Pages

Tuesday, July 3, 2012

Setahun Sudah Berlalu...

As-salam,

Setahun sudah berlalu episod cinta duka terhalang.. Masih lagi segar dlm ingatan saat kata2 keramat yang didengar, menusuk jantung dan ke ulu hati. Rasa bengkak sehingga kini. *Bukan je bengkak hati, mata pun bengkak utk 3-4 hari..* Penangan cinta terputus di tengah jalan..  Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya tengah hari tu hujan.. *Cinta pertama yang disangka cinta terakhir* hurm..

Janji dan kata2 manis yang diucapkan, rapuh benar dilempar ke tepi tanpa dipeduli rasa hati ini. Tiada pujuk, tiada rujuk diterima.. Selepas tarikh 03072011, sunyi sepi handphone yang sentiasa dibimbit ke sana ke mari. Tiada bunyi2an sms.. tiada dering2an panggilan.. *sunyii sgt..sepi gile rasa..*

Airmata sentiasa menemani siang dan malam.. saat melunaskan kerja di pejabat pun, masih lagi bergenang dan mengalir menderu laju di pipi.. sehingga bos sendiri pun tak berani nak tegur *thank you En. Hilmey, kerana memahami*

Tahun 2011 = 26 tahun.. Tahun 2012 = 27 tahun.. Jika diikutkan, pada umur 27 tahun, status diri telah bertukar menjadi Puan.. Tapi, sehingga kini, status kekal dengan Cik.. *wahai kamu, ingat tak janji 6 tahun dulu?*

Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.. Tp if janji2 dilepaskan begitu sahaja? Beginilah kesudahannya..

Wahai kamu, ketika kamu masih belum lagi bekerja.. kamu rasa terasing sgt.. kamu rasa dirimu tidak berguna sbb kamu tidak bekerja, tetapi masih lagi perlahan2 mendaki ke menara gading.. sedangkan diri ini telah mula bekerja.. diri ini tidak pedulikan itu semua.. diri ini sentiasa bagi sokongan yang tak berbelah bahagi.. sanggup menunggu..sanggup memberi kata2 semangat, supaya dirimu berjaya.. dirimu berjaya, diri ini tumpang gembira.. asalkan dirimu berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana.. Wahai kamu, kamu pernah berkata pabila dirimu telah bekerjaya, kamu akan gembirakan hati ini, ingin beri sejumlah ringgit buat belanja diri ini, akan pertahankan diri ini walau dugaan/halangan dtg menguji diri, akan pastikan diri ini dimiliki.. tapi.... apa yg berlaku sebaliknya.. bukan diri ini meminta2.. sekadar ingin menuntut bela... tapi, kamu berlalu pergi begitu saja..

Kenapa berubah? sedangkan diri ini masih diri yg sama.. tidak pandai utk berhias cantik, tidak galak memandang jejaka segak.. malah tidak punya rakan sejantinamu yang banyak.. Diri ini hanya tumpu pada diri kamu..

Apa yang diinginkan? diri ini tahu memasak, diri ini tahu berjimat.. diri ini sentiasa bersederhana.. mungkin diri ini terlalu naif.. terlalu jujur mungkin..

Pabila diri ini belajar berjinak2 utk merias diri, dirimu kerap persoalkan utk apa diriku berhias.. bimbang agaknya orang lain terpikat.. tp, apa kesudahannya? kamu berlalu begitu sahaja, memulangkan kembali hati yang telah remuk berkecai..

Wahai kamu.. walau kamu pernah bermain cinta lain, tp diri ini masih lagi memaafkan dan menerima dirimu.. walau kepercayaan yang diberikan dipersiakan, tp diri ini masih lagi setia.. Terfikir juga di fikiran ini, siapa yang bodoh.. dirimu atau diri ini? dirimu bodoh kerana persiakan kepercayaan yang diberikan sepanjang perhubungan jarak jauh itu atau diri ini yang bodoh kerana terlalu percaya dan setia terhadap dirimu..

Wahai kamu, walau diri ini tidak diinginkan oleh kedua orang tuamu kerana perbezaan bangsa dan agama.. Tapi, percayalah.. hanya diri ini yang akan kamu ingati.. tidak akan pernah dirimu temui orang lain seperti diri ini.. diri ini yakin benar.. 

Wahai kamu, jikalau diri ini terlihat dirimu, diri ini pun tak pasti apakah tindakan refleks yang akan berlaku.. Diri ini doakan yang terbaik buat dirimu.. Jika Allah bukakan pintu hatimu utk menerima hidayah-Nya, janganlah kamu berpaling lagi.. segeralah berlari menuju ke Nur itu..

Wahai kamu, diri ini minta supaya dirimu doakan yang terbaik juga utk diri ini..

Wahai angin, bawalah pergi ingatan ini jauh2.. luputkanlah memori dahulu..

Wahai hujan, basuhlah kenangan yg ada supaya tiada lagi terkesan di fikiran ini agar diri ini tenang.. hilangkanlah parut lama ini..

Wahai tanah, suburkanlah hati ini supaya dapat menerima cinta lain yang dpt  menerima diri ini seadanya..

Wahai mentari, berilah sinar baru kepada diri ini.. keluarkanlah diri ini dari lubuk kegelapan gundah duka..

Ya Allah, Kau kuatkanlah hati ini.. Kau pupukkanlah hati ini dengan rasa cinta dan kasih sayang.. Kau tambahkanlah rasa cinta ini terhadap diriMu.. Kau dekatkan dan temukan diriku dengan jodohku seperti yang telah tertulis di Luh Mahfuz.. Kau berikanlah yang terbaik utkku seperti yang telah dirancang olehMu.. Amiin...






p/s: | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y | T_T | Y_Y |


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...