Pages

Wednesday, May 8, 2013

My Big Day (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t,

If sebelum2 ni asyik duk citer pasal review and experience jalan2 makan2 je. This time I nak share with you my preparation for my big day. Yes! I'm getting married, uols! Tinggal bilang hari je my status ni from single but not available ni (reserved by someone yg sayangkan I, hik2... ;P) become married.

Nak start dari mana dulu ek? Ok, mgkin boleh la i nak share di saat saya menjadi tunangan orang which Majlis Bertunang.

Preparation for my E-day, nothing much. because only happen between pertemuan my parents with his parents. Thats it! Yess, simple kan? That night, my parent in law-to-be dtg kat rumah, bawak 2 bentuk cincin. Actually, cincin tu merupakan cincin tanya dan cincin risik. Since, my parents nak make it simple, so we all agreed to name it as bertunang. Yups, 081012, adalah malam saya dirisik dan seterusnya menjadi tunangan org. Cantik kan nombornya? Seriously tak pilih pun tarikh ni, kebetulan je.. *wink2*

Semasa perbincangan ini berlaku, saya sebagai org yg nak bertunang, just tunggu di bilik je. Pakai baju raya dan make up sendiri. Saya hanya keluar apabila ibu saya memanggil saya utk disarungkan cincin. *yeehaa! time dah sarung cincin tu, rasa mcm tak percaya weih!* Yela, mana taknya, sememangnya setiap perempuan menginginkan saat jarinya disarung dengan cincin emas. *bila dpt cincin emas ni, kita tahu kesungguhan seseorang tu kat kita mcm mana.. betul tak? huhu! ngee.. ;D*

Dalam perbincangan tersebut, telah dipersetujui bahawa saya akan diikat 7-8 bulan mcm tu. So, korang pun dpt bygkan 7-8 bulan ni kitorg kena cepat utk buat persiapan dan checklist.

Perkara pertama yang kami lakukan adalah menghadiri kursus pra-perkahwinan. Sebanyak RM80 dikenakan dan kursus ini berlangusng di JAIS, Shah Alam selama 2 hari berturut2. Panel yang memberi ceramah sangatlah superb, sempoi and ohsem gua cakap lu~~ Best! Tak ngantuk and sgt enjoy! Oh ya, pada anda yang belum hadiri kursus kawin ni, if dah sampai turn or sampai seru utk korg attend this seminar, please duduk dpn. Tak rugi and korg akan lebih fokus. Kawin ni bukan perkara yang main2. Walaupun cara penyampaiannya dilakukan secara santai, dan anda sebagai penerima ceramah hendaklah mengambil input2 tersebut utk dijadikan panduan bila sampai ketikanya.

Selesai je kursus kawin, kitorng rileks2 dulu. Umpama kursus kawin tu baru start enjin je la. Belum masuk gear apa2 pun lagi. Nak beli barang hantaran sempena YES, fulus tak tebal, bonus tak masyuk.. So, kami decide utk membeli barang hantaran sekitar bulan 3 and at the same time prepare checklist.. Antaranya checklist barang hantaran utk diletakkan kat dulang.. Yang ni, uols kena bincang baik2 dan gunakan kematangan anda utk menentukan barang2 yg dipilih agar bersesuaian dengan budget yang dipersetujui, k!

K la, den berhenti dulu la setakat ni je dulu.. Nanti den sambung laie k! Jgn risau, akan ku updatekan blog ini..biar lambat, asalkan terupdate juo.. heeheheh.. ;P Peace no war! :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...