Pages

Tuesday, October 6, 2015

Resepi: Butter Prawn

As-salam,

Yeehaa, menjadi jugak! This is my 2nd trial.. 1st trial aritu, dah jadi mcm telur dadar je.. Mana taknya, kuali je yang digoyang2 sakan.. Teknik salah la rupanya..

So, my 2nd trial alhamdulillah menjadi! So lepas ni tak payah la nak order butterprawn dah. Kita order shark fin soup ataupun sechuan sup je.. Saya kalau g kedai makan ni, biasanya akan order makanan yang rare or yang saya sendiri tak reti nak buat. So, one of them is butterprawn la.. 

Macam mana boleh timbul idea nak buat butterprawn ni? Meh, ikuti conversation di bawah:

Nadia : Kite rasa mcm nak bukak order pavlova la utk raya haji ni.. kwn mak kita nak order, sbb aritu kite ada buat masa open house raya aritu..

Me     : Buat jela Nad.. nak jual bape ringgit?

Nadia : Yang tu taktau lagi.. Tp kalau dah buat tu, kena minta husband kita beli udang la.. mesti dia suh kite buat butterprawn..

Me     : Nad reti buat butterprawn? Siyesly?

Nadia : Siyesly.. ala, senang jela.. mcm ni.... *bla bla bla..sambil memberitahu bahan dan cara-caranya*

Haa... tutorial melalui verbal je tau.. take note bahan dan teknik. Then praktikal sendiri buat, main aci redah je.. 

There you go gambar and resepi!

Mcm senget je kan snap gmbr ni? Walaupun senget, tp rasa dia sedap okeh



Bahan-bahan:
  • 8 ekor udang
  • 3 biji kuning telur yang telah dikocak
  • 1 biji cili padi
  • 3 urat daun kari
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit
  • Minyak
  • Butter
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak bersama sedikit mentega. *dah nama pun butterprawn..mesti la kena letak butter...if guna marjerin, anda telah menipu diri sendiri or pelanggan anda..haip, tak baik tipu kerana menipu adalah perbuatan yang sangat keji.. teheheh.. ;P*
  2. Make sure minyak panas. Tuangkan kuning telur pada ketinggian yang paling tinggi anda boleh tuang tadi sambil tgn sebelah lagi kocak laju2 ikut arah jam. *heheh...sbbnya nak bagi kuning telur tu jatuh sikit2.. ataupun, blh je guna penapis..lagi mudah sbnrnya.. saja nak bagi korang thrill sikit*
  3. Biarkan smpai berbuih dan telur tu garing.. *time ni, korg dah boleh slowkan api..kang hangit pulak sarangnya..*
  4. Angkat dan saringkan guna kitchen towel dan ketepikan.
  5. Dengan lebihan minyak kat kuali tadi, tumiskan cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan udang yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan garam.
  7. Tunggu sehingga udang masak dengan balik2kan dia atau nak mudah detect, udang tu akan kerekot bentuk bulat gittew..
  8. Tabur dan gaulkan gula ke dalam sarang kuning telur yang telah ditapis minyaknya..dan gaulkan bersama udang tadi.
  9. Siap utk dinikmati.. Nyumms!
~love~






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...