Pages

Thursday, August 1, 2013

Tazkirah di Petang Hari

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama team SCS di Seksyen 21. Penglibatan yang walaupun sedikit tetapi meriah dan penuh pengisian.

Pada pukul 6.00ptg, kami berkumpul di bilik taklimat untuk mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan sebelum berbuka. Tajuk yang dikongsi pada tazkirah tersebut ialah Apakah Kita Puasa Syariat atau Puasa Adat. Menarik bukan tajuknya? Cara penyampaian yg ustaz ini berikan pun menarik walaupun tidak menggunakan microphone ketika menyampaikan ilmunya. Inti patinya sgt mendalam which saya pun nak ulas tak reti. Tapi ada a few point yang saya nak share. Meh baca meh.

Syarat raih takwa semasa mengerjakan puasa syariat bukan puasa adat:
1. Mesti ada iman. Jika tiada iman, ibadat puasa pun tak dapat nak dipenuhi. Iman dalam konteks ini adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga. Selain itu, puasa pancaindera iaitu tidak mengumpat, tidak melihat perkara yang mengurangkan/menjejaskan pahala, melakukan perbuatan yang sia-sia dan lain2 perbuatan yang blh dilakukan oleh anggota dan juga pancaindera kita.

2. Mesti ada kesihatan tubuh badan. Jika kita mampu untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi Allah tak beri kepada kita kesihatan yang baik, ibadat puasa pun kita tak dpt nak lakukan dengan sempurna. Contohnya; gastrik, pengsan semasa berpuasa etc.

3. Mesti ada ilmu iaitu ilmu akhlak, ilmu kesihatan dan pemakanan & ilmu ibadah. Huraian utk ilmu akhlak; kita bukan je puasa tahan lapar dan dahaga, tapi jugak puasa pancaindera dan jugak puasa hati. Pancaindera adalah termasuk jaga mata, perbuatan n mulut (jaga tuturkata, tidak mengumpat) supaya tidak melakukan perkara yang dpt mengurangkan atau menjejaskan pahala berpuasa. Puasa hati pulak merujuk kepada, keikhlasan hati. Kadang2 perbuatan kita nampak ikhlas, tp hati tidak merelakan.

Ilmu kesihatan dan pemakanan pulak, kita kena jugak tau pengambilan makanan semasa berbuka tu boleh menjejaskan kesihatan kita or tidak. Contohnya, mulakan berbuka dengan minum air suam or mkn kurma. SEkiranya anda berbuka dgn air Coke, perut pun terkejut, keberkatan pun tak dpt..kan sendiri yg rugi.. ;)

Ada tips nak bagi cepat kenyang iaitu:
1. Tgk makanan
2. Baca doa
3. Mulakan dengan yang manis; kurma
4. Kunyah banyak kali; 44kali
5. Bahagikan kepada 3 bahagian iaitu; 1/3 makan, 1/3 minum dan 1/3 nafas
6. Berhenti sebelum kenyang
7. Baca doa selepas makan

Ilmu ibadah pulak, bykkan bersedekah, mengaji, lakukan solat sunat seperti terawikh, tahajjud etc. Tapi jgn dilupa, solat yg wajib pun perlu dijaga. Jgn duk kejar pahala sunat, tp pahala wajib dibiarkan. Alangkah sia-sia je ibadat sunat yg kita lakukan jika yg wajib tidak dititikberatkan. Dan jgn lupa utk sentiasa beristiqomah.. Sekiranya time Ramadhan kita giat bersedekah dan solat sunat, bulan2 yang juga turut juga diamalkan. Moga mendapat kerahmatan. Owh ya, jgn lupa jugak utk kita sedekahkan utk parents kita. COntohnya, skrg kan ada byk program Waqaf Al-Qur'an, maka kita juga boleh keluarkan sumbangan tapi kita letakkan nama parents kita. Mudah-mudahan pahalanya tu dpt dipanjangkan buat ibu bapa kita yg kita sanjung dan sayangi.

Tahukah anda bahawa solat sunat mempunyai ranking yang tersendiri? Berikut adalah beberapa solat sunat yang menjadi keutamaan (yg sempat ustaz tu share. Saya pun taktau ada berapa rankingnya..tp saya share ilmu yg saya dpt la ek!)

Ranking pertama - Solat sunat Tahajjud
Ranking kedua    - Solat sunat Dhuha
Ranking ketiga    - Solat sunat Witir
Ranking keempat - Solat sunat Rawatib; Qabliah dan Ba'diah
Ranking kelima    - Solat sunat Terawikh

Kenapa solat sunat Dhuha diletakkan pada nombor 2?
Kerana pada ketika Nabi Muhammad S.A.W hampir wafat, pada ketika anggotanya dari pinggang ke bawah tidak berfungsi, di mana rohnya sudah sampai di perut, Baginda meminta anaknya Fatimah untuk mengambilkannya wudhuk dan Baginda melakukan solat sunat Dhuha.. Ini menunjukkan sunat Dhuha adalah sebahagian daripada sunnah Nabi. *saya sgt terkejut bila ketahui perkara ni. Siyesly, tak penah pun saya tahu hal ni. Kita pandang perkara tu kecil (dr segi pelaksanaannya) tp sbnrnya ada hikmah di sebaliknya yg kita perlu ketahui.*

Solat sunat terawikh adalah yg terakhir dlm byk2 solat sunat. Jadi sbb itulah yg dikatakan, jgn puasa adat, tetapi puasala mengikut syariat. *sbnrnya ada lagi ilmu yg saya nak share, tapi tak reti nak simplekan ayat utk mudah difahami. Dah terang kat hubby pun, tapi penyampaian yg saya sampaikan tak sehebat mcm mana ustaz tu sampaikan. Tp In Shaa Allah, ilmu yg ustaz tu sampaikan, sampai ke dlm hati saya*

Puasa syariat atau puasa adat?
- Asal je puasa, msti nak terawikh kat masjid/surau.; lebih afdhal jika kita lakukan yg wajib dan sunat di tempat yg sama. Contoh senario yang biasa terjadi; solat Isyak di rumah, kemudian terawikh berjemaah di masjid/surau.
- Asal je puasa, mesti beli juadah berbuka di BaRam/PaRam; if kita berbuka dengan lauk mcm biasa tak boleh?
- Asal je puasa, baru nak buka dan baca Al-Qur'an, nak khatam; 11 bulan yg balance tu, kenapa tak amalkan?
- Asal puasa je, berbuka berjemaah 1 family (tak kira berbuka di rumah or di luar); tp selesai je berbuka, adakah kita juga berjemaah menunaikan solat Maghrib? kenapa tak berjemaah juga? Even pada hari2 biasa pun, kita still boleh berjemaah ketika mkn mlm, dan berjemaah dirikan solat.
- Asal puasa je, ibadat puasa dilakukan. Terawikh dilaksanakan. Tp solat wajib dibiarkan; Kenapa puasa selama 8-10jam boleh dilakukan, tp solat yang 10-15minit amat sukar dilakukan? terasa berat utk melakukan yang WAJIB?

Ustaz tu ada pesan lg. Ada 6 point tp saya ingat2 lupa, cuma ingat sebahagiannya je:
1. Jaga yang wajib - solat
2. Jaga waktu - solat di awal waktu
3. Lakukan dengan tertib
4. Jgn lakukan berseorangan - berjemaah
5. ...
6. Lengkapkan dengan yang sunat; solat sunat, sedekah

*erk, no 5 tak ingat laa*

Diri kita, umpama rumah. Tak lengkap sebuah rumah jika tiada lantainya.. Tidak lengkap sebuah rumah tanpa dindingnya.. Tidak lengkap sebuah rumah tanpa tiang dan bumbungnya. Apakah asas 'rumah ' itu?
1. Solat merupakan lantainya
2. Puasa merupakan dindingnya
3. Zakat/Sedekah merupakan tiangnya
4. Tunaikan haji atau umrah merupakan bumbungnya

Bagaimana boleh rumah nak terbina jika, ibadat puasa dilakukan, tp solat ditinggalkan? Bagaimana doa nak dilekatkan jika tiada tiang utk dilekatkan? Kesimpulannya, yg wajib, WAJIB dilaksanakan. Yang WAJIB, wajib didahulukan.

Akhir sekali, ustaz tu pesan, pada bulan Ramadhan ni, kita kena post-mortemkan diri sama ada adakah kita ni hamba Allah Yang Maha Esa, atau kita menjadi hamba bulan Ramadhan? Adakah kita puasa syariat atau puasa adat? Sama2la kita fikir dan renungkan.

Ok, semoga ilmu yang saya share ni memberi manfaat buat kita semua. Mungkin agak melompat2 kandungannya, tp ini yg saya mampu share kerana saya menaip entry ni secara spontan, tanpa sebarang nota. Jika terdapat kesalahan terhadap point yg saya kongsikan ni, mohon rujuk kepada yang arif. Saya hanya penerima dan niat ingin berkongsi ilmu. Saya pun masih lagi ingin menjadi yang sempurna. Pesanan ini buat saya juga. SEmoga kita menjadi yang lebih baik dan saling memberi manfaat sesama kita. Mudah2an, amiin.. ;)



p/s: Ramadhan hampir berakhir. Adakah dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang? Hanya Allah je yang tau..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...