Pages

Thursday, July 26, 2012

IFTAR at SACC

As-salam,



First time buka puasa utk Ramadhan tahun ni bersama ofismate baru, di tempat baru. Pengerusi kelab kitorg pilih utk adakan majlis Iftar cawangan pada awal minggu puasa.. Ini bagi mengelakkan ada pelanggaran jadual masing2 yang dah berkeluarga dan juga tak nak ganggu aktiviti ibadat di sblh malam.

Kali ni, ofismate pilih utk berbuka di SACC yang menawarkan konsep Rasa Nusantara. Kitorg beli kupon awal iaitu sekitar bulan Jun lagi. Ini bermakna, kami dapat kupon pada harga RM55 per head. Jika beli lewat, makanya harga yang ditawarkan turut berlainan seperti yang tertera pada gmbar di atas.

Majlis iftar kami ini turut disertai oleh kakiktangan Les Copaque dan beberapa lagi syarikat lain. If nak diikutkan, pelakon2 Upin Ipin tu ada la, cuma kitrog taktau siapa pemegang suara Tok Dalang, Raju dll..huhu.. ;P

Antara makanan yang ada adalah seperti tauhu bakar, koewtiaw goreng, kambing kebuli, sate, dan pelbagai jenis pencuci mulut, buah2an dan juga pelbagai juadah lain. If korg nak tau, semua booth saya try makanan yang tersedia, dlm pada duk menyumbat tu, ada gak ternampak kelibat pelakon Esma Danial pun berbuka di situ..huhu ;)

If ditanya pada saya, apakah keistimewaan makanan yang tersedia, saya leh kata, 'nothing special' Sbb makanannya rata2 kita leh dpt kat baram or param.

Utk pengetahuan, kambing kebuli merupakan signature dish kat SACC ni kot, sbbnya tahun lepas pun kambing kebuli ni pun ada. Cuma tahun ni, bahan perapan yang digunakan terdiri daripada rampah dan juga herba2 tempatan seperti TOngkat Ali, Kacip Fatimah dan lain2 *saya tau pun sbb tgk rncngan Safiyya*

Kami bersurai pada jam 9pm. Owh, lupa nak bgtau, anda boleh parking kat basement bawah tu pada kadar bayaran RM5 per entry ya!


p/s: Baram = Bazar Ramadhan / param= Pasar Ramadhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...