak berblog semula. Doakan yang baik-baik ya!

Xoxo,
Mel Kay
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...