Pages

Friday, December 16, 2011

Suntikan HPV.. Ouuch!

As-salam,

In previous entry, eden dah berjanji nak crite apa itu suntikan pelalian HPV kan? HPV ni atau nama penuh dia Human Papiloma Virus adalah penyebab utama kanser servik yang kebarangkalian dijangkiti kepada org yang telah berkahwin. In my case, saya yang stil single and available ni just nak prevent, tu yg saya amik suntikan ni awal2. Memandangkan pada ketika saya mengambil suntikan ini, umur saya tidak lagi berumur 13tahun, maka saya perlu la mengeluarkan kos suntikan dari poket saya sendiri. ;)

Terdapat 3 fasa suntikan yang perlu diambil dan wajib patuhi jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya anda terlepas utk mendapatkan suntikan seterusnya pada tarikh yang telah ditetapkan, anda perlu mengulang kembali suntikan yang pertama.

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama kali diterima
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan ketiga - 6 bulan selepas suntikan pertama

Mungkin macam konfius, meh saya bagi contoh jadual suntikan saya, k! ;)
Suntikan pertama - 29 Oktober 2011
Suntikan kedua - 29 November 2011
Suntikan ketiga - sekitar bulan April 2012

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis suntikan yang anda boleh pilih iaitu Cervaric ataupun Gardasil *sorry if salah spell*. Bagi Cervaric, kosnya dalam RM199 hanya untuk ubat suntikan tu je, tak termasuk dengan consultant fees doctor (depends pd hospital/klinik yg korg pergi la), manakala Gardasil pula kosnya sekitar dlm Rm250++ *ni pun ubat inject tu sahaja.*

Apakah beza Cervaric dgn Gardasil ni? Kedua2nya menjalankan fungsi yang sama iaitu prevent daripada kanser servik. Cumanya Gardasil ni ada additional lagi iaitu menghindar daripada warts/ketuat/polips kat area situ. Tp based on my doctor advice, dia kata if amik yang Cervaric pun dah ok. ;)

Sekiranya anda mendapatkan suntikan ini di klinik or hospital swasta, lebih baik korang call dulu utk ensure availability stock injection tu and jgn lupa utk mention suntikan ke brapa yg korg nak amik.

Diingatkan, suntikan ini agak sakit. Masa doktor cucuk jarum tu, takde masalah pun, even korg takkan terasa apa2.. Tp ketika doctor start tekan picagari utk masukkan vaksin tu, baru korg rasa sakit.. Untuk suntikan pertama, saya ok lagi. Suntikan kedua, agak sakit dan terkesan ingatan sakit tu walaupun saya dah smpai kat umah and ada bengkak sikit. And diberitahu bahawa suntikan ketiga/terakhir tu adalah lebih sakit dan pedih.. *fuh, ni yg buat eden takut ni.* As usual, kita pun mcm baby juga, lepas je dpt suntikan tu, korg ada rasa mcm nak demam..just rehat kat umah n bykkan minum air.. If takut melarat, boleh la if nak makan Paracetamol.

Rasanya tu je kot nak cite psl HPV ni.. If ada apa2 info yang tersalah ke, just bgtau je.. sbbnya info yg saya dpt ni pun drp doktor jugak n drp pengalaman saya sendiri.



p/s: Isk, mana nak dpt durian ni ek..tingin laa~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...