Pages

Friday, January 8, 2016

Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya

Assalamualaikum

Pernah dengar tak kalian mengenai kesedapan yang super tak hengat penangan nasi Kak Wok?

Siapa dia Kak Wok? Saya pun tak kenal.. Tapi, walaupun tak kenal, saya dah pernah makan nasi dia.. Memang ngam beb..  

Mula-mula sebelum saya diintroducekan dek nasi kak wok ni, memang selalu je dengar orang duk puji kesedapan nasinya sampai melambung-lambung ke angkasa. Bahkan, katanya kena beratur panjang dan selalu akan habis awal. Pukul 3pm je, dah tutup sebab semua dah habis licin. *untungla pekerja dia kan?*

Bila dan siapa yang introducekan saya dengan nasi kak wok ni? Hehe.. Ketika saya dan beberapa orang lagi committee SOPP kena kuarantin bagi menyiapkan SOPP. Jadinya, segala lunch minum petang bagai memang haruslah ditapao. Yang menapao adalah Kak Liza. So dia lah yang secara kebetulan membuatkan kesemua kami terjebak dengan nasi kak wok ni. Sebab masing-masing tak pernah try. Pada tekak saya, sedap!

Apa keistimewaan nasi kak wok ni?
  • nasinya dihidang panas-panas
  • ayam goreng kunyit
  • gulai special
  • sambal belacan

Macam mana nak order?

Part nak order ni, kena layan diri beb. Meja memang selalunya full. Tapi kebanyakkannya juga, memahami. Means, bila diorang dah makan kenyang, diorang akan blah. Takde nak rokok-rokok or sembang pacak dulu. So, pasal tempat, usah dirisau, Insya Allah ada meja untuk anda bersantap.

Apa yang anda perlu buat ialah anda perlu beratur dan tunggu sampai giliran anda tiba. Lauk semua orang sama je. Jadinya tak perlulah untuk korang berkira-kira nak order apa atau usha-usha meja sebelah, k! Cuma during order tu, boleh la untuk anda request extra sambal.

Bagi memastikan kelancaran, pemilik kedai standardizekan pembungkusan. Whether anda dine in atau take away, tetap akan dibalut dengan brown paper. Manala nak tau kan, sedang busy makan tu, tetiba rasa macam tak habis pulak makanan tu, so, boleh la korang bungkus sendiri tanpa perlu meminta bantuan pelayan kat situ. *next*

Selesai mengambil nasi anda yang telah dibungkus, sila gerak ke kaunter air untuk anda memesan air. And last but not least, bergerak terus ke kaunter bayaran untuk urusan pembayaran. Pastu apa jadi? Pastu, makan la apa lagi weihh!

Tengok kuah gulai Nasi Kak Wok yang buat kecur air liur
Oh ya, nasi kak wok ni juga dikenali sebagai Nasi JJ Kak Wok. Lokasi kedainya terletak di TTDI Jaya, berhampiran Restoran Aroma Hijrah. Yang ni kakak dia punya. Kalau nak rasa yang cawangan adik dia punya terletak di Seksyen 24.

Saya telah rasa both, dan kedua-duanya sedap!

Worth to try for those yang suka pedas.

~LOVE~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...