Pages

Wednesday, August 17, 2016

Lecithin bukan sekadar untuk kurus

Assalamualaikum

Lecithin?
Lecithin ni nak kena makan time bila?

Lecithin ni kita ambil sebelum makan sebaik-baiknya. Tapi ada juga yang makan sebelum makan, akan jadi bertambah lapar. Takpe, tu tandanya badan sedang dalam proses untuk bertindakbalas.

Macam kita jugak la.. bila masuk skolah baru, rasa macam krik krik je dgn keadaan keliling kan.. sementara nak sesuaikan diri tu, mesti tetiba yang biasa time loceng rehat kita la berdesup beratur kat kantin, tapi tetiba kita jadi tak lalu makan.. ada tak perasaan camtu dedulu?

So samala jugak halnya dengan vitamin ni. Bagi dia masa untuk sesuaikan dengan tempat baru. Lama-lama once dah blend, badan pun dah boleh tolerate, kesan pengambilan vitamin tu akan terlihat. Kalau tak dalam tempoh sekejap, insha Allah jangka masa lama akan terlihat hasil pengambilan vitamin tu. Yang lg best, kita nak setelkan masalah A, skali masalah B, C dan D pun tersetel skali. Macam testimoni yang saya share kat gambar tu.. hehe.

Macam saya, pada awal-awal pengambilan Lecithin, memang saya agak tak betah. Sebab laparnya jadi kemain lapaq weih! Tapi saya fikir, saya dah start dah and takkan nak stop pulak? Sebotol tu duk penuh lagi. Then lama-kelamaan apa yang saya perasan, bila saya ambil Lecithin, saya tak rasa lapar dah. Eventhough dah sampai waktu lunch. Padahal sebelum tu memang busy kerah keringat dan fikiran *uih, metafora betui..teheheh.. 😅* Waktu tu, saya still continue ambil.. dan saya tambah lagi bilangan intake dan dah masuk botol kedua, kawan-kawan dah mula perasan dah.. dorg dh start tanya-tanya.. "Ko kurus la.. " yeahh! Ni la #shakleeeffect yang orang perasan dan depa yg tlng bgtau kat kita.. yeahhuu! Alhamdulillah. 😉

So kena ingat, kita berusaha dan berikhtiar. Jgn putus asa cepat. Pastikan konsisten pengambilan vitamin. Untuk yang tak penah detox tu, saya sarankan untuk ambil set detox atau gandingkan dengan vitamin detox.. insha Allah hasilnya superb!

Usin Bolt pun praktis hari-hari dik untuk dpt cipta rekod dia. So sama jgk la kesnya dgn kita. Kita pun kena hari-hari ambil vitamin tanpa gagal, barulah anda akan rasa #shakleeeffect.

Feel free untuk hubungi saya, Emilia | 012 373 2589

#sayagunasayajual
#sayajualsayaguna


Monday, August 15, 2016

Assalamulaikum

Mulakan hari ini dengan senyuman!

Huhu.. harini masuk ofis KL. A bit surprised, sebab biasanya parking lot penuh till saya kena parking kat basement bawah.

Tapi, hari ni sampai-sampai aje, parking kat rooftop lapang selapang-lapang alam. Alhamdulillah.

Moga hari ini dipermudahkan segala urusan dunia dan juga akhirat.

Aamiin.


Friday, August 12, 2016

Apa itu Vertigo?

Assalamualaikum

Dah malam-malam gini baru sempat nak berblog. Siang jadual full dengan meeting, nak makan pun tak menyempat. Takpe, tu cite siang tadi. Apa yang saya nak cerita pada malam ini? Jeng jeng jeng! 😆

Walapun promo Vivix dah berlalu, tapi saya seronok nak share kehebatan Vivix ni.

Kenapa saya kata Vivix ni hebat? Dia ni hebat sebab boleh dikatakan hampir keseluruhan permasalahan kesihatan baik lelaki mahupun wanita, mampu diselesaikan oleh Vivix dengan izin Allah.

Jika sebelum ini saya ada share mengenai Vivix bagus untuk kulit, untuk memastikan wajah sentiasa kelihatan awet muda.. Vivix berupaya untuk turunkan bacaan paras gula bagi penghidap diabetik..

Kali ini, saya nak share yang Vivix ini juga sesuai untuk penghidap Vertigo.

Apa vertigo ni? Vertigo ni adalah penyakit yang boleh berlaku kepada sesiapa tanpa terhad kepada paras umur tertentu. Ia berpunca daripada masalah pada bahagian dalam telinga.  Kerana telinga berfungsi untuk memberi keseimbangan badan.

Apa yang penghidap vertigo ni rasa atau alami?
Penghidap vertigo kebiasaannya akan merasai seolah-olah dunia di sekeliling dia berputar yang amat dahsyat. Ni pengalaman kawan saya ya! Sebab saya simpati dan tanya pada dia, apa yang dia rasa. Jadi, saya ceritakan semula conversation kami ya!

Me : Apa yang ang rasa yang tetiba doctor kata ang vertigo?

Maj : Aku memula pening. Aku ingat pening migrain biasa tula.. aku makan panadol, lega la sat. Pastu jadi balik.. tu yang aku MC tu. Yang nak jadi tetiba aku pi refer dengan doctor sebab ada satu kes ni. Satu malam, duk elok ja aku baca paper.. Sekali aku rasa macam dunia aku berputaq macam kita duk dengaq ustazah duk creta kejadian kiamat tu.. aku duk nampak bergulung-gulung sekeliling mai kat aku. Macam ombak tinggi tu.. aku tgk kanan, nampak kipas mai kat aku, dinding mai hempap aku, lampu nak.mai hempap aku.. aku takut la..

Me : Waktu ang jadi tu, ang berpeluh ketaq setempat ka atau ang ada cubaan nak lari selamatkan diri?

Maj : Aku jerit la wei.. tapi aku tak gerak p mana pun.. Tapi bini aku kata, aku memang duk pegang kuat kat kerusi yang aku duduk tu.

Me : Kira macam ang tak sedaq la apa yg berlaku kat ang?

Maj : Aku sedaq. Tu yg aku tnya bini aku, rumah kita ni ada goyang-goyang ka? Bini aku kata, umah kita duk elok ja. Abang ja yang jerit-jerit. Macam orang gila pun ada, duk takut-takut.. so aku buat derk jela.. sebab duk rasa mungkin penat sangat sampai aku berhalusinasi.

Me : Then, ada 2nd kejadian aneh lagi ka pehtu?

Maj : Paling tak boleh nak blah, dia jadi lagi time aku duk drive. Ang bayang, duk elok drive tetiba aku rasa, "Eh, awat kancil ni mai himpit aku? Eh, awat lori besaq ni nak timpa aku?" Aku break la wei dalam pada duk fast lane.. mujuq bini aku ada duk tepi, dia yg bg arahan kat aku pastu dia drive sikit2 bagi signal. Tu pun masa berhenti tepi, aku rasa mcm dah nak jatuh gaung. Padahal bini aku kata takdak gaung pun. Just bahu jalan ja.. dia jadi tak tentu wei.. ada sekali tu, aku drive gak.. dah smpai trafik light, patut berhenti sbb lampu merah. Tapi waktu tu fikiran aku duk kata, pasaipa hampa pakat berhenti ni? Jalan je la, tu lane sebelah boleh jalan awat kita tak jalan pulak.. pdhl waktu tu, turn lorong sebelah yg jalan.. bini aku pun ada gak masa tu. Cukup 3 kejadian aneh ni, terus la aku pi refer doctor. Doctor kata aku vertigo. So sekarang aku takleh nak drive n naik flight. Doctor suh aku hold dulu drp drive.

Me : Lor... simpati kat ang wei.. sampai bila.doctor tak bagi ang drive?

Maj : Aku kena buat test.. test pendengaran lagi test apa ntah. Ubat pun doctor ada bagi. Sampai dah stabil, boleh kot nak drive pastu.. tapi serious bini aku kata, aku mcm org gila. Yela, duk elok tetiba aku terjerit-jerit.. adeyy..

K, tu je nak share pasal Vertigo kot-kot ada yang tak tau pasal ni kan.. saya pun tau disebabkan kawan saya yang kebetulan alami.

Saya ada suggest pada dia, tapi dia nak jalani ujian tu dulu dan ambil ubat doktor.

For those yang nak tanya-tanya pasal Vivix ni, atau mahu saya cadangkan set supplement mana yang sesuai boleh aje hubungi saya k!

♡


Saturday, August 6, 2016

Ceritera 5885

Assalamualaikum

Ni nak cerita pasal kejadian semalam.. Kebetulan semalam kan tarikh 05.08.2016 kan.. yang kebetulan sama dengan no plate kereta saya iaitu 5885. Jadinya, ofismate saya menyangka no plate kereta saya adalah tarikh lahir saya.

Sememangnya saya tak pernah reveal tarikh lahir saya kepada sesiapa di pejabat. So dorang main teka-teka je la.

Nak dijadikan cerita, tetiba salah seorang staf saya beri ucapan hari lahir di hadapan sume kat dlm ofis tu. Dengan penuh konfiden lak tu.. "Happy Birthday, puan! Harini birthday puan kan.. yela 5885.. harini kan 5hb.."

Dan secara spontan bos saya pulak mencelah.. "Oh, birthday milia harini? Boleh la nanti beli kek"

Saya yang tak sedap hati ni terus la bgtau, "Eh, yang pasti 5885 tu mmg betul no plate saya.. tp harini bukan birthday saya.. ntah birthday sesapa ntah.."

Then sumerang bahan saya, 'Ala.. ngaku jela birtday sendiri je pun.. nak segan2 pulak'

So, penat nak explainkan kat sumerang yg terus assume saya punya birthday smlm, so saya pun kata, "ok, kalau nak beli kek beli la.. rezeki kita smua nampaknya utk makan kek"

Tak sangka pulak memang betul2 bos saya ada kirimkan duit kat staf saya utk belikan kek utk saya.. aiyoookk!

So semalam telah tanpa sengaja sambut 'birthday saya'.. 👆 tula rupa keknya!

Terharu pun ada.. tapi rasa mcm dah 1 department kena prank.. hohoho!

"Bos, tengkiu blanje kitorg kek!" Hiks


Friday, August 5, 2016

Majlis Kesyukuran Aidilfitri

Assalamualaikum

Ni cerita before insiden bilik genset terbakar di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Alkisahnya, saya ada hadiri majlis kesyukuran sambutan aidilfitri di masjid negeri yang sekarang sedang direnovate dalam proses untuk dibaikpulih.

Majlis ni anjuran masjid negeri tu juga. Banyak kiosk makanan yang disediakan. Antara menu yang ada pada malam tersebut adalah rojak, cendol, mi kari, lemang rendang, sate dan jg nasi arab.

Majlis ni terbuka untuk orang ramai. Jadinya, saya pun tak terkecuali la, hehehe.. saja nak feel mcm suasana makan ramai-ramai di masjid di samping saya biatkan juga supaya anak saya mesra masjid. Kiranya pendedahan awal la ikhtiarnya.

Disebabkan kiosk yang dibuka agak banyak, jadinya suasana pada malam tersebut adalah terkawal.

Ketika enak menjamu selera, hadirin dihiburkan dengan dendangan nasyid dari pelajar Maahad Huffaz.

Majlis bersurai kira-kira jam 10.30pm

Saya? Saya suka la majlis makan-makan ni!

♡


Monday, August 1, 2016

Ogos sudah

Assalamualaikum

Ogos sudah.. ini bermakna promosi Vivix sudah tamat!

Apa promosi bulan Ogos ni? Yeehaaa!! Ostematrix dan vitalea kids! Ohsem mohsem la wei untuk yang selalu cramp or cream tu..weaahuu!

Siapa lagi yang patut consume Oste ni selain drp ibu mengandung dan menyusu?

Nak tau lanjut, pm chek na! Emilia 012 373 2589.

Hat vivix duk berlambak dalam gambar tu, dah berpunya dah ya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...