Pages

Wednesday, June 20, 2012

Dubu Dubu Seoul Food

As-salam,

Waaaaaaaaaa~~ Lamanya tak update blog! Cepat penat la skrg.. Lately ujung minggu pun dah jarang kuar. Apo den buek kek umah? Den rehat sajo la.. Nak berblogwalking? berblog? *apa tu?kuih ke?* hahaha.. siyes den maleh.. tambah ngan panas n berjerebu lg.. *bersyukur nak...kamu masih hidup di dunia ni lagi..* Haaa, kan dah kena tarbiyah se-line.. ;P

Okeh, entry kali ni nak cite psl pengalaman saya berkoya Korean..hakhakhak.. Suatu ketika dulu den minat terhadap cite2 korea ni..kecur liur je la melihatkan para pelakon berbimbap la, berkimchi la, berwhat evaa *sila guna nada Kim Kardashian, okeh!*  Skrg ni jela, hajat tertunai melihatkan sudah byk penambahan bilangan korean food restaurant di persada tempatan.

Pada hujung minggu yang bile entah which saya pun tak ingat, tp yang pasti, ketika itu, saya masih mengalami masalah ruam di sekitar muka dan leher *ala, mcm baby tu.. panas dlm mungkin* So, selepas saya mendapatkan rawatan kali kedua di klinik berhampiran, my sis yg berhajat nak beli buku kat MPH which waktu tu pun saya kena beli ubat titis mata kat farmasi yg dicadangkan oleh doktor disebabkan kat klinik tu stok dah habis..  *yups, mata saya pun effect jugak time ruam2 tu kluar kat sekitar leher, berair mcm sakit mata gitu* So, alang2 nak cari MPH, my sis cadang nak gi MPH yang terbesar. So, dalam fikiran ni just terbayang Midvalley je la.. kat situ kan MPH ada 2 lot.. Makanya kami pun pecut and drift ke sana. Sesampai di sana dah pun tengah hari. So, saya ckp la kat kakak saya, "Weh, kita lunch dulu la.. lapaq la.." So my sis dengan sportingnya menjawab, "Boleh! Nak lunch kat mana? Teringin makan apa?" Saya dengan nada yang tanpa segan silu menjawab, "Kita try mkanan Korea nak? Tingin nak rasa kimchi laa.." Lantas, kami tamau membuang masa, terus tnya kat kaunter pertanyaan, maka petugas di sana memberitahu bahawa di Midvall, ada 2 restoran Korea. Yang halal adalah di Dubu Dubu Seoul Food iaitu berada di tingkat bawah, turun escalator, belok kiri. Kami berjaya menemuinya! Yeayy!! *wink2!*

Memula tgk menu, as usual, buat muka cool je.. *cool je la,, nak buat pe gelabah, tul?* Listing menu tu tak byk and ringkas je. Dia dah ada kategori dan jugak pilihan ala carte or set. So, for that lunch, saya ordered set Bulgogi Beef and dessert mende tah. *lupe la nama dia* My sis lak she ordered Bibimbap set and tea citrus ice? *aiseh, lupe gak nama air dia.. Bianne ;P*

Tgk gaya keadaan org sekeliling, and saya dapati memasing bagitu enjoy eating the food. Tu yang lagi tambahkan getaran jiwa dan debar di dada tu! *eceh, over lak..haha.. ;P* Dlm hati dah berangan jadi awek Korea la konon yg berlunch date Lee Dong Wook *Oppa Wookie!Saranghae~~ ahaks!mode gatai.. ;P*

Bila lunch set tu dah ada depan mata, then tgk chopstick besi and sudu panjang ada bersama, lagi la rasa mcm dah kat Korea betul2! *yeay~ tercapai jugak aku nak mkn guna sudu panjang n chopstick besi ni..baru feel Korea tu lebih, bhai!* Tinggal lagi, tak dgr org speaking Korea je.. if tak, mmg dah berfeeling mcm dlm drama Korea tu! ;P *jika anda menyampah, sila baca perenggan seterusnya, okeh!hahah.. ;P*

Set Beef Bulgogi
Meh nak kasi review terhadap makanan yang saya order ni. Yang sebelah atas kiri sekali tu, dia mcm sayur bayam yang dicelur tak brape nak masak sgt then digaul dgn pes cili. Then sebelahnya pulak: Kimchi. Sebelahnya lagi: Tauge yang digaul dengan pes cili mcm yg pertama tu *agaknya digunakan pes cili sama ngan kimchi tu jugak kot.. rasa dia masam2 pedas power!* Then yang kanan sekali; sup lebih kurang mcm miso sup kat japanese restaurant tu.. Then bawah tu, adalah nasi yg rupanya mirip mcm nasi dagang, cuma dia kaler purple *mcm nasi dagang kacuk nasi kerabu, plop ;P* THen yang seblh nasi tu la the real bulgoginya! Kat bawah telur mata tu, ada kepingan daging yang dimasak dengan bawang and halia yang byk! More kepada taste melayu la.. So, if korang 1st timer, leh je try yang ni, konferm korang leh enjoy the food! SIyes, sedap! Rasanya ala2 daging masak kicap.

Dessert *Taufu fah ala Korea*
Dessert yg saya lupe namanya ni, adalah mirip taufu fah yg biasa kita jumpe kat bazaar Ramadhan n pasar2 tu.. Yg bezanya adalah, dia guna sweet syrup instead of palm sugar, and dia letak ais kemudian kat atas nye tu, dia ada letak marmalade. So ada masam2 limau marmalade and maneeeeeeeeeees gula sirap. Siyesly, manis tak hengat.. if dah manis sgt ni, saya namakan sebagai manis gigil..  At first taste, sedap.. tapi bile dah lelama tu, rasa meluat sikit dengan kehadiran marmalade tu.. best lg yg kat pasar yg selalu kita beli 1 bekas = RM2 tu yg just ngam2 soi je manis gulanya kan.. ;) *terpikir gak, manis gaya mcm ni ke org Korea mkn?*

Beef Bibimpap Set
Haaa, ni la Bibimbap! *dah bunyi mcm kau lembap pun ada kan?hahah.. ;P* Basically yg line kat atas tu, sama je mcm Bulgogi Set tu. Bezanya kat sini sos seblh kanan bawah tu, dia pedas and ada masa rasa mcm kuah yong tau fu *tu kata kakak saya la..* Dlm bowl besar tu plak, adalah hirisan sayur-mayur yg diricih halus antaranya; carrot, kobis purple, jagung, kobis and daging yg mcm menu yg saya order jugak. Di sebalik sayur-sayan tu, ada terselit telur gegar *telur yg mata kuning tu tak masak habis* and ada nasi kat lapisan bawah.

Apakah perasaan saya menikmati makanan Korea?
- Owh, saya sgt teruja! Kimchi sgt la super duper howt and pedasss uols! Tp bile disulam mkn dengan hirup sup tu, boleh bagi balance la dlm mulut tu.. No wonder la tgk pelakon2 Korea tu if tang scene mkn tu, mcm gelojoh je gayanya, mcm sedap sgt.. tp sebnrnya bukan la gelojoh kerana sedap, tp gelojoh kerana menahan pedas dan hotnya kimchi yg duk ada dlm mulut.. Saya setuju if ada peserta Losing Weight tu bgtau, cara nak naikkan metabolisme bdn dia hanya dgn amalkan diet mkn kimchi je.. Siyes, perut rasa berbahang, dah mcm nak panggil bomba Gaviscon tu je..hahah.. ;P *for those yg perut melayu yang bercita2 utk amalkan kimchi sbg diet harian, sila2 lah tnya nasihat pakar dietation.. bimbang jadi mudarat plak kat diri nanti*

Saya sgt sronok dpt try mkn makanan korea. Utk try kali kedua, errk, bile ek? huhu.. ;P

Owh ya! utk pengetahuan, MPH di Midval kini tidak lagi sebesar dan sehebat dulu... *sedeih kan?!* MPH dah pindah kat Burger King. Tempat MPH dulu tu kini telah diambilalih oleh Uniqlo.. Fahrin Ahmad ada launch branch kat Midval ni.. Kini MPH Bookstores yg terbesar adalah di One Utama!




p/s: Ada lagi entry psl mkn, after this.. Mkn apa? Just for munching2 time minum petang boleh la nak layan mknan ni kot..

4 comments:

  1. hi......saya baru jer gi sana baru2 ni. Anak2 la suka sangat makanan kpop nih :)
    Not bad dan saya dah upload pics dalam blog www.blogmakanbest.blogspot.com so senang2 tu jenguk la yer dan kalu minat boleh follow jugak TQ TQ
    Entries tentang makan, makan dan makan 100% takde topik lain hehe maklum la kita kan idup untuk makan kan.

    ReplyDelete
  2. hehe..saya pun baru je 1st time mkn makanan korea ni.. leh layan gak la..cuma taktau lagi bila nak gi for the 2nd visit..eheheh.. ;))

    ReplyDelete
  3. wahhh best nye makan koreaaa! suke suke suke.. btw dh follow sini. jom singgah my blog. tq.

    http://awansamudera.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...