Pages

Monday, April 1, 2013

Pavlova - Souka Mouka

Assalamualaikum w.b.t,

Jika semalam saya ada share hajat saya utk mengulangkajirasa pavlova di Delicious tidak kesampaian, tetapi entry kali ini hajat saya ditunaikan oleh kakak saya. Tapi jangan salah sangka, pavlova yg kakak saya tunaikan ini dibeli di Souka Mouka. Saya pernah buat review tentang Souka Mouka sebelum ini. Jika anda ingin mengetahui lokasinya, sila ke entry Souka Mouka yang pernah dipublishkan, ya!

Since saya busy menyiapkan order cheesetart yang diorder oleh Ili sebanyak 300pcs sempena majlis pertunangan adiknya, so kakak saya pun hanya menapao pavlova ini utk saya *walaupun sebnrnya beliau telah byk kali memujuk supaya saya join lepak dengan kengkawan ofis dia, tp pujukan tak berjaya bro!kehkehkeh.. ;P*

Berikut adalah gambar pavlova double layer seperti yang digembar-gemburkan.
Pavlova~

Close-up
Jika dilihat kepada strukturnya, pavlova yang saya hasilkan tempoh hari adalah sama mcm pavlova ini. Ini bermakna, cubaan pertama dan kedua saya menjadi. Kecuali, pavlova saya agak sedikit tacky, means kat bahagian bawahnya melekat dgn baking paper tu *jadinya nak makan pun kena keruk2 paper tu, sudahnya, byk yang melekat kat paper baking, dan comot lah ia* Tu yg sedih pedih tu, uhuk2..

Jika tak percaya, nah lihat ini pavlova yang kuhasilkan. Amat ketara kan rupa paras pavlovaku dgn pavlova yang berjualan di petisejuk pamer di kedai? T_T


Apa tipsnya ek nak hasilkan pavlova yang cantik, molek, manis, rupawan semanis rasanya? Haish.. takpe, practices makes perfect. Sekarang ni, akan dikurangkan aktiviti mencubajaya resepi2 manis ni, sebabnya kat rumah tak byk yg nak mkn mknan manis ni. Tunggula nanti bila dah ada teman yang nak merasa ada.. akan kupujuk beliau utk menghabiskan makanan cubajaya yang dihasilkan..kehkehkeh.. ;P 



p/s: turut teringin utk menghasilkan kuih cara, cam senang je..huhu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...