Pages

Friday, February 17, 2012

Anak Itik Tok Wi

Anak itik tok wi mandi dalam kolam
Sakit apa tok wi, sakit sendi tulang
Ubat apa tokwi? ubat limau lelang

.... pastu apa ek? adeh.. lagu kekanak riang ribena ni dulu lancar je nyanyi time kekecik, skrg tidak lagi kuingat liriknya.. nampak sgt saya dah lama meninggalkan zaman kekanak..huhu.. ;P

As-salam,

Kali ni nyer entry nak mereveal kajian yg saya lakukan *xde sape2 suruh pun, sndri suke2 buat observation n kesimpulan* which saya rasa anda mungkin bersetuju dgn pendapat saya. Tajuk kajian adalah 'Lihat saja pada profile picture, sudah dapat diketahui status pemiliknya.' *Ok tak tajuk ni? hehe.. ;P* Kajian kes ini lazimnya berlaku kepada kaum hawa. Kaum adam pun ada jugak mcm ni, tp tak brape obvious sgt. Boleh dikira sebagai kes terpencil je la.

Sekiranya anda rasa sceptical dgn status rakan anda di facebook, anda hanya perlu melihat pada profile picture sudah memadai. Kerana pada profile picture sudah dpt diketahui rentetan perjalanan hidup dia. Tak percaya? Meh saya berkongsi sedikit rahsianya. *eceh, mcm jurucakap arkeologi je gayanya..hahah.. ;P* Mari kita mulakan!

Jika rakan anda masih lagi solo, gmbr yg diletakkan ialah sama ada gmbr beliau sahaja *ala, gmbr standard la..camwhore..hehe*, gmbr beliau bersama adik-beradik/sepupu/anak buah atau gambar beliau bergambar poyo *iaitu gmbr beliau mendongak ke langit/tunduk ke bumi dan seangkatan dgnnya.*

Seterusnya jika rakan anda telah memasuki fasa dalam hati ada taman *ala, dah ada kapel la maknanya* beliau akan meletakkan gmbr beliau pergi ke kenduri kahwin rakannya yg lain dan bergambar bersama si dia *ambik berkat katanya* atau mereka juga gemar utk meletakkan gambar yg separuh2 muka ni.. Contoh: kamera zoom in kat bahgian dagu tp di sebalik blakang tu ada gambar pasangannya yg telah diblurkan *teknik kamera la ni.*

Kemudian, jika cinta yang disemai tu pun bersemi, dah tentu akan ke peringkat seterusnya bukan? Lepas kapel, dah tentu tunang kan? So, mereka akan meletakkan gmbr mereka tersenyum anggun di pelamin mini rekaan mak andam atau gambar bakal ibu mertua menyarungkan cincin ke jarinya atau gambar beliau menunjukkan cincin yg telah tersarung di jarinya *kiranya nak habak la, "I'm taken." so lelaki yg duk admire tapi takde kekuatan utk meluahkan rasa cinta kat dia dah tentu akan memecahkan empangan airmata..uhuk3..*

Selepas beberapa bulan, gmbr tersebut akan bertukar lagi. Dah tunang, msti kawin la derr.. So, utk minggu pertama usia perkahwinan, akan diletakkan gmbr time akad nikah. Takpun gmbr tgh tersenyum berseri di atas pelaminan di hari bahgia. Gambar ni biasanya tak lama sgt.. Ada la dlm 2-3 minggu. Lepas tu, ia akan bertukar lagi iaitu gmbr honeymoon. Tang ni ada gmbr yg mcm rasa tak sesuai utk dipertontonkan kepada rakan2 yg masih lagi solo molo ni.. yela, gmbr intimate kot.. ada yg bergambar kat atas katil, kat tepian pantai dgn posing yg ehem2..haih.. bikin jeles je..hahah.. ;P Gambar ni pun tak lama, sebb ia akan bertukar semula ke gmbr kenangan hari perkahwinan mereka. *yela, photographer profesional pun dah bagi dah gmbr yg dorg shoot masa outdoor shooting tu kan skali ngan album2 n  storyboard bagai.* Gambar ni akan bertahan lama sehingga mereka telah ke fasa yang seterusnya. Apa kah ia?

Fasa bila si isteri telah mengandung.. Pada awal usia kandungan, just diletakkan gmbr yg sendiri2 tangkap means si suami la yang tangkap gmbr isterinya. Disebabkan sekarang dah menjadi trend utk berphotoshoot ketika mengandung and biasanya juga dilakukan oleh jurugambar profesional. Normally photoshoot ni akan dilakukan apabila usia kandungan dah memasuki 7 bulan ke atas. Sbb waktu ni dah dpt diketahui jantina baby yg dikandung, so mudah la tugas si photographer nak tambah props utk membantu mencantikkan lagi gmbr yg dihasilkan. Makanya, akan diletakkan la gmbr yg terhasil drp angle dan sentuhan editting sang jurugambar tu. *query jugak, sampai anak yang ke seterusnya ke akan dilakukan photoshoot camgini?*

Ok, apabila kandungan telah mencapai tempoh matang *wah lao weih, ayat mcm jwb paper Bio je.. ;P* dah tentu akan bersalin kan.. so, gmbr yg diletakkan adalah gmbr baby tu baru dideliver *masih dlm balutan kain hospital tu* atau gmbr baby dlm crib kat hospital tu. Kemudian, dah selesai tempoh berpantang, majlis akikah pun dibuat. Sekali lagi profile picture akan bertukar lagi iaitu gmbr baby sekitar majlis akikah tu.

Selepas itu? Apakah yang anda bakal lihat? Anda akan lihat profile picture tu akan diletakkan gmbr anak dia je.. Gambar dia dah langsung takde dah.. gambar dia n husband pun takde.. if nak ada pun, gmbr time beraya which dlm gmbr tu ada dia+husband+anak. Tu bila anak sorg. Tp bila dah ada anak lebih drp sorg, akan diletakkan gmbr yang mengandungi anak pertama+anak kedua+anak ketiga+...+ Senang cite, gmbr anak2 dia la..hehe.. ;)

Betul tak? Amacam, setuju tak dgn pendpat saya? ekekeke... ;P Yups, tu hak individu.. Punya suke la kan.. Jadi nak ckp kat sini, tu adalah normal. Dan tu jugala boleh dikatakan sebahagian drp kitaran hidup manusia. K la, eden nak mandi yo.. If ada kesalahan fakta auta ni, harap dimaafkan. Jika ada yg tersinggung, harap diampunkan. Peace no war, okeh~




p/s:  ni baru perihal gmbr profile..belum lagi status update lagi..hehehe.. ;) Peace! (",)v




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...