Pages

Monday, July 31, 2017

Aquaria KLCC

Assalamualaikum

Nak update pasal aktiviti hari Sabtu yang mel janji nak share.. hehe

Aktivitinya adalah melawat Aquaria KLCC, uols!

Hajatnya tak lain tak bukan nak bagi si budak kecik iaitu anak mel kenali ikan dan feeling lebih la.. sebab anak mel ni, dia excited tengok ikan kat pasar ataupun yang kat Tesco and Giant tu.

Disebabkan ibunya rasa tak thrill la kalau tengok ikan yang dah terbaring kat timbunan ais tu kan.. so dari situ la idea nak ke Aquaria tu terbit.

But before tu dah buat pre session dengan dia iaitu mel bukak rancangan dokumentari pasal ikan dan termasuklah video Baby Shark Doo doo. Kalau korang blur, video apakah itu? Korang carik kat Youtube and enjoy the song! Hahah..

Since dia rapat dengan sepupu dia, so mel pun ajak skali kakak mel untuk join. Dengan harapan budak-budak akan enjoy scenary ikan berenang and all that.

So, hari yang ditunggu pun tiba. Pagi tu mel buat heavy breakfast iaitu nasi lemak. Tapaokan jugak untuk budak-budak nasi lemak and roti. In case dorang lapar.

Bekal untuk mel pulak, mel bancuh Vivix dan Performance Drink.

Gerak dari rumah pukul 10.30am. Plan asal nak gerak pukul 9am.. tapi budak kecik tak bagi kerjasama untuk mandi awal. And then plan nak hantar repair kereta mel pun tergendala jugak pagi tu sebab boleh pulak bengkel brader yang selalu kitorg hantar tu tak bukak lagi..

Okeh, since the budak kecik excited nak berjalan untuk jumpa sepupu dia, sanggup dia tak tido walaupun jalan jem and boleh pulak waze bawak ntah merata-rata hala.

But we manage untuk sampai KLCC around 11.20am and parking lot pun banyak lagi kosong. Sampai je, terus la buat marathon macam ibadat saie kat terowong untuk tuju ke Aquaria tu mengenangkan kakak mel dah sampai 40minit awal.

Setel bayar tiket sume, then bermulalah pengembaraan si budak kecik bersama jemaah ibu bapak dan tokwannya.

Mula-mula dah nampak ikan Piranha yang mel sangka ikan bawal. Besar saiznya dan banyak ekor.. yang tu anak mel dah jerit takut. Ok rilek-rilek.. teruskan perjalanan..

Pastu, tengok memerang dia ok lagi. The journey start mengerikan bagi si budak kecik bila dah kena turun kat Forest Section tu. Menjerit nangis wei.. adehh.. mel nak tangkap gambar pun takdan.. dapat selfie berapa keping je.. pastu hp pun bateri tak berapa nak ada.. huhu.. tabah jela..



Sudahnya tak brape banyak pun gambar yang dapat disnap. Senget benget and gambar goyang je banyak. Huhu..

Penat explore dalam tu, akhirnya tour pun sampai ke penghujung. Budak kecik mintak nak duduk and dia cakap, "Iqi tak seronok"

Adehh.. nak nangis pun ada.. nak ketawa pu iye..hahah.. pastu, sempat la nak slurrppp air yang dah dibawak bekal tadi. Habis weh.. dahaga sangat.



Tengok, gambar pun tak clear. Dah tangkap pun dalam gelap.. terima jela ye hasil tangkapan kamera phone yang tak berapa banyak baterinya.





Oh ya, saiz ikan ni 30% lebih kecil daripada saiznya yang sebenar tau! No wonder la feeding man tu nampak kecik je. Bayangkan la brader tu tetiap hari kena bagi makan dan dikelilingi ikan yang 100% saiznya.. ngeri lak bila pikir.. huhu..

Ok, ni je entry pasal Aquaria. Next entry pulak food review k!

Xoxo,
Love mel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...