Pages

Sunday, August 7, 2011

Resipi - Puding Roti Bersama Sos Vanila Berkastad

As Salam readers,

Huhu! Sempena Ramadhan ni, saya saja la rajin nak try buat dessert sendiri. Asyik2 puding coklat n agar2 je kan.. so nak la cuba buat benda lain pulak. Then kebetulan my sister request Puding Roti siap dengan sos dia sekali. So, saya yang tengah rajin waktu tu, sibuk la mengGoogle untuk mendapatkan resipi. Fyi, saya tak suka puding roti, tp boleh je nak tolong buatkan kalau bahan2nya telah siap disediakan. Sedap ke tak tu, dikira nasib je la ye! heheh.. :P


Berikut adalah resipi yang saya ambil kat internet. Link dia saya dah tak ingat la amik kat mana. But thanks for sharing the recipe~ ;)

Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti - my fren said nak lagi sedap guna roti Butterscotch or else sapukan mentega kat roti putih tu dulu before rendam dlm susu


Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam (since terlupa nak beli kismis ni, so I gantikan dgn kurma. Maklumla, bulan2 puasa ni)


Bahan C-vanila sos
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula


Cara-cara
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang




Selamat Mencuba!






p.s: a few of my frens teruja tgk the picture, then terus mintak resipi kat i..heheh.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...