Pages

Wednesday, April 23, 2014

Product Review: Mistine Egg Mask

As-salam,

Pernahkah anda mendengar or diintroduce dengan product yang dinamakan sebagai Mistine Egg Mask?

Jika tak pernah, anda adalah sama seperti saya! *yeay, ada geng! Miahahaha*

Saya pun sebnrnya tak pernah pun dgr pasal product ni. Memang selama ni pun duk mencari product yg blh digunakan sbg peeler kepada white head yang duk bersaing sesama sendiri kat idung i yang mereka sewenang-wenangya menjadikannya sbg tapak utk muncul melata.

Penah tnya kat pakcik Google, pakcik Google syorkan utk gunakan putih telur tempek kat tempat yg bermasalah dan utk memudahkan proses mencabutnya, kena tempek facial cotton. Tetapi apabila memikirkan risiko akan berlaku kedutan seandainya semasa proses pengeringan, anda tergelak or tersenyum, maka kulit anda yg mulus itu berkemungkinan akan terdapat garis kedut. *yup, its happened to me once upon a time ago.* Tu yang den seriau nak guna putih telur ni.

So, apa yg saya buat sementara tak jumpa product yang sesuai, saya gi la buat facial. Tp itula, bila buat facial, mau mengalir airmata bila beautician tu tekan sekuat ati demi mendapatkan seketoi white head. Tu baru seketoi, yg duk ada ni berketoi2, mau den bg penendang kat beautician tu kan.. Suatu hari, ada terbaca kat blog ni.. Dia gunakan product ni. So, saya carik info kat Mudah.com dan terjumpa la org yg jual product ni. Product ni dijual dengan harga RM20. Siap dpt free sample utk lelain lagi, uols! Tu yg i Like!

Nak guna Mistine Egg Mask ni, sangatlah mudah! Sila ikuti 4 langkah berikut:
  1. Cuci muka anda dengan pembersih muka kegemaran anda. Kalau rajin, scrub skali, kasi senang peeler tu nak peel apa yang patut.
  2. Picitkan Mistine Egg Mask dan ratakan. Utk mudah mem'peel'nya, anda dinasihatkan utk buat lapisan tebal.
  3. Biarkan kering. Mcm mana nak tau dia dah kering? Bila anda rasa muka anda pun dah statik and kulit anda berkilat.
  4. Peel it off and bilas!
Yang best tu, takde bau telur pun kat product ni. Dia bau wangi. Rupa cecairnya putih silver2, pekat and mcm gam. Even masa anda nak tanggalkannya dari muka, mmg ia seperti keruping gam yang kering tu. I pakai, lepas tu, rasa kulit mcm mulus je.. hikhik *ke i je yg perasan? miahahahah ;P*

Nak cuba? Cubalah~ Boleh google image, skrg dah femes product ni.




Tuesday, April 22, 2014

Lunch at Ayam Bakar Mas Mono, Shah Alam

As-salam,

Have you guys been to this restaurant before? This is my first time having lunch here. Lokasi restoran ini adalah terletak di Seksyen 7, area Jakel tu, tp bangunan kat belah belakang. Sederet dengan butik Saidatul Nisa and Seng Heng.

Tujuan asalnya adalah utk mencari material utk buat barut. *cewah, tetiba cam smangat nak menjahit sendiri, uols!* Setelah pencarian parking utk ke Jakel gagal, dengan penuh rasa kecewa dan kelaparan yang dialami, maka hasben pun suggest utk lunch dulu, kemudian try terjah lagi si Jakel ni kemudiannya.

Diri ini yang penuh tulus dan setia bersetuju dgn cadangan tersebut lalu dgn pantas dan tuntasnya mengangguk. So, kekasih hati saya ni pun drive kat kedai yang dimaksudkan dan kami pun masuk ke restoran tersebut. Customer pada ketika itu tak brape ramai. So, byk lagi meja kosong.

Since i blur2 nak order apa, agak lembab jgk la nak buat pilihan. Kami order set ayam bakar+tauhu+tempe, set ayam bakar, pisang goreng coklat, limau ais dan sirap.

Setelah menunggu beberapa ketika, hidangan yang kami order pun sampai. Tadaaa~~ 


Clockwise: Buku menu, Pisang goreng coklat, Set ayam bakar

Ayam bakar+tauhu+tempe = RM9.50
Ayam bakar = RM8.50
Pisang goreng coklat = RM5.50
Limau ais = RM1.90
Sirap = RM2.50 *air sirap lagi mahal, uols?*

Overall, sedap! Ayamnya ada rasa. Cuma sambalnya tidak sepedas di Wong Solo. Pisang goreng coklat tu pulak, ikutkan leh jek kita buat sendiri. Bahan-bahannya terdiri daripada pisang goreng, grated cheese and tumpahan coklat Hersheys. Walaubagaimanapun, rasanya unik dan sedap!

Lepas makan dan perut suke hati, kami singgah di Seng Heng utk skodeng harga freezer utk simpanan EBM nanti. Kemudian sambung mencari parking di sekitar Jakel. Tp hampa. Last2, kami kami balik tdo. Tdo lagi best!

K la, nak buat review pasal penggunaan Mistine Egg Mask plak pasni. Daaa~ 

Buffet Dinner at Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Salam,

Weekend minggu bila entah, kitrog saje je berbuffet dinner kat luar. Kali ni try kat Mandarin Oriental, KL *ceh, gaya ayat mcm setiap minggu je dinner kat hotel. Choiii!*

Kenapa pilih MO sbg lokasi utk kami berbuffet? Jawapannya, setelah dikaji2 rupa2nya MO ni menghidangkan the best dinner buffet katanya.. Tu yg menarik minat kami utk try dinner kat sini. Lagi satu, katanya makanan yang mesti cuba adalah dia punya macaroons. Sbb katanya ramai yang gi kat bakery MO ni semata-mata utk mendpatkan macaroonsnya. Tapi menurut kawan I, MO mmg terkenal dgn kek and Moon Cakenya! Utk yang tak brape nak menghayati moon cake seperti saya, saya rasa memana mooncake sama je rasanya. If amik perasa tiramisu, rasa la tiramisu.. If amik yang ada yolk tu, akan ada la rasa yolk tu.. tak gitu? huhu

Ok, berbalik semula kepada cite dinner kat MO, k!

Kitorang buat reservation utk 6org + 1 baby. *ohya! saya sudah ada anak buah baru!!*




Hidangan pada malam tu, tak brape byk. Island of food tak sejauh mata memandang. Kiranya kalau jalan2 tawaf tu, rasa mcm, 'Eh, dah habis dah?' ataupun 'Eh, ini je?' haa...lebih kurang gitew la..

Ada kaunter mi/bihun sup, nasi briyani, lamb grill, chinese cuisine, sushi, salad, dessert, fruits  at minimum choices.

On that nite, saya amik sume jenis kek, macaroon, lamb grill, briyani. Sushi yg disediakan tak fresh, so saya choose not to have it. Lgpun saya preggy lady, takleh nak consume mknan yang tak dimasak.

Overall just ok2 je. Pilihan makanan tak banyak.. Psst, org kata, kat Restoran Shogun lagi byk pilihan makanan drp hotel2.. Nanti nak try la.. weehhuuu~~

Sunday, April 20, 2014

Roti John Sendiri Made!

As-salam,

Kali ni nak share resepi, how to make Roti John!

Sempat lagi nak berblog before ke Jakel utk membeli bahan utk jahit barut.. ngeee.. ;))

Meh tgk, apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
1. 3 ketul roti hotdog (ni ada lebihan roti hotdog yang ibu den beli kat Checkers)
2. 3 biji telur
3. 3 ulas bawang kecik
4. 1 ketul hotdog black pepper yang dipotong kepada 3 bahagian, dan of kos dihiris halus2 (if ada daging cincang, blh gunakan jgk!)
5. Marjerin utk memanaskan kuali
6. Sos cili
7. Mayonis (tp i guna cheezy sos tu, mayonis dah habis)

Cara-cara:
1. Memandangkan roti hotdog tu ada 3 ketul, maka, saya amik bahan tu setiap satu. *pemenda merepek ni?* kiranya mcm ni la, utk satu roti john tu, den amik sebijik telur+seulas bawang+1 bahagian hotdog..
2. Kocakkan kesemua bahan tadi dalam kole *baru feel mcm brader roti john kat bazar ramadhan tu*
3. Panaskan kuali, letak sikit marjerin, then tuangkan bancuhan telur tadi
4. Tempek roti hotdog yang telah dibelah tadi, biarkan seketika dengan api perlahan
5. Terbalikkan supaya kedua2 bahagian roti akan menjadi lembut
6. Angkat dan contengkan la sos dan juga cheezy sos.
7. Potong kepada 3 bahagian, supaya mudah utk disantap
8. Sedia dihidang.

Nak tgk hasilnya?

Tadaaaaa~~~~~

Tempting tak? Moh le buat sendiri






Tuesday, April 15, 2014

My Pregnancy Pillow

Salam,

Hi uols!

Entry kali ni nak share experience den menggunakan pregnancy pillow.

Pregnancy pillow ni i beli kat my ex-schoolmate *schoolmate masa skola rendah kat Kedah*. Mcm tak percaya je kitorg still keep in touch sampai skrg..huhu..ni sume Facebook or Frenster punya penangan.. If tak, rasanya mmg last contact pun time form 3 dulu la kot..

Sbnrnya ada byk shape pregnancy pillow ni.. Antaranya C shape, G shape, half moon etc. And harga pasaran kat luar mmg sgt la mahal, boleh mencecah RM200++. Tp beli dgn kawan i ni, harga yg ditawarkan sgt reasonable and berbaloi2! Guna kekabu gred AA and cotton yg berkualiti.

Sebenarnya i dah tempah kat dia masa my pregnancy masuk bulan ke-3. Tp during that time pun, dia sedang sarat mengandung, so i cakap kat dia, *meh nak quote sket perbualan Whatsapp kitrog.*

'Takpe wey, lepas ko pantang pun takpe.. sbbnya aku blh je tdo mcm biasa skrg ni.. by the time ko habis pantang, aku dah masuk 6 bulan. So, aku rasa during that time is the right time utk aku guna pregnancy pillow ko.' 

Meaning, bukannya i nak rushing2 pun guna pregnancy pillow ni. Sbb waktu tu i baru mengandung 3 bulan, so masih boleh tido lena mengikut pelbagai gaya. *yup, sbb i masih boleh lagi meniarap pada ketika ittew.*

Apakah masalah yang bakal dihadapi oleh preggy mommy bila usia kandungan telah menginjak masuk trimester ketiga?
  1. Tidur serba tak kena. Telentang pun tak best, mengiring pulak lengan akan lenguh, sbb beban badan menekan lengan.
  2. Lenguh pinggang, sbb berat akan tertumpu kat area pinggang and tulang belakang.
  3. Bila dah tidur pun serba tak kena and lenguh pinggang, maka anda tidak akan dapat tidur yg berkualiti
  4. Bila dah tidur pun tak berkualiti, anda tend utk cepat letih pada keesokkan harinya dan moody

Apakah kebestannya guna pregnancy pillow ni?
  1. Membuatkan tidur anda lebih lena (still kena adjust posisi yang selesa, tp tdo anda akan lebih lena)
  2. Masalah seperti yang dinyatakan di atas dapat diatasi atau dikurangi
Owh forget to mention, saya tempah yang C shape.. So, C shape ni ada byk gaya kita boleh pelbagaikan kegunaannya. Selain itu, lepas give birth, bantal ni blh jgk digunakan as nursing pillow.

Pada mulanya bantal ni sampai, ia keras and takleh lentur lagi..yela, kekabu pun padat and berat.. Tetapi, setelah beberapa minggu guna bantal tu, then bantal tu dah start lunyai and loose.. Lagilah mudah utk anda mempelbagaikan gaya menggunakan bantal tersebut dan sgt2 la best! *husband i pun kekadang ngendeng guna bantal tu, i tell you!! heheh.. ;D *

Masa saya order bantal ni, dpt pakej free smelly pillow. Tp since kekabunya telah habis, so my fren said dia akan poskan.

Inilah rupa bantal yang saya duk gebangkan tadi.

Gambar kanan: Bentuk asal
Gambar kiri: Setelah dilentur






Thursday, April 10, 2014

Movie Review: Captain America

As-salam,

Anda sudah ke pawagam yang terdekat?
Jika ya, filem apakah yang anda tontonkan?

Seperti saya, pada hujung minggu lepas, saya dan husband sbnrnya plan nak ke kenduri kahwin rakan di Meru. Disebabkan kami terlena kerana keletihan bergotong-royong mengemas rumah, makanya kami telah terlajak tido dan bangkit pada jam 3.30pm. Mmg kenduri kawin dah tentu dah bersurai..ye dak? Makanya, kami pun sepakat utk ke Space U8 utk menonton movie Captain America.

Sesampainya kami di sana, kami bergegas *ceh, bergegas la sgt dgn perut boyot nak bergegas? camno tu?* ke MBO utk mendapatkan tiket yang berjualan di sana. Kami memilih utk menonton versi 3D, dengan tambahan RM3.00 sepasang cermin mata 3D. *Jika anda sudah mempunyai cermin mata 3D, anda perlu bawak je, takyah beli dah*

Filem ini berdurasi 2jam 15minit. Usai movie start, anda takkan berkelip mata, sbb babak2 yang dipertontonkan amat ohsem. Dan festaim jugak la saya rasa cam nyesal tak ikuti cite2 adiwira sedari awal mereka diperkenalkan dan dikembangkan watak masing2. Teruja betul bila dpt tau yg shield Captain America tu rupanya bapak Stark yang reka.. huhu.. ni sume husband saya la yg bagitau.. sbb beliau mmg penggemar adiwira Marvel. I? amik port pun tak if dlm watak Marvel ni.. teheheh.. :P

Tapi siyes, best la cite ni! Mmg siyes rasa teruja sangat!

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat la ke pawagam sementara movie ni masih bersiaran. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...