Pages

Friday, June 3, 2011

Lunch at Murni Sunway Mentari

As Salam,

Harini apa yang diplan pada hari smlm tak menjadi.. Plan asalnya nak gi mencuci mata kat Jakel. Konon nak carik kain pasang la.. since Kincik pun ada plan nak cari gak kain pasang gak.. So, plan dah cantik dah, since my bos pun takde, leh la sang tikus chumel menari berjoget2 salsa kegirangan.. But, once masuk je kat carpark ofis, mataku terlihat kereta putih itu..aduhh...bikin spoil dah pagi tu.. takpe2.. rancangan pada waktu lunch time tetap akan diteruskan..oh yeah!

Ku masuk ke ofis seperti biasa, lagak seperti seorang executive yang berjaya yang tiada sebarang masalah.. Kududuk, perlahan2 ku menarik kerusi rapat ke meja, dan skrin pc di onkan.. Ku mengecheck email di inbox, seperti biasa, ada 17email kesemuanya..ni sume email keje, takpe, bila angin rajin bertiup, email2 ini akan segera dibuka dan diselesaikan tugasnya.

Asal je mata pandang skrin, anak mata terus bertumpu ke sudut kanan bawah. Ya, di situ letaknya jam pc.. Aah, baru pukul 11.29am.. Isk, awat rasa lambat entah.. Takpe2.. Tinggal lagi sejam.. sedangku sibuk melayan pc ku itu, jam 12.15pm, rakanku Aimi tiba dan memberitahu dia perlu ke suatu tempat yang begitu familiar sgt utk mendapatkan dokumen. Plan harus ditukar.. lantas dengan pantas dan tuntasnya jari ini menari2 di papan kekunci utk mencari Jakel yang berada di ibukota Kuala Lumpur.. *pergh, gile ayat skema! :P* tertulis di situ, Jalan Masjid India, Off Jln Bunus.. aisey..bab2 kat KL ni la yg eden lomah ni hah.. ok, plan diubah, dari terus pecut ke Jakel Seksyen 7, Shah Alam kepada SYABAS Jalan Narayanan -> suatu wisma di KL (nama dirahsiakan) -> Jakel KL/Jln TAR.. ;)

Kereta mula bergerak menuju ke SYABAS.. ada masalah sikit yang memerlukan confirmation dari pihak tertentu sebelum urusan itu boleh diteruskan dan seterusnya selesai la satu mission. Ok, then ke wisma tersebut dan sampai di sana pada pukul 1.30pm. Tunggu dlm setengah jam bagi rakanku tadi mendapatkan dokumen yang dimaksudkan.. Pada jam 2pm, 2 rakanku+diriku yang tunggu kat dlm kereta masing2 tertanya.. "Mana dokumennya? kata ada dokumen?" kerana melihat rakanku tadi pulang dgn membawa sampul yg sama seperti mana dia pergi ke bangunan td.. setelah rakanku masuk ke dlm perut kereta, lantas soalan tadi terus dicampak kepadanya.. jawapan dia, "Si Tut dah amik dah semalam" perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... bengang je kami2 ini mendengar jawapan tu..ok takpe, sabar2.. jam dah menunjukkan pukul 2pm++. Waktu rehat dah nak habis.

Kami menyambung perjalanan.. Aimi tanya, "Mcm mana nak gi Jakel?" soalan tersebut dibalas, "Kita pergi minggu dpn je la. Tak sempat dah ni..nak gi makan lagi..lapar.." mmg perut masing2 dah berbunyi mcm2 lagu dah pun.. rock keras, boria anak tanjung, kopi dangdut..sume bunyi instrumen la dah kluar.. Otw tu, baru teringat kena balik semula ke SYABAS. Rakanku telah berusaha menghubungi pihak berkenaan, tetapi gagal. Oleh yang demikian, kami sepakat membuat keputusan yg dibuat dlm masa kurang 3 minit tanpa berunding dengan pihak berkenaan.. sbb kami kan Exec..heheh.. :P

Selesai satu urusan, kami pun menuju la ke Restoran Murni yang terletak di Dataran Sunway Mentari utk memujuk sang perut yang dah lama merajuk. Since my fren pun mentioned kat situ yg sedap Carbonaranya. Ku pernah terdengar nama restoran ini melalui blog rakan sekolah menengahku. Dlm blog tersebut, ada mention yang Roti Hawai super marveles.. ok, mari kita tgk mcm mana rasa makanan kat sana. Lokasinya terletak berhadapan Save More Sunway Mentari. Area belakang Lim Kok Wing kot situ. Senang nak cari sebenarnya, tp a bit tricky la if tak familiar with that area.

Pada waktu itu, pelanggan tak berapa ramai. Kincik bagitau, siang mmg tak ramai. Tp kalau malam..humangaii.. ramai! tu belum lagi kat cawangan SS2.. sampaikan kena duk ngendeng2 kat meja org utk dapatkan tempat.. giler ramai!

Ku tilik2 senarai menu, kat situ ada menyediakan makanan ala-carte malay n western. Contoh malay cuisine yg ada pelbagai jenis roti iaitu roti canai, roti bom, roti hawaii, bla..bla..bla.. dah mcm kat mamak pun iye jugak bila baca senarai menu tu.. roti hawai tu, dia mcm murtabak la kot.. since ada terbaca stuffed with minced beef/chicken, onions etc. Decoration kat atas tu diletak mayonise yg dilukis bunga, spider web and ikut kekreatifan n mood si tukang masak on that time la kot.. Kincik said, portionnya byk.. boleh mkn utk 2 org.. since I'm not in the mood to makan sgt sbb perut cramp, so I ordered Bihun Tomyam+air Pink Panther (recommended by Kincik). While Aimi (Bihun Siam+Milo Dinosour/Milo Tabur entah namanya), Kikin (Nasi Goreng Meletup+Nescafe Ais) and Kincik (Nasi Goreng Paprik+Kedondong Kat Chai Plum).

Here is the pictures taken!

.
.
.

.


.




My review: Bihun Tomyam - sedap! tp bahan dlm tu kurang; just ada sedikit ketulan ayam, 3 ekor udang.. normally tomyam penuh dgn sotong jugak kan? btul tak? and the bihunnya over-cooked. Bihun Siam - sedap jugak. Tapi as mentioned before, bihunnya over-cooked n lembik. Nasi Goreng Meletup - Mmg meletup! Sedap! Siap ada petai, udang, kerang, ayam ada jugak kot.. and pedaassss! Nasi Goreng Paprik - Sedap jugak, kuahnya pedas2 manis.. and tukang menyediakan bahan tu terlebih rajin.. sbb carrot tu dipotong 4segi siap ada bunga2 lagi kat tepi..takpe, abaikan..yang penting sedap..kalau cantik tp tak sedap, hampeh jugak kan..hehe.. :)
Airnya pula: My Pink Panther - Sedap! Ada buah longan, potongan tembikai kiub, nata de coco n laici. Airnya maybe campuran minuman youghurt strawberry and apa lagi ek? Entah, tak brape nak trace sgt la, sbb tak dpt nak focus sgt masa mkn tadi.. Kedondong Kat Chai Plum - Sedap, rasa kedondong la kan.. tapi at first sip, I rasa mcm green apple.. heheh..punya la tak dpt nak focus kan.. :P oh ya, dia letak 2 biji asam boi jugak.. Milo Tabur and Nescafe Ais dia, tak rasa la plak tadi..

Ok, kesimpulannya, semua menu yg ditry tadi sedap. And nak jugak try menu yang lain. Tp bile time gaji la ek! Tadi pun dah rasa mcm boleh 3kali mkn lunch kat gerai.. hehe.. :P Then we went to CIMB Kelana Jaya since Kincik nak cashkan cheque utk salary cleaner. Tp dah lewat, so, last2 Kikin berhenti jap kat Speedmart utk grab a chocolate as a dessert la tu..hehhe.. ;)

Last but not least, kesimpulannya di sini, perjalanan kami selama lunch hour tadi; Ofis -> SYABAS -> KL -> SYABAS -> Restoran Murni -> CIMB -> Ofis.. Jakel?? takde dlm senarai..heheh.. :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...